Kawan-Kawan Saya

Friday, November 29, 2013

Genap 40minggu





Hari ini genaplah kandungan aku 40minggu. Syukur alhamdulillah merasai sehingga genap 10bulan mengandung. Tapi bilahlah agaknya baby ni nak keluarkan...? dan sekali lagi aku merasai baby keluar lebih hari dari tarikh due date. perkiraan anak 1st dulu genap 40minggu. anak ke 2 cukup 41minggu. nak ke3? harapan aku biarlah lahir sebelum kena serah diri supaya aku tak kena induce dan sakit sensorang kat hospital... Baby.. please keluar selepas 1/12 tapi sebelum 7/12 boleh sama besday dengan ayah.

Perasaan bila dah masuk genap 40minggu tapi belum bersalin lagi..
* semestinya semakin berdebar
* jenuh menunggu sakit
* Semakin hari semakin x larat
* Rasa sakit sikit je igt rasa nak beranak

Tapi untuk kali ni, masih mampu lagi berjalan dengan laju. Kalau di ajak pergi shopping laju jer nak ikut. hikss.. Cuma apa yang  di risaukan ialah rasa pergerakan baby agak kurang. tak seaktif mana pun. kadang2 terpaksa tekan2 perut untuk rasa pergerakan baby. 

Pape pun, hope segalanya di permudahkan. Isnin (2/12) check up terakhir kat KK Salak untuk 40minggu. Hope semuanya Okeh!


 udang galah goreng kunyit je pun


siput sedut masak lemak

makan-makan sedap sebelum beranak. hikkss!


Wednesday, November 13, 2013

37weeks - Ready for birth


Assalamualaikum wbt..

Hari ni dah 37weesk. Jumaat ni masuk 38weeks. Maksudnya dah masuk minggu2 terakhir untuk bersalin. So, dalam kata lain "dah menunggu hari". Ikut pada pengalaman yang lepas, iman zafran lahir cukup 40weeks dan izzul zafry pulak 41weeks. Maknanya, aku takde pengalaman bersalin awal. But, untuk kali ini tak tahu la.. Hope tak terlebih hari lagi.. 


baru-baru ni scan berat baby dah 2.7kg. DOc kata baby kecik sikit dari kiraan sebenar. But, still Ok.



focus kat weight : now 73.5kg. hujung2 ni berat aku naik mendadak. Now, dah start check up 2minggu sekali. dalam 2minggu leh naik 1.6kg + 1.9kg + 1kg. hehehe...HB kali ni memang Superb.. tak pernah bawah 11g/dl. Cuba focus kat fundal height pulak. patutmya 37week tapi dapat ukuran 35week. kecik sikit.


everything is OK.



scan pun kurang 2week. seriau la pulak. takut lebih hari.



yang penting 7/12 kena serah diri juga jika tak bersalin lagi. dapat waran tahan. haha! dah macam waran tangkap pulak. seriau nyaaa!



papepun..., tempat dan semua persiapan nak berpantang dah get ready! Just menunggu masa jer. Hope segalanya di permudahkan.. amiin... ;)



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...