Kawan-Kawan Saya

Sunday, August 28, 2011

Jalan TAR-ampang point-tesco


Jalan TAR-ampang point-tesco, originally uploaded by pinky_gal25.

Last minit shopping! Rasa mcm xsempurna kalau tak ke jalan tar. Akhirnya, arini smpt terjah jalan tar.

Smlm sempat mengecat umah mak, arini settlep semua. Sempatlah aku terjah jalan tar. Dr pagi skang baru sampai rumah. Dan inilah hasil rembatan dr aku dan mak aku. Hehe

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Friday, August 26, 2011

Berbuka Puasa di Restoran Nelayan, Titiwangsa.

Hari selasa lepas, aku dan family berbuka puasa di Restoran Nelayan, titiwangsa bersama dengan kawan2 opis. Masing2 lepas kerja laju jer berdesup ke sana. Nasib jalan OK dan tak jem. Iyerla dari Putrajakan nak ke sana kan..? takut jer jem.. lagi2 waktu orang balik keje. nasib masing2 sampai sebelum pukul7mlm.. okla  kan? sempat nak amik tempat dan makanan.. On time berbuka leh terus berbuka jer... Harga untuk seorang RM35 jer. murah kan..? okla dengan makanan2 yand disediakan tue.. more kepada steamboat. Aku harapkan ada ikan bakar ker.. xder pulak.. makanan lain, ada nasi dan lauk pauk, ketiau goreng, nasi ayam, sate dan apantah lagi... aku pun xigt sangat sebab bukan aku yang gi amik makanan.. kaum2 lelaki jer yang pi amik.. kami kaum wanita hanya duduk makan.. hehe

antara yang sempat di snap

 izzul dan ashraf.. kami yg beza 2hari jer..

Di samping kami berbuka di luar, sempat jugalah menyambut birthday wadi suami kepada nadia. Nadia nak buat surprise birthday untuk suaminya sambil bersengkokol dengan kami2 ini.. hehehe.. terkejut juga dengan adanya kek coklat dari nadia nie..

bagus la staf restoran nelayan nie.. siap tolong bawakan kek dengan berlilin gitu.. dia offer juga nak siap nyanyikan ker.. or nak bagi ucapan melalui speaker.. ekekeke.. malu si nadia.. xper la.. di tolaknya.. hehe

semoga panjang umur dan di murahkan rezeki buat wadi...

isteri yang romantis.
Tapikan, ada pasangan lain yang cemburu tau.. nengok kan si nadia dan wadi nie bersuap2.., ada satu lagi pasangan nak juga camtu.. dasat tul!.. nak tau siapa??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

aqil dan fiqah.. hehehe.. so sweet!

dan sebelum balik, sempatlah snap pic kami semua dengan family masing2. Hopefully next year dapat berbuka sama lagi.. :-)

 kak nor dan suaminya yang pemalu gituu..

lin and family - 2-2 hero.. sama ngn i tau!

me and my family.

na and family.. satu2nya princess dlm PPP.

 nadia dan wadi.. dorang nakl pinjam izzul bawa balik.. huhuhu..! xper, pasni turn u all pulak.

dan last sekali bergambar ramai2... pasni kita konvoi raya pulak..

Thursday, August 25, 2011

dah bergaya dengan baju baru.. UPDATE sy 5bulan


ok tak saya berbaju melayu..?? seronoknya dia bila dah dapat bergaya dengan baju melayu .baju melayu ni di hadiahkan oleh nenek su dia. seronok dia sebab tahun nie terus ada 2pasang baju melayu tau.. satu lagi warna biru.. itu embah dia buatkan pulak. bertuah betul budak nie tau..! abang dia jer ada satu. xper, iman ada banyak baju melayu yang lama2... last year paksu dia bg pun ada lagi... tak sabar nak raya dah nie.. cepatlah masa berlalu.. hehe

semalam genap izzul 5bulan. hari inui bawa dia pergi check up inject 3serangkai.. update terkini berat izzul 7.3kg. panjang 65.5cm. beza dengan bulan lepas sikit jer... harap2 izzul xdemam sebab nak raya dah...



