Kawan-Kawan Saya

Monday, September 10, 2012

kisah pencarian susu anak


Ni kesinambungan kisah pencarian susu anak. Ianya bermula setelah penyusuan susu ibu hampir tamat. Start sehari sebelum raya cuba membeli susu untuk izzul. 1st susu yang aku beli adalah Dutch Lady 123 yang sama mcm abg dia. tapi abang dia punya dutch lady 345. Disebabkan izzul senang sahaja minum apa2 susu, jadi kita mulakan yang termurah jer la ekk dan murah nak cari dimana bila kehabisan stok.



 Ok. start minum susu nie, tetiba badan izzul naik bintik macam ruam. nak kata ruam, dia tak gatal pulak. Tapi, ada yang kata mcm campak. Nak kata campak, dia tak de demam dan tak meragam apa pun. Makin hari makin naik banyak pulak. Tapi, susu nie tetap di teruskan sebab aku tak suspect kena allergic susu masa nie sampai lah susu nie abis.


Pas satu bungkus susu tu abis, baru dalam pikiran terpikir pasal allergic susu.  Terus aku terpikir nak cuba susu lain pulak. Masa tu tak terpikir pasal susu soya  base mcm isomil. Aku amik pulak lactogen. Try lactogen ok jer minum. Bintik2 di badan tetap ada dan naik juga. Aku dah mula risau juga la masa tu.. lebih 2weeks juga lah jadi mcm nie. tak tau nak buat apa masa tue lagipun lagipun sebab mood raya memang tak terpikir la sgt masa tue.

 inilah rupanya bintik yang naik kat badan izzul. campak ke ruam ker allergic susu nie? aku pun confuse sebab tak pernah kena lagi.


Lastly, baru terpikir nak beli isomil. Tapi, masa nak beli susu nie bintik di badan dah mula kurang dan susut. Aku try juga la susu nie sambil bagi minum air kelapa sebab  org kata nak tau campak ke tak cuba bagi air kelapa supaya campak kuar abis. Tapi, lain pulak jadinya. Makin kurang dan susut. sekarang dah OK dah. takder bintik2 kat badan.

Ingat pas abis susu nie, aku nak cuba balik dutch lady. Kalau OK, maknanya bukanlah allergic susu kan. Hopefully ok la sebab tak mampu nak berisomil bagai. Lagi pun org kata susu isomil tak banyak khasiat. Nanti badan anak kurus kering. Iyer ke? Erm.. susah juga nak cari keserasian susu anak nie kan.. Bab lain, berak kencing semua ok bila minum susu2 nie cuba masalah naik bintik2 jer nie...


note : sekarang nie susah nak cari entry orang cerita pasal susu formula nie. semua citer pasal susu ibu kan. zaman dah berubah... dulu semua citer pasal anak minum susu mahal2.. sekarang susu ibu paling mahal.. :-)

3 comments:

Zura@Iwan said...

bb kita minum ss isomil,

minum pon sbb dulu dia penah kena cirit...2x gak ler...so smpi skrg cont ss isomil..

x berani nk tukar lg...mybe tggu 1yr try ss lain ke..huhu

adianiez AIDA said...

anak2 aida 3 orang semua dutch lady :)
masa anak sulung aida dulu, awal2 nurin minum susu snow. then, kakak aida suruh tukar susu gain (yg gambo teddy bear tu). malangnyer nurin tak bleh minum byk, nanti dia cirit! try tukar isomil. nurin tak nak, tak sedap kot. dari bau nyer aida tau hi hi hi... member yg suggest tukar dutch lady. masa tu umur nurin da lebih 1 tahun.
minum la 2 jam sekali pun, tiada masalah lepas tu. hingga la sekarang, nurin da 7 tahun. dutch lady jadi kegemaran dia!!! dan adik-adik nyer...

Azhariah Zuber said...

mmg cabaran bila dah berhenti asi. teruskan cari susu. dulu try pediasure susu plg mahal. barulah dia ok

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...