Kawan-Kawan Saya

Friday, September 14, 2012

Apam gula hangus.

Hari ini ada jamuan untuk unit sendiri. Jamuan raya bahagian BKP dah sudah. Jamuan hari raya JPN pun dah sudah. Tggl last untuk unit sendiri jer. So, hari ni gabung unit phone in, gqd, serahan dan vv. Sebab setaman kita buat sekali la kan..
So, memasing bawa potluck. Aku pun bawa tapi menu mudah jer. Benda yang aku tau buat iaitu apam gula hangus.
Aku nak letak resepi kat sini lah. Sebab srnang nnt bila2 lupa leh refresh balik. Sbb baru nie aku simpan resepi ni kat mana ntah dah lupa. Pastu mengagau nak cari.. pasni kalau lupa leh buka blog balik. Senang dahhh. 
Bahan-bahan:
4 biji telur
2 cawan gula pasir
2 cawan air
1 cawan minyak masak
4 sudu besar marjerin
4 sudu susu pekat
1 sudu besar soda bikarbonat.
3 cawan tepung gandum.
Cara-caranya :
1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian di sejukkan.
2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Acuan disapu dengan mentega. 
6. Tuangkan adunan tadi ke dalam acuan separuh. (Sebab ia akan naik nanti)
7. Kukus lebih kurang 10-15minit.



2 comments:

Unknown said...

wahh nmpk menarik lew jue..
tingin nak wat , tp bdn x membenor kan uhhuhu

Z.u.r.a and I.w.a.n said...

mak kita pandai buat...sll buat jual...hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...