Semalam balik kerja asben terus ajak ke Dagang Avenue sebab nak terjah Burger Bakar Kaw Kaw yang tengah femes sekarang nie. kalau ikutkan aku, lepas maghrib jer nak gie tapi asben kata nanti kang ramai org kena tunggu lama pulak. Gigih la aku dan asben ker sana naik motor.. Malas nak bawa kereta sebab parking kat situ pack sikit. dengan si iman sekali angkut. tinggalkan izzul dengan atok neneknya.
Actually, burger bakar nie dah lama kawan aku promote suruh beli sebelum keluar kat JJCM lagi. Tapi belum berkesempatan lagi nak terjah ke Wangsa Maju (cawangan utama) sebab jauh pulak aku rasa nak ke sana semata2 nak makan burger dan tunggu lama. Tapi, bila sekali lagi kawan kata dah ada kat Dagang Avenue barulah beria-ia aku nak ke sana. Lagipun dah dekat ngan rumah mak aku, haruslah amik kesempatan ke sana. nanti orang dok tanya tak la terkial2 aku nak jawab.. hehe
1st Branch dia kat Wangsa Maju Seksyen 2. Tapi ini 2nd branch dia kat Dagang Avanue!.. Mereka sudah ada DI SINI..!
gigih pukul 6.30ptg dah beratur.. yang depan2 tu xtau aku beratur pukul berapa. sampai jer tengok org dah Q. Kedai pun belum buka. pekerja tengah angkut2 barang masa tue..
sementara asben aku beratur, aku temankan iman minum. dia nak Milo pulak.. Masa nie dorang masih baru nak buka kedai. tengah kemas2 sebelum beroperasi.. hadap jer laaa kerana burger kaw kaw nie.
dah pun mula operasi dalam pukul 7mlm!.. beratur seblah sana pulak sebab Q dah mula memanjang.. sistem dorang, beratur.. dan nnt ada sorang mamat amik order dlm checklist. kita buat bayaran terus dan akan terus dapat no giliran. dah dapat no, sila tunggu pulak.
kami dapat no.16 yea kawan2.. masa nie yang No10 dapat order dia. Nasiblah tak perlu tunggu lama2.. syok!.. ngam2 pukul 7.45mlm dah dapat order. Kalau cwgn w.maju aku dengar kena tunggu 3-4 jam juga laa... Kat sini belum ramai lagi.. leh la korang terjah sebelum ke serbu.
apa yang menarik Burger Bakar kaw-kaw nie..?? sebab daging dia di grilled kan.. org kata ala-ala chili's, TGI tapi versi melayu punya. dan daging dia sangat Tebal.. makan yang doub;e kami laki bini memang kenyang!
tebal kan daging dia..? rasanya..? errmm. bagi tekak aku ok la.. Sedap juga! lagi2 di letak dengan cheese..
senarai harga untuk burger bakar kaw-kaw.. sebelum dtg, leh la korang bajet nak amik apa. sampai sana terus jer order..
kami laki bini kongsi bersama beef double with cheese - RM14
chicken single - RM7.50. amik 3set (utk atuk, nenek dan iman)
so total semalam kami sekeluarga = RM36.50
Harga dah lebih kurang korang makan MCD jer.. Ok la tu kan..?
yang aku tau wak tu operasi kat dagang avenue nie dari jam 7mlm tapi pukul 6ptg org dah stat beratur. dan dorang tutup hari Isnin. sesiapa lum cuba, leh la cuba.. :-)