Kawan-Kawan Saya

Tuesday, January 13, 2015

Tahun 2015 : Iman Tahun 1



Bismillahirrahmanirrahim..

Bermulalah lembaran baru untuk tahun ini iatu Tahun 2015. Dan bermulah anak aku Iman Zafran sebagai pelajar Tahun 1. Sebak rasanya sebab anak dah besar. nerves pun ada juga. Dulu-dulu orang panggil darjah 1. sekarang ni tahun 1. agak janggal rasanya. Almaklumlah. lama dah meninggalkan alam persekolah. Nasib baiklah ayahnya seorang cikgu. senang sikit aku. bukan senang sikit tapi senang banyak. ekekeke.. Segala preparation anak nak masuk sek ren ni, ayah dia yang uruskan. Bermula dari daftar sekolah, daftar KAFA, beli buku sekolah, baju sekolah, beg sekolah,carikan transit sehingglah hari pendaftaran dan hari pertama sekolah. Semuanya ayah dia yang uruskan. Hari pertama sekolah pun ayah dia amik cuti. Aku? tetap kena kerja sebab TIDAK DIBENARKAN cuti selama 28hari dari 5hb. Sadis rasanya, Esok-esok nak hantar iman ke sekolah, tetap ayah dia yang buat. Nanti aku just hantar Ihraz sahaja.

Semalam hari pertama persekolahan. Macamana? So far ok. tak nangis. seronok nampaknya. Cuma habit berlenggang kangkung dia tu masih lagi ada. dia agak pelik kenapa semua org kena cepat especially bila waktu rehat. kalau kat rumah, 1jam makan kan? kat sek 20min jer. So, semalam budak dah masuk kelas dia baru nak makan. so, timing kat situ dah lari. Takpe, masih hari 1st. kena ubah adjust lepas nie. Hari-hari kena bawa bekal utk jimat masa makan. kalau tak, kena beratur tu amik masa sikit.

Pagi sek ren, petang sek KAFA pulak. Hari pertama,  nampak penat tapi bila balik ceria jer. makananya, dia seronok sekolah. YEAAAA!! Hopefully hari2 seterusnya maintaain le ye iman.










tak larat nk taip panjang. nanti lah sambung ekkk...

layan gambar je dulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...