Kawan-Kawan Saya

Thursday, August 30, 2012

Jom Jalan Raya!


 




Gambar selingan budak2 dengan kenderaan masing2 untuk konvoi raya.. waceeeehh!!
Tentu minggu nie penuh dengan jemputan rumah terbuka, kenduri kendara kan? Aku pun sama juga. Esok nak ker kuala kubu bharu, pastu esok kat sentul ahad pulak kat sepang. Belum lagi campur pergi beraya rumah sanak sedara dab kenkawan..
Aritu puasa turun 5kg.. pas raya last week naik balik 2kg.. skang dah maintain balik turun 2kg balik sebab posa. Esok 3 hari penuh jemputan naik balik.. heheh...
Jenuh makan sana sini dan senak perut. Tapi kerana jemputan, ku gagahi jua untuk pergi... sapa lagi nak bg jemputan dekat saya? Boleh contact ekkkk.. area lembah klang shj yeee..
Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 29, 2012

Like father like son

Arini rabu tanpa kata-kata. 


Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, August 28, 2012

Serba sedikit gambar raya yang ada dlm hp..



















 Kembali bersiaran selepas bercuti lama.. cuti raya seminggu dah pun tamat! Belum sempat godek camera gabak untuk review pic raya...
So, kita update gambar yang ada kat dlm hp jer laa.. yang tak seberapa nie..
Pape pun, kembalikan semangat bekerja semulaaaa.. kembali kejap jer. Pastu jumaat nie sambung mood cuti dan raya balik.. hehe...


Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, August 17, 2012

SELAMAT HARI RAYA




Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan :

»» SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
»» MAAF ZAHIR BATIN
»» BERHATI-HATI DI JALANRAYA

buat semua ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai, pembaca blog ini dan semua yang mengenali kami.

Mohon maaf atas segala kesilapan kami sepanjang penulisan di blig ini yang mana ada tersentuh hati sesiapa. Tiada niat di hati cuma catatan untuk diari sendiri...

Assalamualaikum
posted from Bloggeroid

Thursday, August 16, 2012

My cornflakes cookies crunchy!

Semalam rasa retiba rajin nak wat kuih raya lagi. Cari2 resepi kat google. Terfikir nak bamuat cornflakes cookies rangup sebab conflakes ada babyak lg. Google resepi yang senang dan tak perlu banyak bahan. Ntah blog mana aku junpa resepi nie...

Thank u kepada empunya blog sebab resepi awak simple dan sedap. So crunchy! Biskut cornflakes nie crunchy sgt bila ngaapp ngaapp..!

Sesiapa rasa nak buat conflakes cookies nie, leh cuba resepi nie. Meh aku tepek kan sikit. Aku adjust sikit resepi ni dari gram ke cawan sebab lagi senang. Nnt ssh pulak nak cari penimpang nak timbang.



My cornflakes cookies yg crunchy!




Hasilnya tak lah menarik tapi rasa not bad laa agak menjadi la untuk 1st timer mcm aku nie..


Biskut Cornflakes / Cornflakes Cookies

Bahan-bahan
250gm mentega
1 1/4 cawan gula kaster
2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum
4 cawan cornflakes di ramas kasar

Cara-cara :
1. Putar mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan esen vanila dan pukul rata.
2. Masukkan tepung gandum dan cornflakes uli hingga menjadi doh.
3. Ambil 1 sudu teh penuh dan atur di dalam loyang yang telah digriskan dahulu.
4. Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit atau hingga kekuningan.
5. Simpan di dalam bekas kedap udara.

Mudah dan senang jer kan???.. selamat mencuba..!!!
posted from Bloggeroid

Wednesday, August 15, 2012

Resepi kuih gunting

Nak letak resepi kuih gunting. My feveret nieh!


Sebelum di goreng


Selepas di goreng

Bahan-bahan :
3cawan tepung
2 sudu besar gula aising
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar serbuk ketumbar - dikisar
2 sudu teh jintan manis - dikisar
1 sudu teh jintan putih - dikisar
1 sudu teh serbuk cili
2-3 tangkai daun kari-hiris halus
1 1/2 sudu teh garam
70gm majerin
140ml santan

Cara-cara:
1. Gaul semua bahan sekali dan masukkan santan
2. Uli menjadi doh.
3. Amik sikit-sikit doh dab uli memanjang.
4. Gunting doh menyerong.
5. Goreng di atas minyak panas.

Resepi simple jerrr.. senang untuk diabuat.. dah 2x repeat buat kuih gunting nie.. ;-)


posted from Bloggeroid

Tuesday, August 14, 2012

Sambutan besday boy!

