Kawan-Kawan Saya

Tuesday, April 29, 2014

Milk Booster


takde pape nak update. just nak sharing some my milkbooster.
agak2 bila rasa susu merundum mula lah mencari makanan yg boleh menambahkan susu.

Antaranya :

Pucuk Betik or Bunga Betik

boleh buat rebus gitu jer. Pastikan rebus dengan daun senduduk or daun pucuk jambu untuk hilangkan rasa pahitnya. kalau tak, nanti pahit memang tak boleh telan langsung.


Boleh juga di jadikan kerabu. Amik isi ikan, bawang and cili. gaulkan sekali. ikan tu di masak or digoreng dahulu la ye.


Longan Kering

 ginilah rupanya bila belum di rebus. boleh cari kat tesco or kedai sensei

direbus dengan air, daun pandan dan gula. nak sedap aku letak gula merah.


Pucuk Meranti

 Pucuk meranti ni boleh buat lauk. masak lemak pun sedap, tumis pun sedap. ini aku rebus jer.. buat mcm ulam. makan nasi dengan sambal belacan. sedap!


Buah berangan

buah berangan nie boleh buat kudap kudapan. selalu balik kerja, singgah kat depan simpang empat dengkil tu beli. sambil drive sambil makan.. sedappp! 


so, bila pump sekali dapat banyak ni. pasti teruja kan?? yang penting kena minum air masak banyak2 ye. 
:) happy breastfeeding!

Thursday, April 24, 2014

Bila Iman Zafran berimaginasi


Dah pun nama anak teruna kan. Mestilah imiginasi dia agak tinggi sikit. Mula2 belajar dari tgk youtube. Lama2 mencipta sendiri. Iman memang peminat setia dengan autobots, Lagi2lah kalau optimus prime. dia gelarkan diri dia optimus prime. Apa semua yang nampak robot mesti dia nak. Kadang2 makan pun nak bentuk robot juga. Ada ke suruh aku bua roti bentuk robot. Dah ibu ni tak kreatif, memang sampai ke sudah la tak dapat. hehe

1st hasil tangan iman membuat robot. Abis kotak yang ada di koyak2 nya. Nasiblah ibu ko ni berbisnes. daptlah kotak berkoyan-koyan




nampak kan. koyak sana koyak sini lepas tu tampak dengan solatape. pastu suruh ibunya tangkap gambar. suruh anta kat sepupu kesayangan dia.. haha anak2 pun dah advance tau send gambar bagai kan.

next....

dah mula pandai pakai gunting. Imaginasi semakin kemas. Suruh ayah dia bantu pulak. mula2 gunting tak lepas, suruh ayahnya tolong pulak. Si Iman bagi arahan, ayahnya tolong buat.. dan inilah hasilnya...




ok! siap dengan pedang bagai dah.. 
tapi belum lengkap lagi...

dan

hasilnya....
.
.
.
.
.
.



siap sudah dengan bajunya. tapi lupa pulak nak pakai topeng.


Alhamdulillah dapat anak yang kreatif  ;-)

Sunday, April 20, 2014

Ibu sayangkan iman......

Bila beranak 3 ni, penatnya kalah orang bermain bola. Penat, stress pun ada kdg2. Jadi, anak pertama la yg menjadi harapan utk membantu, mengalah untuk mengelakkan persengketaan dan pergaduhan adik beradik.

One day, dlm kereta aku dengan 3hero iman izzul ihraz. nak hantar memasing ke sek. si izzul suka sgt apa benda semua dia nak sorg. Tak nak kongsi.. dan mcm biasa aku minta si iman mengalah.. bagi je adik nnt ibu bg lain. Selalu abgnya mengalah.. tapi, kali ni.. dia tak nak mengalah. Sampai bergaduh bagai. Izzul melalak, si ihraz terkejut pun melalak. Aku bawa kereta tak keruan. Stresss..! Terus dengan nada yg kuat aku memarahi si abg. Sebab dia x nak mengalah, semua keadaan jadi huru hara
Keadaan huru hara msh tak nak mengalah.

Sampai aku berhentikan kereta tepi jalan. Bawa keluar si abg takut2kan dia kalau tak nak mengalah, jangan ikut ibu.. dengan tak semena2 si abg terus berlari mcm palesit sambil berkata "ibu tak sayangkan iman" dan terus hilang dari pandangan. Aku dah tak keruan.. cuma panggil iman... iman... masih tak nampak. Nak tgglkan kereta tapi ada 2 hero lagi dlm kereta. YA ALLAH kemana perginya anak aku????? Terus aku menangis di situ...

Sehingga aku pasrah sambil berdoa supaya iman kembali balik. Aku masuk semula dlm kereta. Sambil tertunduk. Tetiba si iman ada dalam kereta. Pandangan nampak samar2.. terus tanya.. iman pergi mana tadi? Iman jawab.. ibu tak sayang iman. Iman lari jauhlah. Allah lagi sayang iman.. lepas itu hilang pandangan iman dr mata aku.

YA ALLAH.. apa maksudnya??? Berjurai lagi airmata aku... iman.. ibu sayang iman......

Dengar ihraz menangis.. tiba2 aku tersedar.. memang ihraz menangis nak susu.. sedar2 airmata aku berjujuran.. Ya Allah.. mimpi rupanya aku... kenapalah aku mimpi mcm nie... terus sambung menangis.. tak pernah dpt mimpi mcm nie..