Hamper raya dari majikan...


bestnya dapat hamper raya dari majikan sendiri. every year mesti akan dapat. syoknya raya! kuih raya serba lengkap even tak banyak beli.. banyak yang FREE daripada membeli. kalau dah banyak, so x jadilah nak buat kuih raya sendiri.. ekekekeke....

suka kotak nie.. baru tengok kotak dah suka.. lum tengok isinya lagi.. hehe

inilah dia isi dalamnya.. ada 4jenis kuih raya... semuanya nampak sedap.


Wednesday, August 24, 2011

cari yang sedondon.....

sakan lah aku mencari baju sedondon 2 beradik nie. dalam susah2 nak jumpa, dapat juga aku 6pasang untuk nak sedondonkan mereka raya nie.. syoooknya! ini yang seronok bila dapat anak sama jantina. Pakaikan mereka sedondon. Kalo lain jantina, mesti selebihnya baju ke budak perempuan kan? sebab baju budak2 perempuan nie cantik2 belaka.. huhuhu..! Seronok aku dapat belikan mereka baju yg sedondon. x sabar nak melaramkan pulak. dan kebetulan leh la sedondonkan dengan ayahnya sekali.. ekekeke.. mau ke ayahnya pun..?? hehehe...

inilah dia baju2 mereka.. harga serendah RM15 jer tau. suka i! bajet 4pasang jer sekali dapat 6pasang.
seronok pulak tgk baju yg sedondon2 nie... xdapat anak kembar, dapat sedondonkan mereka pun jadi lah...

sakanlah mereka melaram raya tahun nie.. Aku cari baju transformers untuk baby untuk izzul tak jumpa! frust rasanya.. Saiz toodler banyak but untuk baby xjumpa pulak.,. 
xper la, baju transformers iman jer la pakai..
tapi, ada la juga 1 baju transformers yg sedondon.. but, aku cari yg gambar bumble bee ker, optimus prime ker, nan ado la pulak.. just logo dia jer ada.. jadi la kan..



Tuesday, August 23, 2011

Selamat berbuka!


Selamat berbuka!, originally uploaded by pinky_gal25.

Bersiaran dari restoran nelayan titiwangsa bsama opismate..

Sent using a Sony Ericsson mobile phone

nak tanya laa.. u all ada petua tak kalo...

nak tanya laaa.. u all ada tak petua or cara untuk hilangkan parut kesan cakaran di muka anak? sebab ada satu kesan cakaran kat muka dia yang tak hilang2 lagi la.. camne nak buat ekk..?? cuba u all tengok ni :


nampak tak ada satu line putih kat situ..? dah lama dah ada..
x ilang2 juga laa.. xtau nak wat cam no dah nie..
any idea?
 
ingat lagi entry lepas ni tak?
kes kesan cakaran di kepalanya tue..

inilah cakaran asal yang diterimanya... ingatkan leh hilang parutnya tue.. sekali tak ilang pulak..
akak ipar kata tak ilang.. sebab kat anak dia pun ada sampai anak dia dah besar 4thn skang nie...
huhuhuhu.....




Monday, August 22, 2011

dah kemas rumah serba sedikit.

Plan asal nak balik kg sg besar tapi CANCutiEL!.. tak jadi sebab memikirkan rumah kami yang mcm dah tongkang pecah dahh. akhirnya kami balik ke sepang juga. sepang tggl 1minggu jer lagi nak raya kan? cepaaatttnya masa berlalu kan? Tahun nie kami beraya di sg besar. Aku start cuti 30ogos-5sept 2011. sop, boleh la beraya sakan... even sehari sebelum raya kena kerja.. i cuti after raya.. yeaa!!

runag tamu pun dah bertukar position, langsir pun dah di pasang baru..
upss! langsir raya tahun lepas yea..
kat sebelah TV tue nak letak bunga la sikit. baru berseri sikit..


  meja makan pun dah berubah. meja makan yang besar dah di cabut untuk bawa balik kg.
kami pakai yang kecik jer sebab family kecik..
so, nampakla luas sikit...

dua-dua part nie dah selesai.. cuma tang baju2 jer lagi lum selesai. di samping langsir2 yang dah di basuh. tak sempat untuk di lipat dan di simpan. xper, lepas cuti raya nanti leh sambung balik.. janji rumah den dah ada rupa rumah.. hehe cuma rumah aku xder letak frame or perhiasan gambar2 jer lagi.. sebab rasa mcm best pulak xder frame2 nie..

