Kawan-Kawan Saya

Nak Cari sesuatu?

Loading...

Sunday, April 20, 2014

Ibu sayangkan iman......

Bila beranak 3 ni, penatnya kalah orang bermain bola. Penat, stress pun ada kdg2. Jadi, anak pertama la yg menjadi harapan utk membantu, mengalah untuk mengelakkan persengketaan dan pergaduhan adik beradik.

One day, dlm kereta aku dengan 3hero iman izzul ihraz. nak hantar memasing ke sek. si izzul suka sgt apa benda semua dia nak sorg. Tak nak kongsi.. dan mcm biasa aku minta si iman mengalah.. bagi je adik nnt ibu bg lain. Selalu abgnya mengalah.. tapi, kali ni.. dia tak nak mengalah. Sampai bergaduh bagai. Izzul melalak, si ihraz terkejut pun melalak. Aku bawa kereta tak keruan. Stresss..! Terus dengan nada yg kuat aku memarahi si abg. Sebab dia x nak mengalah, semua keadaan jadi huru hara
Keadaan huru hara msh tak nak mengalah.

Sampai aku berhentikan kereta tepi jalan. Bawa keluar si abg takut2kan dia kalau tak nak mengalah, jangan ikut ibu.. dengan tak semena2 si abg terus berlari mcm palesit sambil berkata "ibu tak sayangkan iman" dan terus hilang dari pandangan. Aku dah tak keruan.. cuma panggil iman... iman... masih tak nampak. Nak tgglkan kereta tapi ada 2 hero lagi dlm kereta. YA ALLAH kemana perginya anak aku????? Terus aku menangis di situ...

Sehingga aku pasrah sambil berdoa supaya iman kembali balik. Aku masuk semula dlm kereta. Sambil tertunduk. Tetiba si iman ada dalam kereta. Pandangan nampak samar2.. terus tanya.. iman pergi mana tadi? Iman jawab.. ibu tak sayang iman. Iman lari jauhlah. Allah lagi sayang iman.. lepas itu hilang pandangan iman dr mata aku.

YA ALLAH.. apa maksudnya??? Berjurai lagi airmata aku... iman.. ibu sayang iman......

Dengar ihraz menangis.. tiba2 aku tersedar.. memang ihraz menangis nak susu.. sedar2 airmata aku berjujuran.. Ya Allah.. mimpi rupanya aku... kenapalah aku mimpi mcm nie... terus sambung menangis.. tak pernah dpt mimpi mcm nie..

Ya Allah, berikanlah aku kekuataan untuk membesarkan anak2... berikanlah aku ketabahan dan kesabaran yang tinggi... jauhkanlah aku dari perkara yg tak elok dan dekatkanlah aku ke arah kebaikan.. aminnn.

20/04/14
1.15am
posted from Bloggeroid

2 comments:

Suhida Mat Hanip said...

sabar ye jue... memang kena kuatkan semangat.

Jue @ atanayuiman said...

insyallah kak su.. tq ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...