Ya Allah, berikanlah aku kekuataan untuk membesarkan anak2... berikanlah aku ketabahan dan kesabaran yang tinggi... jauhkanlah aku dari perkara yg tak elok dan dekatkanlah aku ke arah kebaikan.. aminnn.

20/04/14
1.15am
posted from Bloggeroid

Wednesday, April 16, 2014

Kisah anak tolak botol susu


Ni kisah semasa dalam pantang aritu. tak sempat nak cerita. Kali ni kena cerita juga sebagai kenang-kenagan dan pengalaman aku anak menolak botol susu. Memang agak mencabar la. Baru ku tahu betapa payahnya bila anak menolak botol susu nie. sebab sebelum ni abang2nya memang senang jer bila bagi susu pakai botol.


So, masa mengandung lagi aku dah pun belikan ihraz botol susu. Botol pilihan tetap dr brown la sebab anti colic. But, kali ni gatal pergi beli yang wide neck. pattern baru katakan. Nak la mencuba sebab cantik.. haha!


Masa awal2 ada la gak try bg pakai botol dalam sekali 2 jer kot. Nampak ok la kan.. so, lepas2 tu memang aku tak bagi la sebab yakin dia ok jer. Kebetulan sebulan sebelum masuk kerja memang sesaja nak try bagi. kot boleh la praktis awal sikit. Tup2 dia tak nak!! rejeck sebaik2nya.. siap menjuak2 lagi.. memang xnak laa.. tolak2 pastu menjuak.. pastu melalak.. asal sumbat jer melalak.


So, bermulalah aku keluarkan balik segala botol yang aku ada sebelum nie. try 1persatu. 1hari 1botol. still x nak pulak. Siap cari puting kaler kuning bagai juga la.. still x nak juga.. dr brown, nuk, medela, avent, mam breastflow.. semua reject. Then, adik  ipar bagi tommie tippie. try juga.. xnak juga. pastu kawan aku pulak siap poskan segala botol dan puting yang dia ada. hasil kumpulan dari anak dia juga reject botol. suruh try. 
nampak ada 1puting tu mcm ok tpi flow laju. ok noted! leh try puting ni tapi cari yg flow ikut isapan baby.


Sampai 1week sebelum masuk kerja. dalam pikiran nak sambung cuti jer nnt kalau still reject.. ingat nak beli mimijumi jer. tapi bila baca ramaikata tak membantu pun mimijumi nie. takut gak nak beli memahal kan. so, ignore dulu.  tetiba ada ramai kawan suggest try Pigeon Perislistatic plus pulak. Puas google bagai. Siap gi kedai tanya salesgirl tu.. dia pun kata most ibu2 yg anak reject botol amik pigeon. Kebetulan ada sorang customer ada kat situ suggestkan juga. sebab anak dia pun macm tu. lepas mik pigeon berjaya. ok! kita cuba... Mahal juga botol pigeon nie ekkk..? dengan pejam sebelah mata amik la juga.. hope anak nak.. 


 mula2 dengan botol2 nie.. semuanya reject.


 ni lah segala botol2 yang kawan aku bagi tu


and lastly... ini yang berjayakan ihraz hisap susu pakai botol
Pigeon peristaltic plus


 patutlah mahal. aku gi amik yang botol PP. hehehe.. amik yg botol biasa pun ok janji wide neck. haha!
sekali minum abisss... alhamdulillah.. lega dah!


 tanda dia puas minum.. siap mengeliat bagai. 


inilah hasil koleksi botol susu ihraz. hamik! buat hiasan jer nie.


kot sesiapa lepas ni ada masalah macam aku, leh la cuba botol pigeon nie. memang BERJAYA!!


Thursday, April 10, 2014

Ihraz 4bulan



semalam bawa ihraz check up 4bulan. agak lewat sikit dr tarikh sebab cehck up 1bulan pun lewat. so, semalam timbang untuk 4bulan 6.3kg. growth yg cantik. tak terlalu berat dan tak terlalu ringan. BMI cantik. hahaa.. gitu! cuba kalau tanya BMI ibunya pulak.. hehe jangan di tanya, kang ada yang meraung. haha.. pepaham jer la ek.. 


peel terbaru bila masuk 4bulan nie, bak kata tcer dija yang jaga dia.. dia xnak duduk diam. nak bangun jer. kalau tak nak berpegang. haaa.. gitulah dia. asal letak baringkan jer marah. nak menegak, berdiri, duduk atau pun berdukung. jenuh la siapa yang yang jaga dia sekarang.


bila orang dekat dengan dia, kaki dan tanga dia melambai2 seolah suruh angkat dia. bila orang buat tak tau jer, terus melalak.. haha.. pastu bila di angkat, senyuman sampai ke telinga siap main gelak lagi. 


then, sekarang suka menyembur2.. apruuu.. aprruuu.. amik! main air liur je kejenya. abis rambut ibu mu ini. dah gugur seolah2 mcm daun yang luruh. seperti biasa.. aku mesti mengalami keguguran yang kronik. sekali gugur segengam rambut gugur. kepala atas belah kanan dah botak sikit. belah kiri dah nampak kejarangannya..


 ngencesss bahasa jawanya.. kena pakai bib jer la pas ni.


bukan main senyum bila dapat duduk.. ayah! bumboo seat satu!


pandai tak saya berselfie?? 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...