Sunday, August 21, 2011

Pernah tak u all berbuka dlm kelam kabut

Pernah tak u all berbuka dlm kelam kabut?

Perkara ini berlaku ada aku hari ini. Huru hara kejap. Starting sbb arini kami beroperasi mengemas umah, memasang langsir, mengemop dan sbgnya. So, berbuka arini asben nak mkn nasi goreng. Mudah dan senang katanya sbb msg2 dah penat kan? So, aku start masak kol 6ptg la. Dlm tgh2 msk, si iman nak mandi kolam, si izzul tgh tdo tbgn tekejut. Asben pula tgh pasang semula penyakut lngsir yg tcabut tu.. Aduhai! Kehulur kehilir kami tgkkan sorang2 budak ni.

Dlm kelam kabut sempat juga aku buat roti john. Hehe jiran sblh bg lauk, dan kebetulan aku ada wat cucur lemak manis utk iman. Leh wat sbg blsn juga. Nak bg roti john xcukup pulak.

Dlm bape minit nak azan, tetiba nak wat pattaya. So, jadilah nasi goreng pattaya. Bila dah azan, nak minum. Masyallah! Aku lupa wat air pulak. Nasib ada soya ros sbg penyelamat. Ok la tu. Plg xthn baru nak mkn cucur, sekali tgk pinggan dah abis da.. Dasat tul budak sorang ni. Sabau je la..

Dan inilah menu berbuka kami ari ini. Nasi goreng pattaya dan roti john.

Friday, August 19, 2011

check list nak raya.


Dalam tak sedar, dah masuk separuh ramadan rupanya kita kan? puasa tahun nie, aku rasa cepat betul masa berlalu la. macam sekali lalu jer. sedang terpikir2, bilalah ada masa untuk mengemas rumah aku sendiri di sepang nie. Sebab this week akan balik sg besar, next kat umah mak aku pulak. Maybe nak mengemas rumah dan membuat kuih raya juga. nampak gayanya macam lepas raya jer dapat mengemas rumah niee.. huhuhu..! Now, mmg aku berulang alik keje dari ampang jer..

Dalam dah separuh ramadan nie, alhamdulillah serba sedikit persiapan dah buat. Tahun nie, sambutan raya biasa2 jer kot.. sebab memerlukan bajet yang besar untuk ke lain.. huhuhu.! Janji meriah kan?
Antara check list yang di siapkan untuk raya kali ini :
  • Baju Melayu suami - done
  • baju melayu iman - done
  • baju melayu izzul - 2psg (1 hadiah dari nenek su dia) - done
  • baju raya daku - 4psg - done
  • baju kasual asben - 2psg - done
  • baju kasual iman - 4psg - done
  • baju kasual izzul - 4psg - done
  • kasut raya aku - sepasang (aku sorang jer ada kasut baru) - done
  • kuih raya - beli 4jenis jer kot - not yet
  • kerepek raya - not yet
  • tayar kereta - not yet
  • roadtax - not yet (after raya)
  •  duit raya - done
  •  duit tol dan minyak - - done
    Rasanya itu sahaja bajet untuk raya tahun ini. Bajet persiapan raya untuk rumah sendiri NAN ADO sebab last year dah banyak pulun ke sana. so, kali nie pakai apa yang ado sahaja... Maybe next year baru ada rasanya...

 mesti meriah bila sambut raya dengan merek2 ini..
kita juumpa raya ke3 nanti yeaaa..
tahun nie masing2 beraya di rumah mentua. Raya ke3 baru dapat kumpul bersama di rumah mak sendiri.. :-)
Best! tahun nie den dapat cuti lama sikit.. hehe..

Wednesday, August 17, 2011

Pertanyaan mengenai penyusuan saya


Baru2 nie aku ada berjumpa kawan lama yang sedang sarat mengandung anak pertama. Sedang borak2 ngn dia pasal anak kandungan dia tue, si izzul nak susu. dia agak terkejut bila tengok aku menyusukan izzul dengan susu badan lagi. Sebab katanya biasanya org dah abis pantang dan dah start keje, dah campur formula milk. so, dari situlah pelbagai persoalan yang di tanya. dan teruslah terbuka pasala citer penyusuan badan nie.

