Kawan-Kawan Saya

Wednesday, February 05, 2014

Kisah berpantang

Meh citer pasal berpantang pula. Dah 60hari pun yang berlalu hari berpantang aku. Kali ni kisah berpantang beranak ceaser pulak..

Owhh! Agak susah sikit nak berpantang cara pembedahan nie.

Hari pertama memang tak boleh bangun lagi. Terbaring la aku seharian sampai esoknya. Menyusu baby pun kena baring or mengiring. Makan pun bersuap bagai. Ala2 puteri gitu..

Hari ke-2 : barulah di galakkan bangun. Pagi2 misi dah datang tengok dan bgtau aku dah boleh bangun. Cuba bangun dan pergi ke tandas. 1s time gerak nak bangun.. Ya Allah.. barulah terasa kesan jahitan tu. Memang berdenyut2 la.. ku gagahi jua la nak bangun. Mula2 agak terbongkok2 la juga. Owh! Tak sangka aku boleh jalan sendiri ke tandas tanpa bantuan org utk di pimpin..

Hari ke3 - mcm biasalakan kalau beranak czer nie kena menginap kat hospital 3hari 2malam.. so, masih di hospital lah aku jawabnya. Mula2 agak payah sikit la nak bangun tu. Kena berpaut pada besi katil tu. Lama2 tegal biasa.. waaceh!

Hari ke 4 dan seterusnya : yeaa!! Balik rumah.. berpantang seharusnya lah balik rumah mak kan! Nasib cuti sekolah.. asben aku sentiasa ada 24jam di sisi. So, xde masalah sgt lah nak berpantang kali ni. Assisstant sentiasa ada.. cuma mak aku buatkan makanan berpantang utk aku jer. Lelain banyak asben aku yg buat. Syukur dapat suami yg sangat membantu....

Minggu pertama : Yang tak seronoknya berpantang kali ni tak boleh berurut, tak boleh berbengkung, tak boleh gerak banyak.. nak batuk pun takut. Nak bercakap kuatvpun tak sampai. nak bangun minggu pertama tu pun berpaut. Dan bila berjalan terbongkok2... hari2 mandi air panas. Lepas mandi kena make sure jahitan sentiasa kering. Takde pengalaman kan, so whatsapp la geng2 yg banak czer. Tanya pengalaman. Dorg suggest kena keringkan jahitan guna hair dryer.. carilah asben aku hair dryer kat hero.

Minggu ke 2: masa nilah aku cuba berurut. Panggil tukang urut nak urut juga sebab tak sedap badan. Rasa badan berat jerr.. dan rungsing. Bila dah urut barulah lega.. ringan rasa badan dan sihat. Yg tak best urut kali ni sebab urutan nya tak berapa kuat mcm beranak normal. Dan tak bersengkak.. but, bolehlah nak hilangkan rasa tak keselesaan badan tu. Dan aku pun try la berbengkung. Mula2 pakai bengkung lilit.. last2 aku buka je sebab xselesa la aku kalau pakai tak ketat dan x kemas. Baik buka. Then, member suggest beli bengkung moden kat www.bengkungmoden.com. sekali tgK harga mahal la pulak. Pakainya pun mcm xlama. Aku pun suruh la asben aku beli bebgkung zigzag kat chow kit.. pakaila juga utk bape hari. Lepas tu tak pakai dah... tak best langsung!

Minggu ke 3: nampak jahitan dah bercantum. Aku pun dah jalan laju dah.. turun naik tangga pun makin laju. But, kadang2 aku lupa aku ni czer.. terganas sikit barulah terasa sakit. Bila sakit, carilah ubat makan. Kadang2 rasa berdenyut. Mungkin jahitan dalam bagi warning jangan ganas sgt.

Minggu ke 4: wahh!! Dah rasa betul2 sihat gitu. Gaya pun tak mcm berpantang dah. Tak berbengkung langsung dah pastu. Tak berstokin. Cuma aku pantang makan jer.. riso kalau anam kembung ke apa kan.. siap aku ke mall lagi nak beli barang budak masuk sek.. takpe, janji kita rasa badan sihat. Itu yg berani keluar tu.. lagi pun keadaan terdesak. Itupun kejap je. Capai apa patut pastu balik.

Minggu ke 5: mula berpantang sendiri. Masak sendiri, pantang sendiri. Dah balik rumau sendiri. Asben pun dah kerja. Anak pun hantar sekolah. Tinggal la aku and baby kat rumah.

Minggu 6 dan 7 : menunggu hari nak abis pantang jer. Ini pun rasa mcm tak berpantang dah. Semua kerja dah boleh buat but kena jaga2 juga sebab czer.. kdg2 terlupa. Terover pulak mengemas umah, mengemop.. nasiblah takde pape. Almaklumlah sebulan tinggalkan rumah. Balik rumah tgk berhabuk mcm kena tinggalkan setahun.

So, kali ni takde la misi nak menurunkan berat badan sgt. Makan mcm biasa. No diet2. Tapi dalam hati ada harapan jugalah supaya berat ni turunlah. Jangan naik2...


Itu jerlah kisah berpantang aku. Takde pape yang merumitkan.. semua dipermudahkan.. alhamdulillah.. anak tak kuning, anak tak meragam, aku pun cepat sihat, tak bentan, tak masuk angin... cuma, baby berjaga malam je dlm pantang.. selepas sebulan berjaga siang pulak.














Gambar-gambar IHRAZ ZAHIN dalan pantang ;)
posted from Bloggeroid

2 comments:

shark said...

hensem aih anak teruna hang :)
bengkung yang pelekat punya tu tak dak ka?
kan senang yg tu?

Anonymous said...

apa rahsia baby x kena kuning ye? bb sy sampai 2 bln lbh kuningnya..emmm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...