Kawan-Kawan Saya

Monday, December 31, 2012

Kenangan di Tadika Khalifah Didik


Tinggal 2 hari sahaja lagi nak masuk Tahun Baru dan seterusnya nak buka sesi persekolahan yang baru. Seperti mana yang dah maklum, Tahun 2013 bermulalah perjalanan kehidupan kami yang baru. Semua rutin akan berubah dari biasa. dan Iman zafran serta Izzul Zafry pun akan bertukar sekolah dan taska. Semestinya aku lah yang akan paling sibuk dan berdebar saat menanti sesi persekolahan yang baru ni. Akulah yang akan angkut dua-dua beradik ni pepagi hari untuk hantar masing2 ke sekolah dan taska. Iman akan di hantar ke sekolah baru dia kat Presint 11, Putrajaya iaitu Tadika Khalifah Alaf Baru masih lagi di bawah francais The Little Caliphs dan si izzul pulak akan di hantar ke Taska Seri Perdana iaitu di bawah bangunan opis aku jer. Dan ayahnya pulak semestinya akan bermula dengan suasana sekolah yang baru.

Berbalik kepada tajuk yang asal, aku nak gamitkan memori iman di sekolah lama dia. Ermmmm.. sebenarnya tak tau nak cerita apa pasal perkembangan si iman ni. But, sejak sekolah ada lah juga perkembangan yang boleh nampak serba sedikit. Cuma, nak kata anak aku ni dapat catch up 100% tak la kan..lagipun baru jer masuk 4thn.  Selepas di selidik2 antara aku dan teachers iman nie, iman ni banyak menggunkan otak kiri dimana dia bukan seorang yang suka pada pembacaan. Dia lebih ke arah maths dan imaginasi. Segala hasil kerja dia penuh dengan imaginasi. Nanti korang tengok la hasil kerjanya.. hehe.. 

Ni nak masuk sekolah baru nie, tak tau la camner. sebab awal2 dia dah bgtau tak payah hantar dia gi sekolah dah sebab dia dah sekolah.. aduhai! sampai mimpi2 aku di buatnya. Harap2 jangan lah menangis sampai sebulan setengah lagi. Masak aku di buatnya nnt sebab aku yang akan hantar dia nanti... last2 aku pulak yang nangis pulak nanti.. ekekekek...


 ada juga gambar kenangan dia. Baru berumur 4tahun ye.


Ini antara buku-buku aktiviti iman di sekolah. kat LC mmg takde homework. so, segala buku mmg di simpan dan di siapkan di sekolah ajer. semasa sesi meet up dengan parents baru di tunjukkan hasil kerjanya.


Nak tengok ker hasil kerja iman zafran?? hehehe .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.










Tengoklah hasil kerjanya. Dah memang "kaki pen". Asalkan dapat pensil or pen ker laju jer tangan dia menconteng. Bak kata teacher dia, "iman orang terakhir saya bagi pensil". Itulah jadinya juga bila imaginasi dah terlalu tinggi. Then, ada jer gambar tu jadi gambar lain..


ni pulak hasil kerja tangan dari iman dan di bantu oleh teachers


Lastly, letaklah gambar kenangan iman dengan teachers dan kenkawan yang sama kelas dengan dia. Kelas untuk 4tahun.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...