Nadia : ehhh.. anak ko menyusu badan lagi ker?
aku : aahhh.. susu badan lagi.

nadia : tak campur ker? kan ko keje? camne kalo anak ko nak susu time keje?
aku : tak.. waktu keje pun boleh juga tapi kena buat stok awal2 la. nnt masa dlm pantang, ko simpan stok banyak2 supaya masa keje nnt senang nak buat bekalan untuk dia.

nadia : buat stok mcmane tue? tak paham aku.
aku : dlm pantang nnt, ko pump la susu dan simpan dalam peti ais. susu boleh tahan sehingga 6bulan tau tapi caranya la.. yang penting dlm pantang, ko meti pump seawal mungkin sebab masa dlm pantang la susu tgh banyak.

nadia : camne cara nak simpan dia?
aku : ok. dah pump, ko simpan dalam botol storage or bag storage. tulis tarikh dan jumlah oz yg dapat. pastu simpan dalam peti. kalo peti ais 2pintu, ko simpan atas leh tahan sehingga 3bulan, kalo simpan yg bawah leh tahan 7hari. kalo nak lagi lama ko leh simpan dalam deep freezer. leh tahan sehingga 6bulan.

nadia : kalo dah keras kat atas tue, boleh tahan ker? camne nak bg kat baby nnt? x batuk2 ke dia minum sebab dah disejukkan dulu?
aku : boleh tahan sebab belum tercemar apa2 lagi. yang atas tue, ko bawa turun peti ais bawah dulu. dah cair, ko letak dlm boto. sukat awal2 berapa jumlah dia biasa minum pastu panaskan dlam air panas or warmer. tapi, jgn panas sgt takut khasiat dia hilang.

nadia : macam menarik jer... mesti ko banyak jimatkan sebab x payah beli susu formula. aku tengok susu baby lagi mahal dari susu budak setahun ke atas.
aku : aaahh.. mmg betul pun. pengalaman lepas la yg buat aku nak susu badan sepenuhnya. first, mmg leh jimat sagt. then, xyah pening2 nak cari susu baby. sebab bukan senang nak cari yg serasi ngn dorang nie. pastu, anak pun jarang sakit.

nadia : mesti banyak susu ko kan? banyaklah stok ko kat umah tue? siap beli deep frezer..
aku : alhamdulillah banyak la juga tapi xder la sampai aku beli deep freezer. sebab skang aku dok ampang, so, 2-2 peti aku letak. kat umah aku dan umah mak aku juga. yang penting seminggu pas bersalin ko mst siap stok awal2.. sebab kadang2 time malas nak pump tue dtg.

nadia : ada cara ke nak banyakkan susu nie. slalu aku dgr org akan kata susu tak banyak. tue yg kena campur fm.
aku : dulu aku cam tu juga. then, dah dapat petua.. alhamdulillah berhasil. nnt ko dah bersalin, dlm masa 1jam lepas bersalin ko terus suakan nipple ko kat baby untuk merangsang penghasilan susu. insyallah berhasil nnt. then dlm pantang ko kena kerapkan susu serta makan makanan yang banyakkan susu.

nadia : ooo... apa makanan leh banyakkan susu? sorry la banyak tanya.. maklumla anak 1st.. hehe
aku : biasala.. aku dulu anak 1st pun banyak xtau.. hehehe last2 gagal.. kalo dlm pantang, ko makan lobak, lobak putih pun boleh tapi jgn selalu sgt, sawi, horlicks, milo, oat.. mostly makanan dalam pantang mmg leh banyakkan susu.

nadia : pastu dah masuk keje camne ko buat pulak. anta susu tue camne?
aku : biasanya aku akan turunkan susu yg atas ke bawah. susu dah di cairkan tue leh tahan sehari jer tau. so, kena pandai bajetla nak turunkan berapa. selalu aku akan campur fresh milk yg aku pump pagi tu dan stok ebm. sukat siap2 dlm botol no 1,2,3,4. nnt bs amik yg mula no 1 dulu la..

