Kawan-Kawan Saya

Thursday, November 20, 2008

Pernahkah lihat simbol ini?





Baru-baru ini kita dikejutkan dengan bahan kimia beracun dipanggil melamine yang didapati dalam beberapa jenama susu tepung buatan China seperti Shanlu dan sebagainya lagi. Pihak piawaian antarabangsa juga telah menguji beberapa produk makanan yang dikeluarkan dan diperbuat dari negara China dan didapati bahan melamine ini juga telah mencemari produk tersebut. Selain itu, kandungan kimia beracun ini juga telah mencemari juga beberapa produk plastik dan seperti sedia maklum pinggan mangkuk dari China diperbuat daripada melamine juga dan sebagainya lagi.

Tapi, apa kaitannya dengan botol susu bayi??
Memang ada kaitan dan kita perlu bimbang kerana bahan plastik diperbuat dari hasil campuran bahan kimia. Ia mungkin akan bereaksi atau bertindakbalas dengan sistem imun pertahanan badan mahupun sistem badan yang lain termasuk kemungkinan mutasi pada gen DNA kita.

Masih tidak bimbang??
Tidak apa. Cuma kita perlu waspada akan kemungkinan. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan yang mengambil kira kepentingan kita mengambil berat setiap sesuatu perkara.

Kalau anda teliti dan perhati pasti akan terlihat simbol kitar semula dan ditengahnya ditulis kod angka. Antara bekas plastik dengan bekas plastik yang lain berbeza kod angka masing-masing. Contoh angka pada botol plastik berbeza pada angka bekas plastik makanan seperti tupperware dan sebagainya.

Simbol kitar semula ini adalah simbol yang mengklasifikasikan jenis plastik yang boleh dikitar semula mengikut polimer . Simbol biasanya bernombor 1-7. Ia adalah sejenis kod yang digunakan standard bagi para pengilang seluruh dunia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...