Kawan-Kawan Saya

Monday, February 09, 2009

:: Hari Satu Lepas :::


Hari Sabtu lepas kami telah ke PWTC untuk mengunjung ekspo Gerak Usahawan Nasional 2009. Memandangkan kami telah ke The Mall, jadi kami pun tidak melepaskan peluang untuk ke sana... Apa yang ada di sana yea....? semuanya pasal usahawan2 di Malaysia nie.. Produk2 yang dikeluarkan oleh usahawan malaysia.. Pelbagai booth ada disana.. Booth produk MLM, produk makanan, minuman, kesihatan, pakaian dan sebagainya... Kami sampai agak lewat sikit dalam pukul 6lebih.. Kami ingatkan ekspo nie sampai malam tp buka sampai pukul 8mlm ajer.. Jadi, kami tak sempat nak kunjung ke semua booth... Mana yang sempat ajer kami pie... Walaupun kami tak jalan kesemua tempat..., tapi kaki aku tetap lenguh berjalan.. sebab besar juga ekspo nie. lagi2 asben aku nie suka singgah satu tempat ke satu tempat nie lama.. dia suka dengar penerangan dari tuan kedai tue... huhuhu..!!~~~


apahal pulak 2 banak nie....???


Aik..?? aku ker nie..?? mcm ngandung pulok yea...?? aku skang memang suka pakai baju pregnant balik sebab selesa.. hehehe...!!~~

Iman naper tue..?? mcm terkezut ajer..?? iman nak jadi usahawan ker..?? takyah la.. Iman jd doktor la ekkk...??

Iman bergambo dengan mawi & arash mohd...

da kul 8mlm da... so, semua org di suruh balik.. sabo ajer la...

beca aiskrim nie... lawa la aku tgk beca nie....

sesapa nak berniaga aiskrim, boleh la beli beca nie... RM11,000

apa nama kenderaan nie ntah.. aku pun tak tau...

oooo.. inilah dia pizza pah yang kat dalam TV tue.. Nak rasa kesedapan pizza pah nie.., aku pun beli la satu..

Inilah rupanya pizza tue... memang sedap.. !!~~



Friday, February 06, 2009

::: Cerita Paling Bodoh aKu tenGok :::

Mungkin orang lain sudah tgk citer nie.. tp, bagi aku.. aku baru ajer tgk citer nie.. hahaha.. lambat keretapi la aku nie.. citer tahun lepas baru nak tgk tahun nie.. huhuhuh...!!~~

ZOHAN.
Satu lagi filem bergenre komedi dari pelawak terkenal Adam Sandler.

kisah apa citer nie yea...??

Cerita ni mengisahkan tentang seorang Komando unit anti terrorsit Israel yg bernama Zohan Dvir (Adam Sandler). Zohan mempunyai ibubapa yg sgt penyayang dan mereka sama sekali tidak setuju jika anak mereka berjauhan dengan keluarga.


Zohan juga mempunyai seorang musuh ketat atau Arch nemesis, The Phantom (lakonan mamat ketua sector 7 dlm transformers, aku x tau la nama dia). Setelah berjaya dlm menangkis serangan2 pengganas di Israel, (dimana dlm film ini pengganas terdiri dari orang2 Palestine), Zohan mengambil keputusan untuk lari ke Amerika dan mengejar cita-cita asalnya, untuk MENJADI SEORANG HAIR STYLIST.


Setelah sampai di kotaraya New York beliau diambil bekerja sebagai cleaner di sebuah saloon milik gadis Palestine. Saloon ini terletak di satu kawasan penempatan orang2 yg berhijrah dari Palestine dan Israel yg digelar Hacky Sack.


Malangnya, Zohan telah dicam oleh seorang rakyat Palestine yg bekerja sebagai pemandu teksi, Salim (Rob Schneider) dan beliau telah membocorkan rahsia Zohan masih hidup dan berada di Amerika kepada The Phantom.


Pada klimaks film ini, tuan tanah kawasan penempatan orang2 Palestine dan Israel ini telah mengupah sekumpulan Hillbillies (kebanyakan mereka anti bangsa asing) untuk menyamar sebagai orang arab dan membakar kedai perniagaan milik orang2 Israel, dengan tujuan untuk mencetuskan permusuhan antara dua kaum itu.
Akhirnya Zohan, hero orang2 Israel dan The Phantom, hero orang2 Palestine bergabung tenaga dan akal untuk mematahkan niat jahat hillbillies tadi.