nadia : so, nak beli pump tue dlm pantang atau sekarang boleh beli dah? pump apa yang bagus?
aku : ko dah masuk 7bulan nie, better beli sekarang. nnt dlm pantang nk cari susah pulak kan. skang banyak pump yang bagus2 aku dgr. aku pakai spectra3 jer sejak anak 1st. baru2 nie jer ada beli manual pump. nak beli pump pun kena tgk bajet. yg bagus medela freestyle org kata. tapi harga mahal la. ko nak beli pump, beli online lagi murah tapi kena pandai cari.. nnt aku bg website yg jual pump murah2.. nak senang ko beli yg double pump sebab leh jimat masa. manual pump murah. ok juga tapi lambat sikit la.. yg penting pump serasi dgn kita tak kira mahal atau murah.

nadia : itulaa... aku takut nnt susu aku tak banyak la.. kang membazir jer beli mahal2..
aku : dlm mengandung ni la ko kena tanamkan dalam diri kata susu ko banyak. dan tanamkan hasrat nak susukan anak nnt. insyallah susu akan sentiasa ada jer.. jgn pikir negatif.. org kata pemikiran pun leh pengaruh penghasilan susu. hehehe.. aku rasa betul juga. sebab dulu dlm pantang asyik aku cakap susu xder jer.. last2 susu makin kurang.. huhuhu..!

nadia : tapikan, mcm banyak benda je kena buat kan?
aku : xla.. ko jgn rasa berat sgt. aku rasa susu badan lagi senang kot. sebab malam2 ko tak yah bangun bancuh susu, ko just selak dan bg anak susu. pastu nak jalan2, xyah nak bergunduh gandah nak bawa termos, susu dsbnya. cuma susu badan nie ko kena pump dan simpan dlm peti jer... untuk bekalan masa kita kerja.

nadia : aah la.. betul gaks.. nak bangun malam2 tue yg susah.. hehe.. patutla ko relax jer jalan nie.
aku : hehe.. tp, dah ada anak nie mmg kena bangun malam juga. tetiba sampai mood dia nak berjaga malam, jadi jaga la ko.. hahaha!...

pastu perbualan kami di sambung dgn cerita2 yang lain pulak.. hehe so, itu lah serba sedikit pasal penyusuan aku. harap2 nadia berjaya menyusukan anak dia nnt.walaupun aku pun belum berjaya sepenuhnya lagi..  harap2 berjaya.. lagipun sekarang nie kepentingan penyusuan susu badan dah terdedah di mana2...

hasil perahan daku semasa menaip entry ini. after sahur.
alhamdulillah stok izzul untuk hari ini.

Monday, August 15, 2011

Cara tidur terkini..


Dah masuk 4bulan ni, dah mcm2 cara tidurnya.
Kuak lentang udah
Golek2 pun dah jauh,
Meniarap dan mengiring feveretnya,
Tidur atas dada kita plg dia suka,

Yang plg best, mlm dia bangun sekali je. Hehe kaki tidur ikut ibu, ayah dan abgnya. Gud2.. Joint the club. Senang ati kami nak tidur..

Okla. Gudnite!

Happy Birthday to Nain dan Iman


Bulan puasa nie, sempat lah sambut besday 2orang budak kecik yang lahir bulan Ogos nie. Si Nain dan Iman. Kebetulan nain dan wan atuk dan nenek dia jaga. so, leh la celebrate sesama. Kek dan makanan di taja oleh mak long dan paklong iman.. hehehe.. tq tq.. 

hero2 3orang ni kejap gaduh kejap baik. kek pun nak gaduh juga. riuh satu rumah kerana kerenah dorang nie. mcm2 hal time nak potong kek nie.. hehe kelako jer.

 Happy Birthday to Nain dan Iman serta maklong iman @ mama nain yg besday sama dengan iman juga.

 birthday boy Nain

birthday boy Iman

bergaduh pasal kek. masing2mengaku kek dia.. hehe.

 menu pada hari tersebut : JM Beriani di taja oleh akak aku. dan air bandung soda home made by me.

dah selesai nyanyi dan potong kek.. 
budak2 makan kek. kami yg berpuasa semua makan nasi beriani..


