Kawan-Kawan Saya

Wednesday, October 20, 2010

Kisah Menilik Jantina Anak


Semalam petang sebelum balik kerja.. time kemuncak menunggu detik2 nak balik. tetiba kami (opismate) meneka2 jantina anak2 mak buyung yang sedang di kendong sekarang. Ada 3 org mak buyung dalam opis aku nie.. iaitu aku, sal dan lin. Dalam tgh dok meneka.. tetiba opismate (kavitha) mengiyakan mengenai tilik anak melalui rantai emas. Sebab katanya sepanjang family dia buat tilik melalui rantai emas, semuanya betul.. Nampak menarik nieh!.. Jom kita cuba.. sesiapa ada pernah cuba tak..???? Caranya mudah saja.. Betul atau tidak.. Wallahualam...

Bahan :
Rantai Emas tulen

Caranya :
  1. Letakkan rantai emas (ada loket) di tapak tangan kiri.
  2. Niat nama anda dan pasangan
  3. Tarik rantai ke atas menggunakan tangan kanan
  4. tengok arah loket tersebut. Kalau kearah depan belakang bermaknan anak LELAKI, kalau pusing dalam bulatan anak PEREMPUAN
 contoh

 dan pabila kawan aku buat untuk aku dan aku buat sendiri, aku menerima hasil yang sama la.. Itu yang menariknya.. Ini aku punya hasil :
  1. tak gerak (agaknya tembakan tak kena kot.. hahahaha)
  2. tak gerak (samalah niee.. tak menjadi)
  3. Lelaki (Iman)
  4. Gugur
  5. Gugur
  6. Perempuan
  7. Gugur
  8. Lelaki
  9. Perempuan
kesimpulannya, aku ada 4 anak. 2 lelaki 2 perempuan..So, ini bermaknan aku mengandungkan anak perempuan la yeaa..?? hehehe... wallahualam.. Tunggulah hasil scan nnt yeaa. ataupun tunggu baby lahir nnt.. :-).. Lagi satu, bab gugur pun dia tunjuk lah....errmm.......

P/s : Jangan percaya 100% yea.. nnt syirik pula.. Just suka2 jer nieh!!..

4 comments:

suhida said...

jue,tgk kalendar cina je..hehee..

Jue @ atanayuiman said...

k.su >> jue kalendar cina mmg tak kena langsung.. hehe

azhariahzuber said...

ohh takutnya jue bila baca benda ni..sbb memang syirik pun..jgn cuba lagi tau...takut2 terpercaya pulak..kalendar cina pun tak perlu rasanya...
sbb akak try tgk kalendar cina tak sama pun..huhu

amai @ mai said...

Jue, hehehe... sblum akak bsalin aritu, bdk2 opis nie try jugak kat akak.. amik ko 5 orang anak akak.. yg no. 2 dorang tilik lelaki.. tup tup yg kluarnyer pompuan.. hahaha... benda ni nk percaya sangat pun xleh, silap aribln tpesong pulak.. ape2pun yg penting akak doakan kandungan jue sihat dan semuanya selamat.. tk care jue.. ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...