Tarikh : 1 Julai 2010 (Khamis)
Masa : 5.50 ptg
Tempat Kejadian : Taman Dahlia
Morning semua. Story arini berkaitan aku kemalangan minggu lepas. Sesiapa yg dah tau, sedia maklum. Sesiapa yang belum tau, meh aku story mory about this.
Minggu lepas, aku balik keje macam biasa. Balik kali ni aku sangat2 excited sebab untuk pertama kali aku akan amik iman setiap petang sebab iman dah pun bertukar taska di sepang. Sepatutnya nak citer pasal iman tukar taska.. Takpe, aku dahulukan cite nie dulu yeaaa.. Masa kejadian, aku jadi penumpang dan adik ipar aku yang bawa kereta.
So, selepas amik iman, kitorang pun on the way nak balik. Mula2 ingat nak singgah pasar. Tapi tak jadi pula. Kitorang terus jalan balik jer. Masa dalam kereta, aku and iman dok gurau2 dgn diaa.. Tetiba, adik ipar aku menjerit... "eeehh! budaak..!" aku tersentap dan tetiba2 "gedeegaaanngg!" cermin pintu aku pecah dan berderai. 2org budak naik motor yang langgar keta kitorang.
kereta terus terbenti dan iman terus tersenyap. Aku dalam keadaan trpina2, tetiba rasakan sesuatu pada muka aku. Aku pegang darah!. Aku tgk side mirror. Aku nampak darah banyak. Aku ingatkan darah iman. Aku terus menjerit "Ya Allah, Anak aku" dan iman pun trkejut tgk muka aku dia pun turut nanges. Aku pegang2 iman.. Alhamdulillah bukan darah dia. Darah aku. Iman berhenti menangis. Dan terus menjerit2 kata "Allahh.. Allahh.."
Budak yang langgar kitorng tue, terus bangun meminta maaf kat aku dan adik ipar aku. Ain, dah kebingungan. Terus marah budak2 tue. Main kuar simpang je. Dia tgk tapi taknak brhenti. Di pecutnya laju.
Akhir sekali, settle kat balai. Tapi, kami tak buat report sebab bapa budak tue nak ganti semua. Alhamdulillah... Kalo tak terpaksa claim insurance. Sian ain, dah la nak kawin.. jadi benda alah nie.. Kadang2 kita dah berhati2 tapi, disebabkan org lain, kita juga yang kena. Budak yang langgar tu 16thn. Xde lesen lagi. Sorang tue anak polis.
Nak tau teruk ke tak excident tue, tgklah gambar nie :
belakang tue lah simpang tempat kejadian. Apa yg rosak? cermin pintu pecah berderai, cermin depan pecah, pintu kemek, sisi kemek.
cermin pintu penumpang yang aku duduk pecah berderai
cermin depan. Aku ingat budak tu tercampak depan keta nie.
ni kesan motor tue langgar.
Pape pun, alhamdulillah iman takde pape. Cuma iman kena mandi dgn serpihan cermin. Risau aku di buatnya. Sebab sekarang dia tgh demam. Sama ada demam terkejut or demam tukar taska. Maybe 2 in 1 agaknya.
Semasa kejadian, ada hamba Allah (jiran rupanya) telah membantu kami. Dia yang bawakan kami ke klinik dan balik ke rumah. Thank U to Iza and asben. :-)
p/s : di sebabkan excident nie, weekend aku hanya di rumah mak aku aje. Even ada beberapa majlis aku kena hadiri. Aku mohon maaf kepada Zulaikha (my best fren wedding), k.wana (izz besday) dan lea (2boy besday). sorry tauu.. next time aku dtg.. :-)