Thursday, August 11, 2011

update berat badan saya


hehehe.. malu i tau.. target nak kurus belum tercapai lagi tau. tapi ramai ingat i dah kurus.
belum lagi.. masih lagi in progress.. selagi anak belum masuk 6bulan, selagi itulah aku akan berusaha dengan tekun. waaaceehh..! orang kata kalau anak dah masuk 6bulan, nak turunkan berat badan nnt susah sebab hormon dah kembali stabil. sementara hormon belum stabil sepenuhnya, masa nie lah kena pulun abisss.. fuuhhh! harap2 bulan puasa ni boleh membantu. Nanti raya kena cover pulak sebab dapat makan sedap2... hahaha..! xtau lah leh control ke tak makan nnt. takuttnya! lepas 6bulan juga orang kata berat mudah naik balik... waahh! ini lagi takut... tak nak pengalaman lepas menghantui diri...

but..... NOW, aku sangat seronok sebab 1st target dah tercapai jua akhirnya!

yeaaahh! 0kg to go.. tapi, BMI still overweight tau...


dan sekarang nak pasang target baru!

5kg to go

caaiiyokk!!.. harap2 raya dapat cecah target nie. boleh ker?
yang bestnya kat opis aku ada wat "Progran Biggest Loser" untuk pemberi semangat kepada kawan2 yang nak kecikkan badan.. lagi2 baju uniform dah tak muat dah.. hahaha..! nampak sangat kitorang nie semua kuat makan. berat makin bertambah dah..


p/s : berapa berat aku sekarang? upsss..! tak yah cakap dulu la.. malu iii...

Wednesday, August 10, 2011

izzul gelak



gelakkan yang boleh mengubat rindu :-)

Semalam aku demam, dia pun demam juga.
Malam izzul tido di atas dada aku baru dia selesa.
mungkin sebab hidungnya yang tersumbat.
petua yang aku dapat kalau hidung anak tersumbat :
" campurkan garam dengan sedikit air dan sapu pada batang hidung anak"

Alhamdulillah berkesan.. izzul boleh tidur dengan nyenyak sekali wpun tido di atas dada ibunya secara meniarap.. sian diaa... hingus xder, selsema xder, batuk pun xder. tapi hidungnya yg tersumbat.

Monday, August 08, 2011

Bila satu family tak sihat ......


Dugaan puasa kali ini kami anak beranak tak sihat. sejak hari sabtu kami dah mula tak sihat2. ni mesti gara2 terkena hujan khamis lepas. Khamis lepas kan hujan lebat masa balik keje aritu. Amik izzul pun dalam keadaan hujan. sudah tentu kena hujan. ayahnya pulak balik naik motor. haruslah kena hujan juga. Cuma iman jer tak demam.

Kalau aku demam, sudah tentu izzul pun demam kan? yang si ayahnya pulak pakej demamn + sakit gigi. jadi, berselubung jer la dia. kenapa ek kalo orang laki demam tak mcm orang pompuan demam? walaupun kita demam, kita gagahkan diri juga bangun buat kerja2 lain, masak ke makan ker.. orang laki nie, kalo demam, berselubung ajer kejenya.. makan pun xnak.. aku pulak yang risau. Aku wpun demam, gagahkan juga pantau suhu si izzul nie. risau juga kan.. even dia nampak mcm takde pape. tapi suhunya panas la juga.

Kali ni aku demam pakej demam + sakit kepala + selsema. arrrghh! sakit kepala nie yang tahan. rasa nak cabut2 jer kepala nie.. huhuhuh..!

nie lah keadaan aku ketika ini. demam2 juga.. but, kena pantau suhu anak.

 ayahnya, berselubung jer. berbuka pun hanya minum air. sabo jer la.
sian aku.. paken sakit + jaga orang sakit + jaga si iman yg aktif...

sempat pulak aku update blog ek.? sempat sebab update tgh pagi2 nak sahur nie.
xleh nak tido dah. 
selamat berpuasa.

Saturday, August 06, 2011

Chocodate >> aku dah dapat!


yeaaahhh! aku dah dapat CHOCODATE!
Orang dok kata kurma nie sedap2.,.
puas aku cari.. akhirnya jumpa juga.
Apa yang menariknya kurma ini sebab kurma ini mengandungi kurma, coklat dan badam.
seharusnya sedap kan sebab harganya pun boleh tahan mahal juga ek..
keluaran yusuf taiyob. memang susah nak jumpa chocodate nie.
akhirnya jumpa juga kat pasar ramadhan semalam.
hehehe... sonok sakan. tapi lum sempat mkn lagi.
buka nnt baru aku cuba makan.
sedap atau pun tidak. kalo sedap, leh beli lagi. baru beli trial jer dulu.

