Kawan-Kawan Saya

Thursday, December 27, 2012

Kalendar 2013

Lagi 4 hari jer 2012 nak melabuhkan tirainya... nampak gayanya tahun nie, entry berbloging agak merundum. Nampak sangat perbezaannya dengan tahun lepas.. ekekekkk.... maybe sejak beranak 2 nie kot.  Kot thn akan dtg beranak 3, terus lenyap dari berbloging.. huhuhu!..

Insyallah belum lagi kot plan nak menambah.. insyallah 2014. Tp, kalau ada rezeki awal apa salahnya.. cuma tak masuk dalam wishlist 2013 laa...

Tercapai ke tidak whishlist or azam 2012?.. errmm.. apa azam and wishlist aku 2012? Lupa laks takde update kat blog aritu... tapi, takpe laaa.. meh aku nak highlight balik... berjaya atau pun tidak..

1. Nak dapatkan berat seringan 60kg - BERJAYA la juga even kdg naik 61-62..

2. Nak dapatkan 2nd car - masih belum berjaya.. sambung 2013. Ekekeke...

3. Start duduk umah sendiri sepenuhnya - masih tak berjaya.. syukur berjaya tahun 2013.

4. Menyusukan izzul genap 2thn - sangkut sampai 1thn 7bulan jer sebab dia yang tak nak... uwaaaaaa!!

Itu jerr apa yang di azamkan 2012.. nampaknya 1 jer yang BERJAYA... HEHEHE.

INI pulak azam untuk tahun depan 2013.

1. Duduk di rumah sendiri - belum masuk 2013 dah BERJAYA! Hampir 5tahun menanti..

2. NAK turunkan lagi berat sehingga 57kg - hopefully leh control makan.

3. Nak 2nd car juga! - dah 3tahun forward nieee.... hopefully!

4. Nak kenaikan pangkat - harapan dah ada aritu tapi terpaksa tolak. Insyallah hopefully ada rezeki tahun nie.

Ok. Itu sahajalah.. kang tak tercapai di akal pulak nnt semuanya nak. Kita fokus  4 benda yang penting ni dulu... semoga tercapai pada tahun 2013... :)

Published with Blogger-droid v2.0.9

2 comments:

@lfidah @dim said...

janganlah sampai blog ini lenyap aje..:D

atanayuiman @ Jue said...

kak fida >> hopefully gitulaa.. tapi kalau penyakit M dah datang, nak wat camner kan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...