Kawan-Kawan Saya

Thursday, January 05, 2012

Iman dah ke sekolah..!


lama tak update blog kerana kekangan masa. huhuhu.. banyak kisah nak cerita tapi tak sempat update. kisah kami berboling atas coupun yang beli aritu, kisah balik kampung, kami sambut new year, bercuti ke melaka dan sebagainya.. nantilah.. kalau berkesempatan akan di ceritakan kemudian.

kali ni nak cerita keterujaan ibu bapa bila anak nak masuk sekolah. meriah tengok blog2 dan FB kisah kenkawan bercerita anak masuk sekolah. ada yang behave, menangis dan sebagainya. pa kisah di sebalik iman ke sekolah..?? huhuhu.. mcm2 hal la si iman nie.. lagi2 dah pandai berkata2...

HARI PERTAMA :

3 Januari 2012 (Selasa)
Bangun awal pagi, siap2 kan iman.. mula2 memang bersemangat waja lah.. mandi, gosok gigi pakai baju. dah siap, turun bawah terus cari atuk nenek.. "atuk, iman dah siap".. amboi! bukan main semangat. bila tanya sapa nak anta? dia jawab "atuk anta, nenek tak boleh".. hehe.. sombong u.....

sampai sekolah, aku dan asben anta. suruh aku masuk dalam juga.. teman kan lah juga. bila aku cakap aku nak keluar, dia tak bagi. "ibu duduk sini, tengok iman".. aduhaaii..! susah juga nie.. aku cakap, nak amik barang kejap.. laju jer dia kata "iman tak nak sekolah.." zassss laju berlari keluar.. hehe nasib cikgu dia sempat tangkap. lepas tue, aku x nak la tunggu lama2 situ sebab dorang nak mulakan kelas.. better aku balik jer.. biasalah iman nie, nak mula sesuaikan diri.. nangis la jawabnya.. nasib cikgu2 pandai pujuk...

mula2 memang bersemangat waja nak ke sekolah.

relax dan cool jer masa nie.

masing2 baru sampai..

 hari pertama, ibu bapa boleh anta sampai depan pintu.. masuk hari ke dua luar pagar jer.. hehe

cikgu2 sedang memujuk budak2 yang menangis.. ada iman di sebaliknya.. cikgu tengah pujuk dengan buku robot.. hehe.. pastu Ok dahhhh..!
HARI KEDUA :
4 Januari 2012
masuk hari ke-2.. hahaha.. dah kata "iman tak nak sekolah! sekolah tak best!... boleh tak..? itulah dah lama tak ke taska kan..? dah sonok duk rumah.. inilah jadinyaaa.. asyik nak tengok kartun jer.. mula2 nak anta tue, mcm2 la permintaan dia.. nak tengok kartun dulu la.. macam2 hal.. siap pesan ngn aku "ibu cuti tau.. tengok iman gi sekolah" aku anggukkan jer la.. janji dia nak ke sekolah. hari ke-2, aku , atok dan nenek dia anta. Pas anta izzul, anta iman.. sampai depan sekolah.. dia tanya nenek dan atok dia.. "atok nak gi mana?" atok jawab "nak gi pasar beli ikan" .. "nenek?" dia tanya lagi.. "nenek nak gi pasar juga".. terus dia jawab "IMAN TAK NAK SEKOLAH!".. 

aku pun amik iman kata ibu ikut gi sekolah.. sampai depan pagar dah tarik2 aku masuk pagar supaya teman kan dia.. hehehe.. cepat2 cikgu dia amik dia.. Hari ke2 hari sukan.. pakai baju sukan.. so, ramailah bebudak sedang berbaris untuk main-main.. aku cepat2 lah blahhh.. kang nampak muka aku nangis lagi... huuuu.
masuk hari ni still tak nak sekolah.. aduhaaii.! camno la atuk nenek dia handle pagi nie.. sebab arini atok nenek akan anta dia.. harap2 dlm minggu depan oklah dia nak ke sekolah...

hari rabu hari untuk sukan.. kena pakai baju sukan!

budak tecik nie pun dah kena anta babysitter.. hehe.. sonok sakan dia semalam. dah sebulan lebih tak ke babysitter..

4 comments:

Mrs. Simplicity said...

ok la tu jue. kalau nia, banjir sebulan tak habis lg. hehehe.. belajar rajin2 ye iman :)

nome said...

seronok iman ke sekolah...lumrah kot anak nak ada parents or atok nenek temankan..ate dia tak biasa...tp lama2 insyAllah ok tuh kot...

ieda said...

alahai anak...sama jugak dgn Amsyar mula2 semangat dgr kata cikgu...lama2 dia lari ke luar...adoiiii

Jue @ atanayuiman said...

alyyani >> yang nie xtau la banjir bapa lama. harap2 x lama laaa.. susah hati juga dibuatnya kan.

k.nome >> itulah.. lama sgt duk rumah jer kan.. nak ke sekolah pun susah juga nak memujuk nya... kena kuatkan hati dan sabar.

ieda >> sama la kitaaa.. laju jer dia lari kuar.. nasib sempat cikgu dia amik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...