Ni kisah semasa dalam pantang aritu. tak sempat nak cerita. Kali ni kena cerita juga sebagai kenang-kenagan dan pengalaman aku anak menolak botol susu. Memang agak mencabar la. Baru ku tahu betapa payahnya bila anak menolak botol susu nie. sebab sebelum ni abang2nya memang senang jer bila bagi susu pakai botol.
So, masa mengandung lagi aku dah pun belikan ihraz botol susu. Botol pilihan tetap dr brown la sebab anti colic. But, kali ni gatal pergi beli yang wide neck. pattern baru katakan. Nak la mencuba sebab cantik.. haha!
Masa awal2 ada la gak try bg pakai botol dalam sekali 2 jer kot. Nampak ok la kan.. so, lepas2 tu memang aku tak bagi la sebab yakin dia ok jer. Kebetulan sebulan sebelum masuk kerja memang sesaja nak try bagi. kot boleh la praktis awal sikit. Tup2 dia tak nak!! rejeck sebaik2nya.. siap menjuak2 lagi.. memang xnak laa.. tolak2 pastu menjuak.. pastu melalak.. asal sumbat jer melalak.
So, bermulalah aku keluarkan balik segala botol yang aku ada sebelum nie. try 1persatu. 1hari 1botol. still x nak pulak. Siap cari puting kaler kuning bagai juga la.. still x nak juga.. dr brown, nuk, medela, avent, mam breastflow.. semua reject. Then, adik ipar bagi tommie tippie. try juga.. xnak juga. pastu kawan aku pulak siap poskan segala botol dan puting yang dia ada. hasil kumpulan dari anak dia juga reject botol. suruh try.
nampak ada 1puting tu mcm ok tpi flow laju. ok noted! leh try puting ni tapi cari yg flow ikut isapan baby.
Sampai 1week sebelum masuk kerja. dalam pikiran nak sambung cuti jer nnt kalau still reject.. ingat nak beli mimijumi jer. tapi bila baca ramaikata tak membantu pun mimijumi nie. takut gak nak beli memahal kan. so, ignore dulu. tetiba ada ramai kawan suggest try Pigeon Perislistatic plus pulak. Puas google bagai. Siap gi kedai tanya salesgirl tu.. dia pun kata most ibu2 yg anak reject botol amik pigeon. Kebetulan ada sorang customer ada kat situ suggestkan juga. sebab anak dia pun macm tu. lepas mik pigeon berjaya. ok! kita cuba... Mahal juga botol pigeon nie ekkk..? dengan pejam sebelah mata amik la juga.. hope anak nak..
mula2 dengan botol2 nie.. semuanya reject.
ni lah segala botol2 yang kawan aku bagi tu
and lastly... ini yang berjayakan ihraz hisap susu pakai botol
Pigeon peristaltic plus
patutlah mahal. aku gi amik yang botol PP. hehehe.. amik yg botol biasa pun ok janji wide neck. haha!
sekali minum abisss... alhamdulillah.. lega dah!
tanda dia puas minum.. siap mengeliat bagai.
inilah hasil koleksi botol susu ihraz. hamik! buat hiasan jer nie.
kot sesiapa lepas ni ada masalah macam aku, leh la cuba botol pigeon nie. memang BERJAYA!!
3 comments:
Waau byknye. Anak sy pon mcm tu. Byk2 botol, botol pigeon ni yg dia nak. Tapi sbb belum masuk kerja lagi, stoplah kejap sbb mmg konfiden dia nak, tapi now ni dia dah taknak.. T.T
Ank sy dr lahir pakai botol pigeon. Lepas habis pantang da tak guna botol. Ni nak naik kerja, die reject botol pigeon. Pening
Hy my 6 month baby now till now so many nipple changed he refused .wery worried what type of nipple i buy .all brand i try already.i think he want eassy to sucking niplehard so prob .his reflaction of sucking not strong.what i do.?
Post a Comment