Kawan-Kawan Saya

Monday, March 31, 2014

Iman Izzul Ihraz


saja nak share gambar 3 hero saya masa memasing berumur 3bulan.
pakai baju yang sama, cuma tempat yang berbeza. 


Iman Zafran - Juara Susu (Michelin)



Izzul Zafry - Juara Tidur



Ihraz Zahin - Juara Diet



Tuesday, March 25, 2014

Al-Fatihah untuk MH370


Berita dikejutkan malam tadi dengan pengesahan daripada PM kita yang mengatakan :

"Dengan rasa sedih dan kesal saya perlu memaklumkan berdasarkan data itu, penerbangan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi."


Sedih, pilu, terkejut, semuanya ada. Di sebabkan dimulakan dengan hilang, dirampas, terhempas dan timbul pelbagai spekulasi itu dan ini dan di akhiri pula denganpengesahan ianya  terhempas. Ia adalah satu berita yang sangat sedih. Sebagai manusia biasa, sy dapat bayangkan bagaimana mereka semua menghadapi sangat2 getir ketika kapal terbang nak terhempas. Ya Allah lindungilah mereka sebaik mungkin.

tak dapat di bayangkan lagi sejauh mana dan sedalam mana ia tenggelam ke dasar laut. Even hati ini mengharapkan satu keajaiban dari Allah supaya semuanya selamat... amiin..

betapa dalamnya lautan hindi ini

Masih lagi menjadi tanda tanya mengapa MH370 ke arah lautan hindi bukan ke arah beijing?? Harap2 semuanya akan terungkai..

Thursday, March 13, 2014

100 days!



hari ni masuk dah 100 hari. yeaayy!! Totally abis pantang dah. 
kelmarin bawa ihraz cucuk 3bulan. berat terkini 5.9kg. naik 600gm. Oklaa.. tak berapa banyak sangat. masih paras normal. berat adik tak sama mcm abg2 dia yang tiap2 bulan naik lebih 1kg. 


instamag ni.. patut 2014 dah. ni tulis 2013 pulak



bersama hero2 ku.



tidur masih lagi berbedung. kalau tak, tangan akan kacau muka dia. bedung moden tak berapa kuat. kita pakai kain batik jer senang.


coklat : TERKINI selepas bersalin 100 days
maroon : masa tengah mengandung 8bulan
putih : sebelum mengandung

Ada beza kah?? Tahun ni umur ku 30 tahun. yeayy!





posted from Bloggeroid

Monday, March 03, 2014

Setelah 3bulan bercuti.....


Harini 3Mac2014 aku kembali bertugas seperti biasa. Alhamdulillah Ihraz pun dah masuk 3bulan. sekejap jer masa  berlalu. Rasa rindu pulak nak berpantang semula (hehe boleh tak?)

Pagi2 agak kelam kabut sikit lah sebab kena bangun awal but terlajak la jugak. Sebab dah biasa bangun lewat. lepas solat tarik semula kan.. Start arini, tak boleh dah la nak tarik2 semula. Kena gagah juga bangun. Sebab banyak benda nak siapkan. lagi2 bento anak2 ku semua.. oh! kali nie 3x ganda la jawabnya kena siapkan semuanya.. Sebab aku lah yg kena anta3hero2 ku ke taska dan tadika.

Kuar rumah pun lewat sikit jam 7.15min. Samapi opis 2min jer lagi nak merah. nasib lah sempat. ni semua gara2 kereta dah banyak then lif opis pulak berfungsi satu jer. 

Hopefully, esok takleh la aku lambat2 lagi dah. kena pastikan sebelum pukul 7pagi dah keluar rumah. Skang gi opis agak sunyi sikitlah dalam kereta sebab hero2 ku semua aku anta taska dan tadika berdekatan rumah jer.

Yang pati arini, aku akan merindui ini budak :



posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...