Salam semua..
Dah lama tak update blog tetiba nak update blog kan? apakah mimpi di siang hari? sedang membuat kerja sambil tu leh la nak menaip serba sedikit pengalaman Program Assessment Center (PAC) untuk jawatan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27 yang aku hadiri baru-baru ni kat Rumah Seri Kenangan, Seremban.
Ahad - 17 Mac 2012
Asalnya nak joint PurpleWalk kat Putrajaya terpaksa di lupakan...pepagi 6.30pagi dah keluar rumah. Dari rumah, setengah jam je dah sampai. sampai dlm pukul 7pagi. Gi sarapan dulu baru pergi daftar. Sampai sana nanti akan ada 2 kaunter. Atu kaunter JKM untuk serahkan segala borang dan kaunter SPA untuk serahkan skrol dan transkip belajar. Nanti akan dapat nombor peserta untuk di gantung supaya memudahkan penilai untuk menilai. Then, ada taklimat tentang PAC.
Aktiviti 1 - Menjawab soalan Pshychology sebanyak 185 soalan daripada pihak SPA dalam masa 40minit. jawab secepat mungkin. Tak payah pikir bagai sebab semua soalan pasal diri kita.
Selepas Jawab peperiksaaan, dapatkan nombor kumpulan memasing untuk aktiviti.
Aktiviti 2 - Lawatan. Akan di bawa melawat penghuni Warga Emas di situ. Segala tingkah laku akan di nilai mulai saat ini. Pepandai la korang layan warga emas di situ. Jangan rasa malu, takut atau geli untuk melayan orang tua yeaaa... Sedih aku tengok warga tua kat situ, but alhamdulillah.. masih ada tempat perlindungan di situ.
Lepas minum pagi
Aktiviti 3 - akan di beri satu contoh kajian kes. Kena kaitkan kajian kes tersebut dengan peranan-peranan JKM dan sebagainya. If ada agensi yang lain terlibat boleh terangkan sekali. Pastikan korang cuba bercakap even tak tahu apa peranan JKM.
Makan Tengahari dan Solat Zuhur
Dapatkan semula nombor kumpulan yang baru pulak
Aktiviti 4 - Penyelesaian Masalah. Ada contoh keratan akhbar. buat perbincangan dan menyelesaikan masalah tersebut secara professional. (tips : buatlah seperti stimulasi meeting)
Minum Petang
Aktiviti 5 - Ada 2 game masa nie. lebih kepada aktiviti phschology game. Game 1 : tengok gambarajah dan decide 1 jawapan sahaja. Game 2: ada satu cerita dan pikirkan secara rasional serta buat keputusan.
TAMAT
Lupa nak bagitau. Handphone dan gadget bagai semua kena diserahkan kepada pihak urusetia. Tak boleh nak google cari maklumat bagai ye kenkawan. Please standby dari awal.
Alhamdulillah aku dah lepas Fasa ini. Sebelum dapat PAC ni, kena hadir dulu peperiksaan. Jika berjaya baru akan di panggil untuk PAC pulak. Jika lulus PAC, baru lah akan dipanggil temuduga pulak. Sekarang nie bukan senang nak masuk kerja kerajaan, semakin susah nampak gayanya. Pesaingan pun terlalu senget. cuba bayangkan statistik untuk jawatan ini shj :
Permohonan : 40k lebih
Berjaya di panggil peperiksaan : 2k lebih
Berjaya ke PAC : 1k lebih
Kekosongan : 84 org shj
simpanan : 70 org
Pengsan!!!
But, seminggu nak ke PAC, berdebar2 aku di buatnya. Almaklumlah ni kira batch pertama yang kena PAC. Sekarang SPA wajibkan ada PAC untuk semua jawatan. Nak google, tak banyak yang aku dapat. Mostly yang ada semua kepada PTD dan gred 41 jer. PAC yang untuk Penolong Penguasa Imegresen KP27 aku dah lah tak pergi. So, kat sini aku sharekan lah untuk kenkawan. Hopefully korang berjaya. Kalau ada rezeki untuk aku, alhamdulillah.. Kalau tak de, syukur dengan kerja yang sedia ada.. :)