Kawan-Kawan Saya

Friday, January 22, 2010

Contest : Saat Itu Indah

**** Sticky Mode ****


Name Of Contest :
Saat Indah Itu

Organized By :
Mr. & Mrs. Zaidi Stories

::: banner :::

1. Letakkan Tarikh perkahwinan anda.
::: 1 Mei 2007 :::

2. Nama Pasangan Anda
::: Shahrulizam Subari :::

3. Nama cahaya mata anda jika ada.
::: Muhammad Iman Zafran :::

4. Jawab satu soalan.
Bilakah tarikh Pernikahan kami Wana & Eddie????
( Klue: Jawapan ada pada cerita lama/ Blog ini)
::: 24 November 2007 :::

4. Letakkan Gambar anda bersama pasangan( Suami / Isteri) atau keluarga :

4. Ceritakan kepada kami kisah cinta anda & Kenapa si Suami/isteri & Anak anda begitu Istimewa dalam hidup anda. Ringkas Tapi padat.. tak perlu panjang lebar.

::: Kisah Cinta kami bermula dari tersalah nombor sehinggalah kami Lost Contact dan bertemu semula setahun selepas itu. Setelah genap 6tahun kami berkawan, kami terus membuat keputusan untuk mendirikan Masjid supaya hubungan kami Sentiasa di Redhai oleh Allah swt. Dan kami berharap serta berdoa semoga Masjid yang dibina ini sekukuh Masjid Mekah Mukaramah... Dan percintaan kami seperti seAGUNGnya cinta Nabi Adam dan Hawa. Amin... :::

5. Maklumkan kepada pembaca anda apakah hadiah yang akan dimenangi sekiranya anda berjaya.
::: Hadiah yang bakal di menangi ialah :


Penginapan 2 Hari 1 malam sempena Valentine Days di
Seri Costa Hotel Melaka.
untuk 2 orang. Serta sarapan pagi untuk 2 orang.Pada 13 February 2010(Saturday).

6.Tinggal kan link ke URL anda di Comment box ini atau email ke wanani3@yahoo.com
::: [DONE] :::


p/s : sesiapa yang belum joint, bolehlah joint kerna adiahnya sangat menarik..
nak joint? clcik
DI SINI
tarikh tutup : 25 January 2010






Makan Malam Kami ......


Tak abis-abis citer kat Sabah kan..?
Jangan lah busan ekk..? Disebabkan gambar banyak, jadi kita upload sikit2 di samping tak tau nak wat entry apa... hehehe..
takpe laaa.. lagipun ini my blog kan.. suko ati den la nak letak.. gegege..
Makan malam kami tak jauh mana pun.. Makan kat dengan pasar filipino jer.
Kat situ kita boleh pilih makanan seafood segar-segar dan dibakar.
Sedap sebab boleh makan makanan laut yang fresh lagi..

udang galah

sotong

yang nie rumpai laut sebagai ulam..
tapi, tak sanggup daku nak makan.. hehe

Makanan lain ada ikan kerapu, ikan putih, ayam bakar..
tak sempat nak snap..

separuh daripada menu kami

ini semasa sesi pilih memilih..

Jom kita soruuuuuu...

Kami yang kusyuk makan.. Iman tido lenaaa... bestnyerrr..

selesai sesi melantak.. hehe

suasana pasar malam di sana. Happening sangat..
Ada singgah ke pasar yang jual ikan besar-besar orang..
tapi...
terlupa nak snap.. boleh tak...??
ruginyaaaa tak dapat nak tunjuk ngn korang..
giler besar weeehhhh..!!
besar anak kita pun ada gaksss...

Muka kekenyamgan semuanyaaa..

Iman Zafran dah bangun tido

ini pula gambar suasana dalam bilik kami yang berada di tingkat 8

Cititel Express Hotel
Baru saja di buka bulan 8.
semuanya bau benda baru.. hehe
Bilik yang kecik sahaja but OK laaa..
ada LCd TV gitu..

nampak bawah tuee.. iman suka tgk kat situ..