Malam tadi sempat juga celebrate besday boy. Just simple jer. Iftar kat nandos dan beli slice kek chocolate indulgence untuk besday boy.

Dah ada kek, dia sendiri nyanyi untuk diri sendiri. Lawak jer.. belum sempat nak nyanyikan untuk dia. Dia dah nyanyi dulu. Hehe..

Layankan jer la mimik muka besday boy nie!



















posted from Bloggeroid

Monday, August 13, 2012

Saya dah 4tahun!


Arini 13 ogos 2012, genap umur muhammad iman zafran 4tahun. Alhamdulillah membesar dengan jayanya sejak dilahirkan dulu 4thn lepas. Siapa ada baca kisah kelahiran dia dulu, tau la mcmana keadaan masa dia di lahirkan.
Arini ayah dia kata nak belanja makan kat nandos dan beli kek kecik untuk dia. Cukup lah kami anak banak jer yg sambut sebab atok dan nenek balik kampung.
" selamat hari ulang tahun buat anakku"
"Semoga menjadi insan yang disegani dan berjasa kepada ibu, ayah dan negara"

Published with Blogger-droid v2.0.6

Kuih raya


Siap sudah 3jenis kuih raya ku.. cadangnya ada lagi 2 jenis nak buat iaiu semperit dan sarang semut. Kalau berkesempatan dan ada kerajinan, aku akan buat..
Now, yang dah siap ialah conflakes coklat, conflakes madu dan kuih gunting. Aku wat yg simple2.. yang susah2 kang aku takut tak terbuat. Almaklumlah ada 2 askar. Ini pun ada pembantu yang nak tolong.. sibuk sgt nak tolong.. aku biorkan jer laa dia tolong..
Jom lah nengokkan hasil kuih raya ku.. hehe... 


Conflakes coklat 

Conflakes madu 


 
Kuih gunting 

Published with Blogger-droid v2.0.6

Friday, August 10, 2012

shawl half moon aka shawl shasmeen

Musim shawal half moon aka shawal shasmeen ( brand radiusite). 1st time tengok kat radiusite, serius cantik! Pastu tgk harga.. huhuhu urut dada kejap.. xper laaa.. nengok kan je la dulu. If , kalau nak nnt baru beli... nasib tak terbeli lg.. jimat duit deeennn..!


Semalam dan kelmarin, kat wisma tani, putrajaya ada jualan. Actually, skang kat area putrajaya nie x boleh
booth dah sebab kes ngamuk tenpohari.. kat jakim, spa semua dah x buat. Cuma wisma tani ni selamat pulak.. waktu rehat gi la jenjalan sana.. sekali ternampak shawl half moon nie.. akak tu  jual RM40 shj! Tapi.. aku dapat grab 1 jer laa.. sebab dlm purse ada RM50 jerr.. huhuuu.. kalau tak, mau grab semula kaler. Gila tamak kan? Takper, akak tu kata esok ada lagi.


Esoknya pergi lagi.. grab lagi 2. Kebetulan dah tak banyak da.. kenkawan pun amik gaks.. kitorg borong abis sampai org tunggu kitorg letak jer shawl tue.. kitorg pegang jer sorang dua.. hehe.. nnt kang letak laju je masing2 amik kann. ?? Sbab semua tau akak tu jual murah.. aku tu pun ckp kat luar org jual dlm RM80-RM89...

Total aku n kenkawan campur sorang akak ni tumpang, 7 helai semuanya.. minta kurang lagi.. akhirnya dia bg RM38 kauuu..!! Murah kann..? Aku tanya pemborong pun pemborong jual RM55 kena amik 10helaiii.. kira paling murah dari harga pasaran nieh!!!...

Sekali 3 den amikkk..

posted from BloggeroidK

Thursday, August 09, 2012

Resepi Murtabak Meggi







Ada yang bertanyakan resepi murtabak meggi yang aku post aritu. Oklah aku tepek kan resepi versi aku la eekkk.. sbb aku main buat jer tak tgk resepi org nie.. hehe... sedap atau tak jangan marah yeee..



