Kawan-Kawan Saya

Monday, April 30, 2012

H.F.M.D


Kebetulan hari ni memang aku amik cuti sebab esok kan 1may (hari anniversary kami). so, ingatkan nak pergila jenjalan. Tetiba hari sabtu terima info dari sekolah iman mengatakan sekolah iman tutup sehingga hari Jumaat depan atas sebab ada kes HFMD. So, aku akan continue cuti sehingga khamis dan jumaat ayah dia pulak cuti.



But, pagi tadi iman dah semangat nak ke sekolah.. Aku kata sekolah cuti la.. dia kata tetap sekolah.. aduhai! semangat lah pulak.. takper, cuti la lama2 dulu iman. pasni sekolah puas2.. dan kebetulan juga kat tempat pengasuh iman pun ada kes ini. so, 2-2 cuti la jawabnya. Takder sesiapa nak jaga mereka, so kenalah amik cuti sebab kebetulan ayah tak sihat masuk wad.




Friday, April 27, 2012

New Work Station


New Work Station

New Department

New Boss

New Environment

But

Yang lama :

Kawan Lama + Kawan Baru

Kerja Lama + Kerja Baru



 
 my new workstationn

Itulah paradigma yang terjadi pada aku minggu lepas. Start last week aku sangat2 busy.. so, personal blog nie memang tak berapa nak update la eeekk.. Focus on kerja dan biz online wat sementara.. huhuhu..!! insyallah lepas nie akan cuba berupdate juga...

Sedih.. sedih.. dah pindah bahagian dah!! sob.. sob.. 6thn di PPP dan mulai tahun nie, cuma membuat perubahan untuk diri sendiri dan kerja. Walaupun bertukar bhgn but aku bersyukur sebab perpindahan ini atas pilihan sendiri juga. Dulu masa nak masuk PPP, aku di pilih.. sekarang nak kuar PPP juga atas dasar di pilih dan diberi pilihan untuk pilih atau tidak. Selepas di pikir sejak last year lagi sebenarnya.. akhirnya!! memilih juga dan terpilih untuk membuat sesuatu perubahan....

Actually sayang nak tinggalkan PPP sebab dapat kawan best, boss best, kerja pun best.. But, org kata sampai bila duduk situ.. Tak nak ada perubahan ker..? akhirnya aku dan kawan2 menyahut cabaran ini!!!..3org dari PPP sudah keluar.. Aku, Lin dan Sal. (geng mengandung last year, anak sama bulan MAC)
Sekarang nie tetap wat kerja yg saman dan insyallah ada tambahan kerja lagi..!

huhuhu.. rindunya kawan2 kat PPP dan suasana di PPP.
i love THEM so much!!!
Nasiblah satu Bagunan cuma bhgn jer bertukar..
tengahri tetap JUMPA!

Now, aku busy like rat.
 
 
 

Wednesday, April 25, 2012

hasil pembelian di pureen clearance stock

sabtu dan ahad lepas ke pureen clearance stok kat pj. kali nie tetap pergi juga sebab nak teman kan adik ipar. alang2 temankan adik ipar, aku bawa sekali order dari akak aku..

tapi, sedihnya... kali nie sales tak best sgt sebab very2 crowded dan berhimpit2. ramai sgt org sampai bakul baju habis dalam sekelip mata. yg staff pureen tak top up pulak tueee.. sian ibu2 mengandung dan yg bawa anak kecik terpaksa berhimpit2 juga. suasana dah macam org nak pergi haji.

seriusly, baju sepasang rm6 aku tak dapat grab. taksure la kalo xder atau pun ramai yg grab. yang aku rasa baju pun dah naik harga yang mana last sales baju harga rm1 jadi rm3, baju rm6 jadi rm12, botol storage 4pcs rm14 jadi 3pcs rm15.

sabtu pergi, ahad pun pergi juga sebab tak puas hati ari sabtu tak dapat banyak baju. hehehee..



inilah hasil rembatan di pureen stock clearance tempphari... huhuhu sales yg aku rasa tak best kali nie... semua nie hasil untuk aku dan akak aku..