Dari bilik leh nampak le Meridian Hotel yang terletak betul2 depan pasar filipino.

Cititel Express terletak di tengah bandar K. Kinabalu. Tak jauh nak ke pasar-pasar yang ada area situ. Boleh jalan kaki sahaja.


Thursday, January 21, 2010

@ Kinabalu Park

Di Kinabalu Park nie, kami tak boleh turun langsung sebab hujan masa tue agak lebat lah juga. Di sini juga boleh dikenali sebagai Kaki gunung kinabalu. Di sini lah tempat bermula pendakian gunung kinabalu. Dan di dalam kawasannya, kita boleh menikmati panorama kaki gunung. Macam-macam ada. Tapi, apakan daya. kami tidak boleh menikmati ke smua itu. Hanya dapat merasai suasana sahaja.

Jika dapat masuk ke dalam, mesti dapat bergambar dengan bunga rafflesia, orang hutan, buanga2 dan pokok2 hutan dan sebagainya.. dan yang enting Gunung Kinabalu.. huhuhuhu..! gunung kinabalu tak nampak langsung sebab kabus yang tebal.

Kami hanya dapat ronda kinabalu park dengan menaiki yan sahaja.

ini budak sudah bangun tido laaaa..

Map untuk kinabalu park..

pandangan dari dalam van

Motif gambar..? Nak tangkap gambar gunung, tetapi tak nampak. Di sebalik kabus tersebut ada Gunung Kinabalu..

suasana dalam kinabalu park


on the way nak ke destinasi seterusnyaaa..

@ Jambatan Tamparuli

Selepas ke Poring Hot Spring, kami ke Jambatan Tamparuli pula.
Actually, ini tiada dalam list aku. Tapi, driver kami telah membawa melawat ke Jambatan Tamparuli ini. Biasa dengar kerna lagu saja. Tapi, kali ini berpeluang untuk melihat sendiri jambatan tersebut.

Masa tu, hujan masuh turun lagi. So, aku tak ikut turun sebab iman tengah tido. So, aku duduk dalam van sahaja. yang turun kaum lelaki dan pasangan pengantin baru. sempatlah mereka menangkap gambar di atas jambatan dan suasana di situ.

Kat situ banjir. Laluan bawah jambatan tak boleh lalu langsung. kalo nak lalu, kena ikut jalan lain atau atas jambatan sahaja (untuk penjalan kaki).

panjang juga jambatan ini yea..

berla-larian suamiku..

pandangan dari jauh

pasangan pengantin baru.. hehehe.. romantik yeaaa..

pandangan dari atas jambatan...

ada pasar berdekatan dengan jambatan ini. sayur-sayuran segar bugar..

Wednesday, January 20, 2010

@ Poring Hot Spring

Next Destination ialah :

Poring Hot Spring


yang terletak di Ranau. Atas sedikit dari Kinabalu Park.
Masa kami tiba di sini, hujan masih lagi turun. Nak tak nak kami redah juga sebab dah sampai kan..? agak kerugian jika kami tidak redah. Lagipun mengambil masa lebih kurang 1jam nak sampai ke sini. Kalo tak hujan, boleh la kami bermain2 air.. tapi, xtahan juga sebab dah kesejukan...

Dalam hot spring nie, macam2 ada.. Cuma kami tak sempat nak jelajah semua kerana cuaca. Cukup setakat merasai air panasnya sahaja. dan bergambar2 di situ.. kalo tak, boleh melawat mini zoo dia...






Iman pun ikut redah.. Actuallymasa cuti di sana, aku tak sihat.. Demam dan selsema. Tapi, demam tak kronik sgt la.. yang kroniknya selsema ku.. huhuhu..!! sampai telinga berdengung dan menjadi pekak sekejap. Iman pun tak berapa sihat sebab demam sejak sebelum pergi lagi. Nasib ada bekalan ubatnya.. so, demamnya taklah teruk sangat di samping cuaca yang sejuk.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...