Bahan :
1 keping daging burger ramly (diblend)
1 bungkus meggi
4 biji telur
1 biji bawang merah (sederhana besar) - potong dadu
3 ulas bawang putih - potong dadu
1 sudu rempah kari.
Daun sup / daun bawang - potong ricik (jika ada)
Sedikit garam

Cara-caranya :
1. Rebuskan meggi dan toskan.
2. Tumiskan daging + bwg merah + bawang putih.
3. Masukkan serbuk kari. Tumis sampai garing dan naik bau.
4. Pecahkan telur. Campurkan bersama bhn yang dah ditumis, meggi , daun sup or bawang. Letakkan sikit garam.
5. Panaskan kuali dengan mentega / minyak.
6. Tuangkan semua bahan tadi. Tunggu sampai masak. Boleh terbalik2 kan.. lagi mudah jika pakai pemanggang ajaib!.. hehehe....
Sekiaannnn.. itu sahaja resepi murtabak meggi versi "atanayuiman"... selamat mencuba...


Published with Blogger-droid v2.0.6

Wednesday, August 08, 2012

bila anak dah mula reject df. apakah maknanya?


Sejak sabtu lepas izzul zafry dah mula reject direct feeding.. susah hati rasanya. Bila sua, dia bueeekk! Mcm nak muntah.. pastu paling muka sambil uuuhhh! Seolah2 taknak...!

Adakah sebab dia rasa dia dah besar. Malu nak df dah..? Hehe.. maybe kot. Dia nak susu, tapi dia xnak df.. bila bagi dalam botol, dia nak pulak... laju jer minum.

Susu masih ada.. cuma kalau dah jarang df, boleh menyebabkan susu makin kurang kann..?? Orang kata boleh jer teuskan.. jadilah ep mum (express pumping mum) tapi aku tak sekuat itu bak jadi ep mum.. seriusly aku tak mampu! Sebab kepenatan diri dan kesibukan masa.. but, selagi boleh aku teruskan dan selagi ada susu aku tetap akan teruskan jua.. even satu hari bila stok semakin kurang, aku akan mula campur fm.. 

Sedih rasa hati bila anak reject df.  Sebab aku rasa df lagi memudah kan keje.. tak perlu bangun tgh mlm wat susu, bancuh susu, bawa bag bagai bila nak kuar jenjalan..sob..sob...
Setakat nie, bila siang dia nak botol. Bila mlm msh lagi df.. maybe, mlm mata tutup.. xnampak.. dia sua jer laaa. Hopefully, kalau tido mlm still df, aku rasa dah cukup puas hati juga... sekarang dia pun dah masuk 1thn 5bulan.. lagi 7bulan nak cukup 2thn..

Ini adalah cabaran dan dugaan buat aku.. papepun, aku bersyukur sebab mampu menyusukan lebih pada target iaitu 1thn... akan di teruskan sehingga 2thn jika di izikan... ;-) be happy!!


Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, August 06, 2012

Semoga urusan hari ini di permudahkan.. amiinn..

Ya Allah, aku mohon kepada mu supaya urusan aku hari ini di permudahkan dan berjalan lancar. Dan semoga ianya mendapat restu dariMu.. amiinn..

Fuuhh! Berdebar sebenarnya arini sebab dah lama tak pergi interview nie.. last masa tahun 2008 masa tu tgh sarat ngandungkan si iman. Jawatan yang sama dan tempat yang sama. Tapi, xder rezeki masa tue.. maybe dah sarat sgt kot... nnt bila panggil, aku dlm pantang pulak kan.. hehe

Hopefully, kali jie berjaya lahh.. sbb tak sanggup nak redah interview nie.. makin tua makin kuat degupan jantungku.. hehe..

Paper pun, u all doakan lah yang tebaik untuk aku eeekk.. mana tau berkat rezeki bulan ramadan. Lagi2 hari nuzul quran arini... insyallahhh..


Friday, August 03, 2012

Menu Berbuka : Murtabak Meggi!


Sebenarnya dah 2hari berbuka kat luar. almaklumlah, mak balik kg. hehe so, takde persialan berbuka di hidangkan. start 1 ogos waktu balik aku 4.30 ptg. jadi, sampai rumah awal la.. tak perlu rempuh jem.

semalam sblm pukul 5.30ptg dah sampai rumah. terus bertukang kat dapur. dlm pikiran nak masak murtabak meggi dan sambal sotong tambahan lobak putih rebus (nak tmbh susu badan )

jadi, nak masak murtabak meggi mestilah menggunakan "pemanggang ajaib" lagi.. hehe promote tak berbayar niee... nak tau jadi ke tak? jom tengokkan lah hasilnya.


 dalam proses pembikinan

 setelah di terbalikan. just pusingkan jer pemanggang nie. tak perlu bersusah payah nak guna sudip.


 

dannn.. hasilnya murtabak meggi saya!


ni sambal sotong sy. beli basah 4ketul rm10.. mahal bebenor harga barang skrg ni kan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...