**** hopefully lepas nie pureen buat sales kat tempat luas dan lapang spt kat bkt jalil ker.. senang nak park dan tak bersesak..

Tuesday, April 24, 2012

Bila anak dah pandai lukis ibu dan ayah dia....

Inilah jadinya bila anak dah pandai melukis ibu dan ayah dia...


ayaha aka MEGATRON
katanyaaa..

ibunya Rambut terkeluar tak pakai tudung
katanya


*** menangis ibu tengok gambar dia... hikhik.. ***


Monday, April 16, 2012

Doa naik Kenderaan versi iman zafran

Kali nie kita dengar pulak doa naik kenderaan versi iman zafran.
Yang nie, setiap kali naik kenderaan ajar dia baca. Alahamdulillah..
lama-lama dah boleh hafal doa naik kenderaan nie.

Now, sekarang setiap kali naik kereta dia akan ingatkan kita untuk baca doa. :-)
dia yang akan lead dlm bacaan doa nie.



Sunday, April 15, 2012

Ayah pulak pergi umrah...


Bulan lepas mak aku pergi umrah. Bulan nie ayah aku pulak pergi ke sana. Apa yang dirancang tidak menjadi. Yang tak di rancang yang menjadi. Plan asal sepatutnya ayah aku pergi umrah dengan mak sekali.
Tetapi, pada bulan lepas kesihatan ayah merundum. Asyik keluar masuk hospital ajer. So, selepas di fikir2kan ayah kata tak dapat pergi.

Dan mak mertua gantikan tempat ayah. Tetapi, tetiba ada sedara mara ayah nak ke sana,, Jadi ayah berhajat nak ikut sekali memandangkan tempoh hari tak dapat ikut. So, ayah follow kaum keluarga belah johor ke sana. Syukur alhamdulillah ada sedara mara yang pergi boleh tengok2 kan ayah.

DI samping itu, mereka juga nak berjumpa dengan sedara mara kat Tanah Arab juga. so, banyaklah souvenir dari sini di bawa seperti petai, kopi dan ikan bilis. Tak juga souvenir untuk cucu cicit kat sana.. :-) Aku pun tak pernah jumpa sedara mara sebelah sana. Sampaikan salam saja lah...

Semoga perjalanan mereka selamat pergi dan pulang

Serta

Semoga perjalanan umrah mereka di permudahkan

dan

yang paling penting

Semoga ayah di berikan  kesihatan yang baik.. :-)


Bacaan surah al-fatihah versi Iman Zafran


Bacaan surah al-fatihah versi iman zafran.
Walaupun ada serba sedikit perlu di baiki, tapi alhamdulillah..
dari mula sampai habis dia dah hafaz..


Thanks to teacher Khalifah Didik yang sangat membantu :-)

Friday, April 13, 2012

Mom's Care Carnival & Pureen Stock Clearance


Bulan ini bulan untuk menghabiskan beli barang baby. hehehe.
kepada para-para ibu yang sedang mencari keperluan anak, moha la kita ke 2 tempat nie.
Amat berbaloi sebab ke2-2 nya saya pernah berpengalaman pergi...
kemanakan kita?


Mom's care carnival.

Boleh tengok entry saya beberapa tahun yang lepas. klik SINI


Pureen Stock  Clearance

Yang ni boleh dikatakan setiap tahun saya akan gie..
boleh tengok entry kat SINI dan SINI.


Thursday, April 12, 2012

Musim Angry Bird


Sekarang di mana -mana orang dah tau apa itu angry bird. Bukan takat kita jer yang tahu. walhal budak sebesar 1thn pun dah tau apa itu angry bird. Budak2 lagi lah.. lagi expert bab-bab angry bird.

Pantang nampak angry bird mesti mau. Tak cukup dengan game, baju, pencil box, buku, beg semuanya nak angry bird. But, aku xder la ngajar sgt anak bab-bab addict dengan angry bird. Main game kat angry bird pun dia tak tau. Tapi, aku terkejut bila aku tanya dia lukis apa..? dia kata lukis angry bird.. haaaa..! terkejot den!.. moh nengok hasil angry bird nya...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



taaaddddaaaa..!

