Kawan-Kawan Saya

Thursday, June 30, 2011

"kakak dan iman"


agak2 sapalah budak chomel nie ek?
ce teka.. ce teka...

alahai.. senyuman malu2 rimau pulak.. hehe

situasi bila bertanya pada iman.

Ibu : iman, ni siapa?
Iman : KAKAK
Ibu : Bukan lah.. Ini ibu
Iman : ni bukan ibu.. ini kakak!..kakak lah..!

pastu tunjuk gambar lagi satu.
 ce teka.. ni sapa pulak?

Ibu : Iman, ni siapa?
Iman : Ini Iman
Ibu : iyerke iman?
Iman : iyaa.. ini Iman.. iman lah..

hehehehe... apakaaahh..???


nota sipi : mengenai ENTRY lepas, akan di ceritakan kemudian ek.. sebab xder mood nak bercerita lagi.. ati sedih :-(

Wednesday, June 29, 2011

wordless - "apa pun tak bloeh!"



Tuesday, June 28, 2011

Our 1st Friday Date!


sedar tak sedar dah masuk 1minggu aku masuk keje. sonok keje. keje sonok. ekekeke..
duk umah lagi sonok, janji dapat duit.. hehehe.. xdpt duit tak sonok lah.
so, jumaat minggu lepas, kami melepaskan gian untuk bermakan2.. 
Mcm biasa, selalunya hari jumaat ajer dpt mkn besar sikit sebab waktu lunch itu panjang.
so, our 1st date adalah di Johnny steamboat. selalu makan ala2 western. so, kali nie bersteamboat pulak.
dah lama xdating ngn opismate nie.

 sesampai haruslah semk menu dulu kan

 kami memilih SET C shj senang.

 sebab dia kami ke johnny.. ekekeke.. kan nadia?

 budak tecik nie pun nak ikut juga. Bilalah asyraf n izzul dpt di ketemukan.

 kami yang sama2 naik keje. beza 3hari jer kitakan bersalin haritu

makanan dah sampai, harus lah serbuuuuu.. hehe


Monday, June 27, 2011

Cubaan Bermarmet!

Cubaan Bermarmet!

Gara2 izzul xbgn menyusu pg td, aku tertinggal breastpump. Pukul 6.30am baru nak bangun menyusu. Menyusukn dulu baru gerak. Sampai tgh jalan baru teringat tertinggal breastpump.

Maka bermarmet la arini. Nasib pernah cuba walaupun tak sepandai mana. Inilah hasil pertama bermarmet. Alhamdulillah... Tp, lenguh ckt la tangan dan ambil masa setengah jam juga la.. Excercise tgn pulak arini.

Friday, June 24, 2011

izzul 3bulan sudah..


arini genp izzul 3bulan dilahirkan.
semakin aktif dah.
berat terkini 6.5kg, pjg 62cmmlm sekali jer bangun sbb dia berjaga siang hari banyak.. 
hehehe..

menariknya gambar ini :

kiri : iman, izzul

  1. baju yg sama
  2. umur sama 3bln
  3. tempat sama - alamanda
 belum masanya lg mereka bermain bersama.


Thursday, June 23, 2011

Hari ini dan semalam

Mood agak sedih sedikit. Insyallah dugaan yg dtg, pasti ada hikmahnya.. Semoga hari ini lbh baik dari hari semalam..

Dugaan.. Oh dugaan..

Aku redha atas dugaan darimu Ya Allah..

Wednesday, June 22, 2011

Mood bekerja...


Hi guys! skang aku dah jarang online sebab tgh mood baru masuk keje.
almaklumlah.. banyak benda nak di kejar2.. ekekeke...
kebanyakan entry adalah publish post yea.

so, belum berkesempatan nak melawat blog u all semua. xtau apa cerita nieh.
1st day keje, sampai umah, pas maghrib PENGSAN!.. ekekek.. terus tertido sampai pagi.
mlm tue asben ajak gi tesco pun xlarat nak banguun dah.
tepon nak jawab pun xlarat.. hehehe terok bebenor rupanya.

Ini adalah untuk mereka juga :

"KEKUATAN KEIMANAN"

Arini izzul ada check up 3bulan.
nnt sambung next entry la ekkk.... :-)
 

Tuesday, June 21, 2011

Perkembangan terkini Izzul


sibuk dia nak bangun dari tempat tidur dia
kalau di baringkan, dia akan angkat kepala nak bangun
kalo di letakkan dlm bouncer, pun sama juga.
bersungguh2 dia nak bangun.

ce tengok nie :

video 
di kaco oleh abg iman yang sibuk bermain belon

video 
cubaan demi cubaan di lakukannya.. 
ekekek belajar mengiring dan meniarap belum lg. nie belajar nak bangun pulak.. ekekeke..

Monday, June 20, 2011

Kisah botol susu...


