Kawan-Kawan Saya
Tuesday, November 18, 2008
Mengelakkan bayi dari kematian mengejut
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan beberapa kes melibatkan kematian mengejut dikalangan bayi. 18 Nov semalam pun kita dikejutkan dengan berita kematian seorang bayi comel yang tersedak dan mengakibatkannya maut. Di sini beberapa tips dan amalan yang boleh mengelakkan kejadian dan perkara ini berlaku. Antaranya ialah
1. Ketika menyusukan bayi terutamanya menyusu botol
Pastikan bayi menyusu botol sehingga kenyang dan kita hendaklah pegang botol tersebut. Ada diantara kita yang bosan atau mengantuk lebih-lebih lagi diwaktu malam untuk tunggu bayi habis menyusu tidak memegang botol. Elakkan dari hanya menyendal botol dengan objek supaya tidak jatuh atau meletak botol ke mulut bayi tanpa memegang dengan tangan.
kemungkinan berlaku : Bayi mungkin akan terbatuk atau ingin berhenti seketika menyusu. Namun jika botol susu tidak dialihkan dari mulut kemungkinan akan tersedak dan tercekik. Ini akan menyebabkan bayi sukar bernafas dan terhalang dalam saluran pernafasan mereka dan boleh sebabkan kematian.
2. Sendawakan bayi selepas selesai menyusu.
Tidak kira menyusu badan atau botol, ibu-ibu atau para ayah perlu peka dan wajib membantu bayi mereka sendawa selepas selesai menyusu. Ini kerana bayi masih belum mampu untuk sendawa tanda kenyang dengan sendiri. Caranya mudah hanya telangkupkan bayi meniarap dengan tangan kiri kita mengampu badan bayi dan tangan kanan menepuk belakang bayi secara perlahan-lahan. Insyaallah bayi akan tersendawa tanda kenyang.
3. Posisi menyusu yang sesuai.
Posisi atau kedudukan badan bayi ketika menyusu terutamanya bagi bayi-bayi yang menyusu botol perlulah sesuai. Iaitu kedudukan kepala bayi mesti lebih tinggi dari badan bayi. Ini akan mengelakkan cecair susu dari memasuki saluran pernafasan bayi jika bayiterbatuk atau sebagainya.
4. Angkat bayi jika batuk.
Jika bayi anda batuk tidak kira sewaktu minum susu atau di waktu-waktu lain pastikan anda mengangkatnya. Bantu bayi anda dengan menepuk belakang badan bayi anda. Ini akan batu bayi anda batuk dengan lebih selamat yang mana mungkin bayi anda ingin mengeluarkan kahak yang tidak menyelesakannya.
5. Jangan berikan bayi anda makanan pejal.
Polisi penyusuan yang sihat dan membawa kebaikan kepada bayi disarankan sedari lahir hingga 6 bulan. Selepas itu ibu-ibu digalakkan untuk terus memberi susu ibu terus menerus demi kebaikan bayi. Makanan pejal disaran atau dicadang diberi ketika umur bayi 6 bulan ke atas.
6. Jaga anak kita sendiri lebih baik.
Jagalah anak kita sendiri demi keselamatan bayi kita. Ini kerana nursery mungkin menjaga terlalu ramai bayi atau kanak-kanak dalam satu-satu masa. Disamping staf pengasuh yang tidak sepadan dengan jumlah bilangan bayi / kanak-kanak dalam sesebuah nursery. Jika perlu carilah pengasuh yang tidak terlalu ramai menjaga bayi atau kanak-kanak. Apabila terlalu ramai pasti akan ada sikap terlepas pandang, tidak sengaja dan sebagainya lagi.
Diharap tips dan kaedah di atas dapat membantu para ibu-ibu, rakan-rakan dan sebagainya mempraktikkannya supaya boleh mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku ke atas bayi kita. 9 bulan lama tu kita mengandungkan. "Bagai menatang minyak yang penuh" gamaknya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment