Kawan-Kawan Saya

Monday, December 24, 2012

Kenduri Kesyukuran, Doa Selamat dan Tahlil serta Jamuan Hari Jadi


Alhamdulillah selesai sudah Majlis Kesyukuran, Doa Selamat dan Tahlil serta Jamuan Hari Jadi untuk anak buah aku semalam. Kenduri kecil sahaja untuk ahli keluarga dan kawan rapat sahaja. Insyallah next time leh jemput ramai orang.

First Of All, thanks buat semua tetamu yang sudi pada majlis kami semalam terutama saudara mara yang jauh datang ke teratak kami. So, dah datang jauh.. pasti ada cenderahati @ door gift untuk mereka. Aku order custom made surah Yasin, mini kicap (sapa dapat pasti tersenyum seperti aku dapat mula2 dulu) dan a cup of mineral water.

Surah Yasin ni aku order dengan http://www.creativelydesigned.com.my/. RM1.50/pcs (tak colour) untuk colour RM3.00. Aku lebih suka tak de colour. nampak lebih klasik.

Khas untuk tetamu ;-) Mini kicap tu aku beli kat kilang kicap kat sg buloh. kalau nak wat door gift pengantin pon ok! orang tak buang.. RM1.10. kalau amik 1000pcs RM1 jer..


Kenduri Kesyukuran ini adalah sempena :
  • Masuk rumah baru (walaupun dah berapa kali kuar masuk.. hehe tak pernah buat kenduri sejak masuk rumah)
  • Kenaikan Pangkat for My husband (hopefully lepas ni Myturn)
  • dan yang paling best My husband dah dapat tukar (dapat tau 3hari sebelum buat kenduri.. spt dlm entry yang lepas)

Syukur Alhamdulillah rezeki hujung tahun untuk kami.  Semoga tahun depan ada rezeki lain untuk kami.  Pada mulanya husband tak dapat tukar, but rezeki Allah nak bagi kan? tak kira waktu dan tempat dah.bila2 Dia leh bagi dan bila2 Dia leh tarik. Syukur sesangat even tak dapat PPD sepang, tetapi tetap tak jauh dari rumah. Tak perlu lagi keluar seawal subuh, bersesak di MRR2, dan mengadaikan diri di atas jalanraya yang jauh perjalanannya.. Dan yang paling penting dapat jimat $$ ni jugaa... 


4 comments:

Tulips said...

ayu, nak li kicap tu kat mana. leh bg contact. thanks

ananaifa enterprise said...

salam perkenalan.. comelnye kicap mini tu.. menarik.. ^___^

saya terjumpa link blog ni dr pakcik google.. saya ade nak tumpang iklan sikit ye TT

Salam to blogger sume ^___^

mencari cari doorgift utk majlis kenduri kahwin mahupun jamuan keraian anda? cuba lawati blogspot Ananaifa di waffle-comel-ananaifa.blogspot.com dan sekiranya berminat dengan tawaran kami, bolehlah proceed for next action ya!

//Jazakallah & Jazakallah again//

IsZulShah said...

Btl ke kilangnya kat Sg Buloh? Psl puas mencari kicap mini tu sblm ni. Tanya sepupu yg buat doorgift guna kicap tu...dia kata beli kat kilang di Batu Gajah. Iskkk...

Jue @ atanayuiman said...

Iszul Shah >> kilangnya ada di perak dan sel. selangor kat sg buloh jer. kalau area sel, boleh la ke sg buloh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...