Salam semua..
Saja jer buat topik nie sebab takde menda nak citer.. hehe.. Semalam sebelum tidur, duk terpikir.. naper orang suka baca blog? kenapa org suka tulis blog? kenapa blog nie best...?? Erm.. banyak sebab blog nie best.. Aku pun suka baca blog org dan aku pun suka berblogging.. Selain dapat sharing kita juga dapat mendapat info dari org lain. So, aku pun ada buat sedikit kesimpulan mengenai kisah2 orang suka baca dlm blog nie... Termasuk juga aku ... :
1. Kisah Shopping
Ramai orang suka baca blogger yang menceritakan kisah shopping mereka. Barangan apa yang dibeli, dimana beli, jualan murah dimana, tempat menarik untuk shopping dan barang yg unik jarang di jual di pasaran.. Aku suka part nie.. sebab aku leh cari tempat2 yang buat jualan murah.. menarik sangat menarik.. BUT, dalam penulisan tu kena berhati2 yea.. supaya tak menimbulkan perasaan riak.. nnt buat org tak suka pulak....
2. Kisah Rumah
Sejak aku berceritakan hal beli rumah, masuk rumah. tak sangka ramai pula pengikut membacanya. Sudah menjadi lumrah alam... Perempuan suka pada decor.. Mereka mencari idea untuk menghias rumah. begitu juga ngn aku, macam blog aku baca untuk mencari informasi mengenai pembelian rumah dan seterusnya..
3. Kisah Anak
Lagi sekali, orang pompuan mmg alert bab anak. Ada yang mencari tips untuk pemakanan anak, kesihatan anak, pemakaian anak dan sebagainya. benda yang baik kita leh contohi. Benda yang tak baik kita hanya jadikan sempadan. Aku pun suka google bab2 ini memandangkan malas nak membaca buku. Sebab suka pada pengalaman org dlm menguruskan anak... iyer tak..???
4. Kisah Kecantikan
Bab kecantikan pun penting untuk kaum wanita. Ada yang nak cari tips untuk muka cantik, badan langsing dan sebagainya. tak sangka betul aku.. Kisah aku mencari SOY COLLAGEN dulu menjadi post tertinggi yang org google. heehe.. rupanya ramai peminat soy collagen nieh...
5. Kisah Percutian
Yang part nie pun best. Sebab kita leh tengok tempat2 menarik blogger pergi bercuti. Mungkin kita tak dapat ke sana, at least kita tau tempat tue berada di mana, Dan mana tau satu hari kita akan ke sana, kita leh jadikab ia sebagai informasi kepada kita. Cthnya aku ke KK, tak sangka ramai yang bertanyakan tempat menarik yang ada di KK walaupun aku bukan org sana. Dan aku suka tgk blogger yang pandai tangkap gambar2 menarik sepanjang percutian mereka.. i like photoshoot.... hehehe
6. Kisah Masakan
Delima seorang isteri adalah kebuntuan untuk memasak apa. Kerana hari2 mereka masak. samalah ngn aku. Kadang2 pening kepala pikir nak masak apa sampai takde idea. So, bila ada blogger tunjukkan masakan yang mereka masak, ia dpt membantu aku menyelesaikan masalah tersebut.. hehehe... Kdang2 ada yg bagi resepi baru yang belum kita pernah cuba, seharusnya kita boleh cuba untuk sekali sekala. sonok juga sebab kadang2 kita bosan dgn masakan yang sama sahaja.... So, penting juga untuk keharmonian rumah tangga kan..???
Kesimpulannya, segala cerita yg ingin kita kongsikan adalah bergantung pada niat kita.. Untuk kesukaan kita dan memberi informasi serta sharing dgn org. BUT, ada juga org tak suka dalam berblogging.. Katanya semua nak tunjuk, semua nak bgtau.. Actually, kita berblogging bukan nak meriakkan diri. Kita suka untuk sharing dgn org.. Tolong jgn salah faham yeaa... Sharing is caring...
ini statistik untuk sepanjang minggu ini
ini pulak statistik untuk ALL TIME
p/s : Mudah dan senang untuk kita menaikkan traffic pengunjung kita. Iaitu kita buat entry berkaitan perkara2 orang suka baca.. Yang mana boleh memberi maklumat kepada org lain.. hehehe.. iyer tak..?? sebab tu aku suka berblogging.. hehe
1 comment:
Betul tue Jue..Blogging kadang2 buat kita hilang bosan kan.. Tapi kadang2 malas nak update pun ader he..he..Per2 pun dengan berblogging macam2 info kita dapat disamping dapat tambah kawan
Post a Comment