Kawan-Kawan Saya

Monday, November 26, 2012

Weekend ke MAHA 2012

Semalam seawal 9.40pg dah gerak ke MAHA 2012 bersama dengan iman, mak dan adik. Izzul dan ayahnya takde sebab balik kampung ada urusan penting. Nasib bila sampai je kat sana kereta belum banyak, jalan pun tak jem dan parking pun masih banyak lagi. Cuaca pada mulanya pun ok jer. Tak panas sangat dan tak hujan..

Mula2 sampai cari tempat makan dulu. Lepas makan baru lah naik tractor berjalan2 di kawasan MAHA. Serius sangat penat dan letih. Itupun tak abis jalan pun lagi. Memang tak larat. Masuk tengahari ke petang cuaca dah sangat terik dan panas.. last sekali, kitorg surrender tak jadi ke ladang ternakan. Terus ke pintu utama dan menuju ke agrobazaar untuk membeli belah.. dalam agrobazaar sangat heaven!!. Baru 2 lorong tangan dah penuh.. hehee... larat tak nak abis kan setiap lorong??

Yang paling bagus sekali si iman zafran. Setiap tester yang ada dia pi makan and minum siap bagi testimonial kat booth tu lagi.. hahahaa! Lawak sungguh bila dia kata seddaaapp!! Saambil tunjuk tangan good... kuar je dari agrobazaar, dialah orang yang paling kenyang sekali.. naik kereta terus tido.. penat dan kenyang!



Lepas makan, mula2 kena cari tractor dulu...


Susah benar nak ajak bergambar budak sorang nie..




Muka tengah tahan nak kencing.. ekekeke...




Dapatlah juga merempit dengan kambing.. emmmbekkk!




Tulang ikan di katakan tulang dinosaur. Tak abis2 dgn dinosaur dia..




Masa nie dah dlm agrobazaar kat booth mychef.. tgh mak nak beli, tetiba chef florence dtg... apa lagi.. kasi promote abis laaa!




Dapat susu ilham.. meh kita cuba!!




Lastly, muka budak yang kepenatan... banyak jalan dan banyak makan...




Balik sempat singgah tesco sebab nak beli diapers tesco choice yg tgh promosi Rm50 utk 2 pack.. apa lagi.. memborong laa.. sebab diapers pun nak abis.. pastu jarang sekali promosi mcm nie...
posted from Bloggeroid

3 comments:

Allene said...

menarik gak maha ni ye..

nome said...

ala bestnya MAHA! dah lama kepingin nak ke sinun...sampai skrg lom berkesempatan...insyAllah tahun depan sampailah akak anak banak ke sana...nak sgt tgk MAHA ni secara live!

@lfidah @dim said...

alahai..tahun nie pun akak tak kesampaian nak ke MAHA.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...