Nak masuk keje baru terhegeh2 nak cari botol susu.. ekekeke.. yess! Arini aku start keje dah..
Kisah botol susu pun leh poning kepala kan..? takut anak xnak botol pulak..
riso pun ada nie..

Last week, sempat aku beli botol susu first year brestflow. Sebab nak cari botol yang ala2 breastfeed. 
try punya try, agak susah juga izzul nak serasi.. minum kejap, pastu tolak2.. sebelum tue, try dr brown (yang lama punya).. asben kata ok dia pakai. tapi lambat sikit laaa.. igtkan tak serasi la tue.. itu yg beli breastflow punya botol..

Dah ada 2botol jer kat umah nie kan, try balik dr brown.. Alhamdulillah, dia ok nak.. syukraaann..! so, cecepat semalam gie beli dr brown baru. Cari 4oz punya. sebab yang ada 2oz jer.. xcukup sekali minum.
Semalam pas riadah, terjah world babies @ nilai. nasib ado... legaaa..!

First Year Breastflow bottle.. harap2 pasnie leh la pakai. xla membazir.

Dr. Brown botlle. Nampak gayanya, yang ini dia nak..

harap2 pasnie xder problem la.. sebab 2hari nie pas bg botol, nak df balik agak lambat sikit.. izzul, jgnlah majuk2 ekk.. riso ibu nnt... huhuhu..!

budak yang suka angkat kepala @ bangun sendiri. macam nak bangun gie jalan jerr..
eekekekekeke...


Sunday, June 19, 2011

Happy Father's day..!


Happy Father's Day buat semua ayah-ayah diluar sana.
Terima Kasih kerana membesrkan kami dengan penuh kasih sayang.
Semoga ayah-ayah semua sentiasa di murahkan rezeki dan di panjangkan umur.
Amiin...

Ayah + Iman Zafran

 Ayah + Izzul Zafry

Ayahku - Hj. Abdul Raman Yusof
Semoga ayah diberikan kesihatan yang baik.. :-)

Lagu baru nera, lena dan fina sedap2 belaka....


aku suka ketiga-tiga lagu baru pelajar af9 nie.

Nera - hatimu Milikku

Lena - Sisa Kisah Kita

Fina - Menangis Lagi

Laaayyyaaaaaaaaaaaaaaannnnn..!


Friday, June 17, 2011

Cantiknya MYVi baru nie..


i dah tukar myvi lama ke myvi baru...
ekekeke.. percaya ker?
idak laaa.. baik i abiskan dulu byrn myvi yg sedia ada niee.
tapi, myvi baru nie sungguh cantik dan elegance laaa...

cuba u all nengok nie :




Radio ada 2 versi la..

 gear pun ada 2 versi. manual dan auto










Harga Myvi baru


gambar selebihnya, u all leh tengok kat :


Kisah Isteri ke-4 Salih Yaakob buka rahsia...


waahh! tak pasal2 blog aku nie ada kisah citer artis..
hehehe..


lately, dapat email gambar salih yakob bercuti dengan 4-4 org isterinya..
sungguh meriah..
camno dia handle ekk..??
dasaaatt..!

btw, semoga berbahgia buat abg jem kita nie.. :-)

Thursday, June 16, 2011

Asam Pedas Melaka Sejati

Kalau u all nak makan asam pedas sedap, tanpa perlu ke melaka..,aku leh rekemen satu tempat nie. 
asam pedas nya not bad la.. 
sedap jugak! ada di kg pandan shj. 
Tak jauh dari rumah mak aku nie.
aku dah try makan.. memang sedap la. 
Ikan u all leh pilih.. nak ikan apa. ikan pari, tenggiri, merah, kerapu, dan banyak lagi..

kedai nie terletak tepi jalan shj.
betul2 depan jalan besar kg pandan nie.
senang cari lah...

 ini landmark dia.

 add on free shj nie. ulam2, telur masin dan sambal belacan


yang ni aku amik ikan merah dan ikan pari


 aku tambah telur dadar.


 selesai makan.. licin untuk makan 2org punya..

Wednesday, June 15, 2011

Lagu-lagu OST Nora Elena



Siapa tengok Nora Elena. Rasanya semua yg baca blog i mesti nengok kan..?
tengah femes amous citer nie. Siapa yang berangan mengidamkan lelaki romantik, boleh la tengok citer ini.
romantik kah..?? maybe muka yg ensem membuat kan dia sgt romantik.. ekekeke..

xper la.. siapa tengah cari lagu2 ost nya, meh aku share kan link untuk u all download dan boleh layan lagu nie.