Scene-scene menarik yg telah aku highlight:
1. Orang-orang Israel dan Palestine sgt suka berniaga tidak kira apa jenis perniagaan, makanan, saloon, pakaian, barangan elektrik.
2. Yahudi Israel dan Muslim Palestine di Hacky Sack hidup dgn aman damai tanpa sifat prejudis dan syak wasangka walaupun mereka sedang berperang di Asia Barat.
3. Rakyat israel yg membuka perniagaan barangan elektrik sangat suka memperdaya pelanggan dengan menjual barangan yg sudah rosak.
4. The Phantom berpoya-poya dengan keempat-empat isterinya di sebuah restoran (ingin menunjukkan orang islam boleh berbini 4)
5. Rakyat Amerika sendiri sangat prejudis terhadap kedua-dua kaum ini.
6. Zohan menjadikan saloon majikannya sebagai tempat beliau melayan nafsu serakah makcik2 dan nenek2 yg datang buat rambut.
7. Orang2 Israel dan Palestine sgt sukakan disco old skool.
8. The Phantom terjaga dari tidor mlm2 dan dia ditindih oleh beberapa orang wanita seksi di atas katil, kemudian berjalan ke dapur. Terdapat perhiasan dinding yg digantung di tepi peti ais, surah Yassin.
9. Rob Schneider meletakkan sejadah sebagai perhiasan dashboard teksinya.
10. Israel dan Palestine berganding bahu dalam menentang ketidakadilan dan penindasan oleh golongan atasan rakyat Amerika.
11. The Phantom mengadu pada Zohan beliau juga tidak suka keganasan tetapi lebih suka berniaga kasut.
12. Mereka (zohan dan Gadis Palestine tokei saloon) menasihati orang2 Israel dan Palestine di Hacky Sack dan dimana2 jua supaya jgn bermusuhan lagi, bermaaf-maafan dan hentikan keganasan.
13. Orang2 Palestine dan Israel berborak psl bini orang2 besar kerajaan Amerika, sapa yg paling hot?
14. Orang2 kaya Amerika sangat sukakan perempuan payudara besar.
15. Zohan sering berbangga dgn saiz zakarnya yg sgt besar.

::: Iman MaKaN bUaya :::

huHuhu.. Iman makan buaya...?? Bior betul... hehehe.. aah.. semalam iman makan buaya.. bukan buaya betul2 yea.. buaya mainan.. nak mampus iman makan buaya.. alih2 buaya yang makan iman nnt... sajer jer aku letakkan buaya kat atas perut iman tue.. dengan sepantas kilat dia memegang dan terus memasukkan ke dalam mulut nyer.. huhuhu!!!~~~ itulah tabiat budak.. apa saja yang dia pegang, mesti nak dimasukkan ke dalam mulut dia....



dikacau oleh Nain.... dia pun nak juga makan buaya tue.. huhuhu..!!~~


*** AMARAN!!! jangan ikut aksi memakan buaya ini.. MERBAHAYA!!!~~~

huhuhuhu... ***

::: Hadiah UntuK Iman :::

Kelmarin aku dapat surat daripada Mead Johnson iaitu syarikat daripada Enfamama... Apa yang ada dalam sampul surat tue adalah book untuk iman.. Nama book itu ialah My First Touch & Feel Book... Buku nie mengandungi gambar2.. Then, pada gambar tersebut, bila iman sentuh akan rasa sense... Sesuai untuk baby.. Actually, masa aku pregnant dulu, aku ada joint club enfamama nie..itu yang dorang ada anta newsletter selalu... Pernah sekali aku dapat susu sample percuma.... bestkan..??

Okla jom kita tengok apa ada dlm buku ini...

Muka depan buku nie...

Inilah kandungan dalam buku ini..


Hat

Net

Bib


dibelakang buku ini ada tulis kelebihan Baby Sense..

~~ Baby learn with and through her Sense.
~~ Her 5 sense of smell, taste hearing, sight and touch are stimulatedeach times these sense are activated.
~~ Stimulating her senses is essential for her brain to make more connections which is necessary for brain development.
~~ These connections are lying down memories & learning experiences.