 Inilah hasilnyaa.. adalah sikit2.. hehe siap specific klan jenis angry bird nie.

1. angry bird merah (bulat ada gigi)
2. angry bird kuning (segitiga)
3. angry bird hitam 9bulat besar xder gigi)

dasat imiginasi budak2 nie.. imagine pun dah boleh lukis... Inilah hasil kerja iman zafran yang suka melukis dan menconteng!



Wednesday, April 11, 2012

Happy holiday!



Selamat bercuti... Daulat tuanku!

posted from Bloggeroid

Tuesday, April 10, 2012

Report Card Day For Iman

 Sabtu 2minggu lepas ada hari Report Card day untuk Iman. Terasa teruja lah juga bila diberitahu sekolah dia nak buat report card day. Nak tau juga apa perkembangan dia kat sekolah. Tapi yang pasti masa mula2 sekolah dia hari-hari menangis tiap kali ke sekolah. Amik masa sebulan setengah juga la baru tak nangis.. hehehe pecah rekod u,..!

But, untuk apa yang kami nanmpak selepas iman ke sekolah, banyak juga lah perkembangan dia dari masa ke semasa antaranya dah kenal Allah, Nabi, Malaikat, syaitan. Pastu  tau serba sedikit rukun sembanyang seperti niat, bacaan dalam solat, hafalan surah dan doa solat dhuha.n Dari segi pembacaan, dah boleh membaca serba sedikit even tak teratur.

itu dari segi perkembangan yang kami nampak.. Tapi, ada lagi yang perlu dia perlu improve lebih lagi. Yang peliknya, dia kat sekolah teacher kata dia susah buka mulut. Tapi kat rumah, mulut mcm itik 24jam bercakap jer keerjanya....,

The Report Card!


So, mana yang banyak W tu kena banyak perbaiki. Yang G tu kira GOOD..


Jom tengok apa comment dari teacher dia :


antara komen lain teacher dia ialah iman memang sukar nak fokus time belajar. seriusly BETUL!.. perhatian dia hanya dlm 5-10minit jer.. lepas tue dia dengan dunia dia. Dan untuk apa2 pertanyaan, teacher akan tanya dia dulu sebab lepas tue dia takkan focus dah. Selain itu, dia pantang dapat pen. Habis semua buku aktiviti dia dio conteng. Terkejut aku tengok buku-buku aktiviti dia. Dari kulit buku sampai belakang buku abis di conteng. bukan di belajarnya tapi di conteng. Tajuk suruh warnakan belon tapi kat belon tue di lukis muka orang! nak tergelak pun ada tapi geram pun ada.. sabar jer la. teacher dialah paling banyak sabar. Sampai teacher dia kata, imanlah org paling last dapat pen. Bukan takat buku dia saja dia conteng, buku kawan pun dia conteng.

Last one, teacher dia bgtau yang iman banyak guna otak kiri. So, untuk lebih details pasal otak kiri, leh tengok ENTRY aku yang lepas.


Ini pulak hasil kerja dia sepanjang bersekolah dari bhulan jan-mac.

Sunday, April 08, 2012

Otak Kiri dan Otak Kanan


Cuba perhatikan gambar di bawah nie :




apa yang u all nampak..? adakah awek ini...
1. berpusing ikut arah jam?
2. berpusing ikut lawan jam?
3. atau kedua-duanya sekali?


Jika Anda melihat gambar awek ini berputar searah jarum jam maka Anda sedang menggunkan otak kanan. Dan jika Anda melihat gambar cewek ini berputar berlawanan arah jarum jam makan Anda sedang menggunakan otak kiri. Dan jika berpindah-pindah maka Anda sedang menggunakan otak kanan dan kiri secara bergantian.



so anda yang mana satu?
adakah seorang yang menggunakan :
1. otak kiri?
2. otak kanan?


Actually, ada cerita nak cerita di sebalik entry nie. akan di UPDATE kan kemudian.. :-)



Saturday, April 07, 2012

Beriadah..


