Semalam aku bersedih kerna dikau
semalam aku menangis kerana dikau
semalam aku tak tidur kerana dikau
dikaulah membuat hatiku bersedih... :-(
Semalam kemuncak iman demam.. sangat sedih.. kebiasaanya bila dia demam, dia sangat aktif. riang ria bermain.. Tetapi, semalam di sebaliknya... Dia hanya mampu terbaring sahaja dari pagi sampai ke malam,. Ajak bermain tak nak, ajak melukis pun tak nak. hanya boleh memandang dengan mata sipinya shj.. sehingga membuatkan aku tak keruan....
dia tak menangis, dia tak merengek.. dia hanya terbaring sahaja. susu pun tak di minta. Bila di sua beberapa kali baru di ambil itu pun tak di habiskannya... sangat sedih bila tgk keadaan iman semalam... yang terlalu lemah.. mungkin kesan dari nub dan ubat bontot...
Malam tadi, membuatkan aku tak boleh tido.. Dalam masa aku nak tido, aku dgr bunyi pernafasannya yang sangat laju. Sangat merunsingkan aku. Hanya berbekalkan vicks dan ventolin, pernafasannya dah mula redha.. walobagaimanapun ia tetap tak menyakinkan aku... Aku tetap tak boleh nak melelapkan mata sehinggalah aku sendiri terlelap... Walaupun aku terlelap.. sekali sekala aku melihat dia.. check pernafasannya dan check suhunya...
Syukur alhamdulillah.. pagi ini aku mampu tersenyum semula. Kerana dia dah boleh bangun seperti biasa. terus bangun mengajak ayahnya melukis.. Melukis adalah hobinya.. aku seronok tengok perubahannya dari semalam dgn hari ini.. Semoga iman terus sihat hendaknyaaa.
Aminnn..
Lukisan terkini iman sebelum demam... Lukisan pembuat rinduku... :-)
dan ini hadiah dari maklong untuk iman. Baru jer terima kelmarin.. Tq maklong..
nnt iman mengaji yea......
2 comments:
alahai , kalau anak2 demam .. mmg kite x senang nak duduk ler jue..
sgt2 susah hati, dh bwk g spital lum?
alhamdulillah..iman dah beransur baik...sama la nga mifzal pun demam semalam...hari ni masih panas badannya..tp dah kurang la..risau kan bila anak x sihat..
Post a Comment