*** This Book contains different Touch & Feel patches that reinforces your baby's ability learn through her sense of "Touch". ***

Thursday, February 05, 2009

::: aku Nak deMam :::


Pagi tadi aku takder dekat opis sebab aku kena pie kursus "Excellent Customer Service" kat presint Diplomatik. Nasib la kursus kali nie start pukul 8pg sampai 2petang sahaja.. tak larat dah aku sekarang nak pergi kursus lama-lama.. lagi2 kalo memakan masa berhari-hari... Kursus yang aku pergi nie adalah pasal cara-cara untuk mendapatkan excellent service for our customer... Memandangkan aku keje sentiasa kena berdepan dengan pelbagai public, so aku dihantar unuk menghadiri kursus ini... hahahaha..... bukan mudah untuk mengawal public yang berbagai jenis ragam kan...?? Mostly yang datang ke opis aku adalah public yang bermasalah... huhuhuhu... ari2 kena marah... bukan mudah untuk kita mengawal emosi kita kan...?? lagi2 dapat public yang jenis terlampau educated sampai boleh menjatuhkan maruah kita... nak tak nak kita kena terima semua ini seadanya... erm.. lupakan lah pasal perkara nie...

Apa yang aku nak citerkan adalah pasal aku rasa badan arini seram sejuk la... Maybe aku nak demam... Haaaa...!! Every Month aku pasti demam.. sepatutnya Iman yang demam sebab beralih bulan.. ini tak.. aku pulok yang demam setiap bulan.. apa yang aku perasan, tanda-tanda sebelum aku demam, badan aku akan sejuk dulu, B aku bengkak, merah-merah dan panas... waktu malam pulak, badan aku akan panas sepanasnya sehingga mencecah 40C... Last month B sebelah kanan bengkak, arini B belah kiri pulak bengkak.. aku tak tau apa puncanya B bengkak.. Bukan bengkak sebab tak pump or tak nyusukan iman... tp, aku sendiri tak pasti... Everyday aku menjalankan tugas macam biasa....

Erm.. apa yang aku harapkan.., supaya aku tak demam la setiap bulan lagi... tak sanggup la rasanya... badan nnt rasa lemah sangat... huhuhuh....

Wednesday, February 04, 2009

Soother and pacifiers (Puting)




Di dalam pasaran di luar sana tak kira kedai barangan bayi ataupun pasaraya pasti aksesori bayi iaitu puting ada dijual. Puting terdapat dalam pelbagai jenama, bahan buatan, bentuk, kesesuaian umur dan saiznya juga.

Kenapa mesti risau dengan puting bayi kita?

Disebabkan puting biasanya digunakan untuk menenteramkan atau untuk tujuan memujuk bayi kita yang tidak selesa atau meragam yang mana bayi gemar menyonyot / menghisap.

Terutamanya ketika siayah atau ibu mahu menukar lampin, memakaikan baju selepas mandi, mendodoikan bayi untuk tidur dan sebagainya lagi. Menghisap itu pun lumrah bagi seorang yang bergelar bayi atau baby tidak kira bayi perempuan mahupun lelaki.

Puting yang diperbuat dari bahan selain getah lebih berisiko kepada bayi.
Cari puting diperbuat dari getah yang mana warna puting berwarna seakan perang.
Jenama puting yang baik seperti NUK buatan Jerman dan beberapa lagi.
JIka puting diperbuat daripada selain getah biasanya berwarna jernih dan bahan buatannya agak berisiko meracuni bayi secara tidak sedar.

Sebagai ibubapa yang sentiasa peka dan bijak pastikan bayi kita membesar dengan baik dan aktif secara normal.

::: BabyIbu Giveaway: Win Gin & Jacqie Baby Bag :::


Post kali ini adalah sempena contest yang dianjurkan oleh BabyIbu iaitu:
BabyIbu Giveaway: Win Gin & Jacqie Baby Bag




Actually, aku memang ada link dengan BabyIbu nie sebab aku teramat sukakan blognya yang mempunyai banyak info pasal pregnancy dan baby. Sejak aku pregnant lagi, aku suka sangat jenguk2 kat blog BabyIbu nie... Kalau korang tak percaya, cuba la korang link kan... Dan baru2 nie, aku tertarik dengan dengan satu postnya yang mengadakan contest kepada sesiapa yang berminat untuk menyertainya...