Hari cuti hari untuk beristirehat, hari untuk bersama family tersayang.
so, arini amik kesempatan untuk beriadah dengan anak-anak.
bawa iman dan izzul ke Titiwangsa untuk berjoging dan beriadah. tak sabar nak tunggu si izzul pandai berjalan dan berlari bersama. senang sikit untuk berjoging. tak perlu sorong stroller..
boleh berlari bersama mereke.
It's Awesome!!

si iman yang keletihan berlari sana sini. si adik sedap jer duduk dalam stroller. kdg2 terasa macam diri ini pulak nak duduk dalam stroller then ada org tolak.. kihkihkih!

Lepas ke Titiwangsa, pergi Taman Maluri bawa iman makan kat makanan feveret dia iaitu APOM!.

Happy Weekend!

Friday, April 06, 2012

Sedih + duka

Bila kita suka, susu jadi banyak.
Bila kita sedih, susu akan jadi sikit.
Bila kita period, susu sgt2 merundum.

Semuanya di atas pernah aku alami.
Itulah lumrah bila menjadi seorang ibu.

Last week ceritanya.. Kali nie bila peod dtg, susu yg dapat sangat2 sikit. Sehari aku hanya mampu bawa balik 3-5 oz ajer.. Sedihnya bila tak dapat bekalkan anak fresh milk. Semuanya aku bekalkan ebm sajor. Now, dlm peti tggl stok bulan 2 dan 3 jer. Selalunya ada 3bulan punya stok.. Huhuu...







Alhamdulillah, semalam dah nampak peningkatan. Kebiasaan pagi dpt 2-3oz jer.. Tapi semalam dapat dlm 6oz.. Total bw blk 12oz.. Apa yg penting, jgn mudah rasa putus asa dan kecewa. Betul org kata ada masa kita murah rezeki ada masa rezeki kita takat cukup. Paper pun kita perlu bersyukurrrr... ;-)


"Ya Allah, murahkan rezeki kepada kami" amiiin..

posted from Bloggeroid

Thursday, April 05, 2012

iPhone 4s For Kids Learning Colour

iPhone 4s For Kids Learning Colour

Colour :
Black
White

Function :
Press Screen

New Iphone Learning System (High Quality)
Ratio- 1:1 , Size as Iphone 4S
Song, Words, Animal


Harga :
RM12 sahaja!

berminat?
contact us
012-3641170 (shahrul)
012-2357740 (Jue)


 

Tuesday, April 03, 2012

77 Tip Melembutkan Hati Lelaki

Sekeras-keras batu, keras lagi hati lelaki. Jika ada seorang lelaki dan sebuah tembok batu, lebih mudah meruntuhkan tembok batu itu daripada melembutkan hati lelaki. Sampai begitu sekali.

Begitu keraskah hati lelaki? Tiada emosi langsungkah lelaki ini? Adakah sampai bila-bila kita sekadar mengigit jari apabila berhadapan dengan kekerasan seorang lelaki?

Siapa sangka ya, lelaki menjadi lembut hanya kerana secawan air kosong. Siapa sangka ya, lelaki begitu terbuka sekali dengan wanita yang melihat daripada pandangannya. Sungguh kita tidak sangka lelaki menjadi lembut hal-hal yang kita sangka remeh sekalu.

Hati lelaki seperti besi. Betul kuncinya, terbukalah hati dan nampaklah segala isi. Kuncinya ada di sini. Di dalam buku ini.



Sungguh menarik tajuk buku nie kan..?? Kepunyaan saya sendiri masa mula2 kawin dulu.. Terjumpa buku nie boleh lah baca semula. Perbaiki mana yang perlu di perbaiki. Lepas ni nak cari buku tip melembutkan hati wanita lah pulak.. ;-p



Monday, April 02, 2012

Cek dari nuffnang.


Thank U Nuffnang!..
Selepas cash out akaun nuffnang terus BE xmasuk.
Hampeh tul.. sabo jer laa..
But, alhamdulillah cek nuffnang dah sampai juga akhirnya.



Terima Kasih buat readers dan pengunjung blog saya.. :-)


Sunday, April 01, 2012

weekend

Ari ini hanya di rumah sajer..
Published with Blogger-droid v2.0.4

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...