1kotak nie ada 3pcs - RM3 tau...

kiranya 1pcs nie RM1.. mahal kan?

inilah rupanya.. nampak sungguh menarik.

apa sebab aku sibuk cari chocodate nie?
  • sebab kat KIM ramai yang kata ianya milk booster. haruslah aku cari. ekekeke... kalo menjadi milk booster kat aku leh la beli lagi nnt... korang suggest la pape makanan yg leh jadi milk booetr, harus aku akan cuba cari nnt.. hehehe...



-Kelebihan Kurma-

-Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat".
-Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersihhatinya)".
-Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".
-Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".
-Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s.bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati"

    jom kita mencuba kurma CHOCODATE ini!

    Friday, August 05, 2011

    Salam Jumaat > selamat berpuasa

    Alhamdulillah..
     
    syukraan.. 1st sesi untuk 1st day berpuasa hari ini.
    4oz + 3oz = 7oz untuk sesi pertama di hari kerja
    sebelum gerak pergi keje pagi tadi dapat 7oz juga.

    orang kata berpuasa boleh menganggu production susu.
    jadi kenalah menjaga pemakanan supaya production leh maintain.
    hopefully....

    apa menu sahur pagi tadi yang menyebabkan boleh membantu pengeluaran susu sebanyak ini.

    1. nasi + kurma ayam + sambal tempe kentang
    2. air horlicks panas
    3. kurma 3biji
    4. minum air masak sebanyak mungkin
    5. makan vitamin + alfafa

    harap2 berpuasa nie leh turunkan berat badan juga..
    semakin hari dah semakin tembun nie..
    ekekeke... yang bestnya kat opis nie ada wat program "biggest loser"
    kita nengok sapa yang kena... hehehe...

    Thursday, August 04, 2011

    Ibu Vs Iman - Tiru macam saya..


    lihat.. mari kita lihat.
    apa yang serupa apa yang tak serupa.
    antara ibu dan iman
    ada persamaan atau ada perbezaan antara kami yea?
    hehehe..

     inilah ibu iman masa kecik2..

     ibu iman dan kakaknya


    senyuman iman yang diberikan.
    senyuman hampir serupa

    sekali lagi dia buat muka comel dia.
    ekekeke...

    Wednesday, August 03, 2011

    port landing baru untuk izzul


    sekarang nie, izzul dah ada tempat landing sendiri.
    sejak dah expert meniarap nie, aku dah sediakan port khas untuk dia.
    sonok dia dengan port baru dia nie
    sebab sangat colourful.
    budak2kan suka colourful..
    beli untuk izzul, iman ngaku untuk dia punya
    hehehe..
    boleh aja.. kongsi2 la ekk.. dah adik badik namanya..

    berpinar mata nengok warna warni nie.. hehe

    kuis-kuis mcm boleh amik pulak.. hehe

    iman tukang perhati jer..

    wah! siap bersilang kaki u... 

    sesiapa berminat nak beli tikar nie,
    boleh beli kat sini :

    murah2 ajer.. empunya kedai NUR namanya.


    Tuesday, August 02, 2011

    update stok EBM

    Alhamdulillah...
    dah masuk 4bulan masih dapat bfkan izzul.
    bulan posa ni, harap2 mampu untuk mempertahankan diri..
    harap2 xderlah lemah mana..
    dan yang penting production pun masyuk..
    hehehe..

    ni nak update sikit stok ebm untuk bulan julai.
    insyalklah pada masa akn dtg, leh jd perangsang pd diri sendiri..

    penggunaan bag storage jinjgle jungle ni sgt menjimatkan ruang..
    ada 20pcs kat sini. kalo x, 10 jer yg muat nie..

    bag storage YHAB nie pun bagus juga.. leh longgok2 camni aja.
    leh letak sehingga 8oz tapi aku letak 5-7oz jer...

    2-2 stok atas ni, adalah perahan sepanjang bulan julai.
    stok bulan jun belum digunakan lg.
    izzul masih menggunakan stok bulan mei lg...

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...