  1. Dan Bila Esok - Sofaz - DOWNLOAD
  2. Sesuatu yang Berbeza - Sofaz - DOWNLOAD
  3. Biar Hati yang Mencintai - Sarah Aqilah - DOWNLOAD
  4. Terhenti Di Sini - Asfan  - DOWNLOAD
  5. Berubah - Erry Putra & Reen Rahim - DOWNLOAD
  6. Jangan Kau Pergi - Erry Putra & Reen Rahim - DOWNLOAD

 BABAK TERAKHIR cerita Nora Elena ini :

"Yvonne semakin cemburu dan berdendam untuk merampas semula Seth dari Nora Elena, Yvnonne telah menculik anak Nora dan Seth dan cuba mengugut Seth supaya berkahwin dengan dia baru lah dia serahkan anak kecil tu. Akhirnya berjaya jugak Seth dapatkan semula  baby mereka dgn selamat. Yvonne telah meninggal dalam cerita ni, dia mati kemalangan."

Minggu nie Nora Elena abis kan...? next week masuk citer baru pulak. 

Tuesday, June 14, 2011

persiapan nak masuk keje ngalahkan budak nak masuk sekolah


hehehe.. 1st time wat tajuk sepajang ini.
tinggal 1minggu jer lagi nak masuk keje. nest week dah masuk keje dah..
so, nak masuk keje nie, mcm2 persiapan lah kene buat kan..?
dari segi barang budak dan barang ibunya.. iyer tak?

baru2 nie, aku sibuk ajak asben beli baju baru.. katanya "ngalahkan budak nak masuk sekolah. siap nak berbeli baju baru".. haaaiipp!! aku jawab "mestilah".. hehe.
Actually, kat opis pemakaian baju beruniform di terhad kan memandang xdpt peruntukan dah. so, pasni dah le berbaju bebas la.. di samping berbaju uniform. disebabkan aku dah lama x buat baju kurung, so beli ready made jer la.. bayangkan, sepanjang 5thn aku xbuat baju.. aku beli baju pun time nak raya jer.. so, kat almari pun dah xder baju kurung aku.. mana perginya ntah laa.. aku pun xtau....

baru2 nie balik sg besar, sempatlah terjah kedai beli baju ready made. aku suka beli kat sg besar sebab murah2 belaka... aku cari kat KL, non ado semurah ini..

Nama kedai yang aku terjah


Harga asal sebelum diskaun.yang RM85.00 tue, bersulam tau.. after less dapat RM39.00 sepasang. Tapi, beli 3pasang RM100 jer.. aku amik la 3pasang.


betull.. xtipu.. inilah harganya.. maybe dorang wat clearance sempena nak masuk stok raya nnt. banyak yg berkenan tapi, banyak tggl saiz S shj..


Inilah 3pasang baju yang dipilih...


p/s : rasa mc tak puas lagi bercuti la.. lalalalalala.. :-)

Monday, June 13, 2011

cuti sekolah >>> balik kg


Cuti sekolah kali nie, i dapat follow my asben lik kg dia di sg besar. Selalunya, time cuti sekolah ajer aku tak dapat ikut. so, kali nie berpeluang ikut sekali  sebab aku masih maternity leave.. sonokkk..! xder rindu kerinduan.. hehehe...

Hampir 2minggu juga la di kg.. cuma weekend jer xder kat kg sebab ada kenduri di KL. Pastu lik kg balik.. Nasiblah kg xder jauh sgt.. tak jauh pun, hampir 3jam juga perjalanannya.. nama sahaja satu negeri tapi ujung sana dan ujung sini.. itu yg rasa mcm jauh.

takde paper nak citer pasal lik kg nie. cuma cam biasa la.. asben aku nolong mak nya di kebun. nak racun kebun lah, memesin la.. memetik buah la.. dan sbgnya. 

cuma nak tepek gambar situasi masa  balik dr kg hari tue.

sepanjang jln akan menikmati pemandangan sawah padi. Kali ni cantik sikit sawah sebab tgh menghijau.


all the way tidur saja. ni baru jer gerak dah tido.


dah lik kg, ada la mcm2 nak di bawa balik kan.. pokok kelapa, pokok pisang.. semua angkut.. hehe..
penuh keta masa nie.


apa yang di bungkus ini..?? hehehe.. syyyhhh! rahsia u...


melayan si iman bermain belon.


nak dekat sampai msh tido.. berbagai gaya tido ada..
bouncer di jadikan carseat izzul..  ekekeke...


gaya tido iman selepas penat bermain.. hehe.. dia lebih suka tidur mcm nie..



Sunday, June 12, 2011

Finalis AF9


Malam nie Konsert Akademi Fantasia akhir.
Siapa layan..? patutlah tak dibuat semalam. sebab ada perlawanan bola rupanya.
pandai astro kan..?? hehehe..
takpe, janji malam nie aku leh layan. memandangkan dah akhir, xnak lepaskan peluang juga.

Finalis AF9 yang berjaya ialaha Fina, hazama, lena dan azri.
korang support sapo..??

 hazama, lena, fina dan azri

dalam 4orang nie, aku paling suka lena. sebab tone suara dia sangat sedap. tak sabar nak dengar lagu baru dia malam nie. ciptaan penuh edrie hashim.. aku suka lena dari konsert prelude lagi. dia nyanyi best laa..
btw, semua finalis best2 belaka. pape pun, good luck untuk semua finalis.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...