Penaja hadiah contest ini adalah daripada Gin & Jacqie. Apakah Gin & Jacqie nie...?
Gin & Jacqie adalah brand yang dimiliki oleh rakyat Malaysia kita iaitu Jacqueline Ng. Gin & Jacqie menyediakan pelbagai jenis bag seperti beg Laptop, Baby & Me, Casual & Travel, Limited Edition, Practical Accessories and Photo Bags. Gin & Jacqie dijual secara online dan juga di Isetan The Gardens and Isetan KLCC. Gambar dibawah ini antara produk daripada Gin & Jacqie dan juga merupakan hadiah-hadiah untuk para pemenang bagi contest yang dianjurkan oleh BabyIbu nie..

hadiah-hadiah yang ditawarkan adalah :

Antara ketiga-tiga hadiah yang ditawarkan ini..., aku berminat pada beg bewarna Pink - Luna baby bag. Sebab beg ini berwarna pink. Aku teramatlah suka dengan warna pink kerana aku ka PINKY_GAL.

Inilah begnya....

DESCRIPTION: A baby bag that double ups as working bag. With so many compartments, you don’t have to worry about keeping things organized in the bag.
  • Made of durable nylon
  • Two outer big compartments, with four additional compartments inside.
  • Two outer side pockets for bottles
  • Two front open tab pockets
  • Zip top opening
  • One big zip compartment inside the bag
  • Removable hard base
  • One inner bottle compartment holder
  • Removable sling strap
  • Five metal bottom studs
  • Case cum laptop cover (padded)which fits 13" laptops
~~~ Apa-apa pun Gudluck for me untuk dapatkan beg impian ku ini.... :-)~~~

*** Kepada rakan-rakan yang berminat untuk dapatkan beg-beg ini atau berminat untuk turut serta dalam contest nie, sila la clik di bawah nie.. ***

BabyIbu Giveaway: Win Gin & Jacqie Baby Bag


::: My Dear Warehouse Sales :::



26 February to 8 March 2009

My Dear Warehouse Sales

Baby & Children Products

Baby Carrier

Baby Pram

Baby Stroller

Car Seat

Hammock Spring Cradle

High Chair

Safety Gate

Children Slides

Tricycle

and more

Time : 9am to 7pm

Location (Tel 603 8060 0093)

No 34 Jalan Meranti Jaya 10

Meranti Jaya Industrial Park

47100 Puchong

Selangor

www.mydear.com.my


*** Sesapa yang berminat nak mencari barangan baby n kids.. leh la pergi... ***




::: Jawapan yanG beLum Pasti :::

Semua mesti terkezutkan disebabkan post aku yang bawah nie... Ha?? 6 week da...?? erm.. semua duk tertanya2 adakah aku pregnant?? Actually, aku belum ada jawapan yang pasti lagi... yang pastinya peod aku sekarang sudah lewat 2 minggu lebih... aku dah wat check UPT last week, tp resultnya negative lagi... so, next friday aku nak check balik la....If, aku positive maka pada minggu nie aku 6week la.... dan due nya maybe 28 september 2009...

Bila cakap pasal pregnant lagi semasa masih mempunyai bayi kecil lagi, mesti ada pro dan contranya.. ada yang setuju dan ada juga yang tidak bersetuju... Ada yang berpendapat anak masih kecil tapi dah ada lagi.. cian baby yang ada tue... ada juga yang kata, aik? tak merancang ker...? dan ada juga yang cakap tak penat ker badan ko tue..? bagi rehat la dulu... yang nie pada contranya la... yang pada pro pula..., bagus la mengandung cepat2... nnt da tua2 relax sikit... ada juga yang cakap, biar beranak masa muda2 nie.., tenaga masih kuat nak menjaga anak... dan berbagai lagi la kalau kita dengar pendapat orang pasal pregnancy nie...

Bagi aku sendiri..., sejak aku dan asben aku kahwin.., kami dah merancang untuk dapatkan 2 anak pertama nie cepat... Pada mulanya selepas kawin.., perut aku kosong 6bulan.. So, kami kena usaha lebih la selepas itu... alhamdulillah, aku pregnant.. then, untuk anak ke2 nie memang kami merancang ingin lagi dalam masa terdekat juga.. atleast jaraknya setahun la... kalo tak sampai setahun tue.., boleh juga la kalo sudah rezeki.... Insyallah impian kali nie nak anak gurl pulak la if my rezeki... Hopefully... :-) Nasibla masa 1st pregnant aku beranak normal.. kalo aku czer, maybe apa yang kami rancangkan tersasar lebih cikit la demi menjaga kesihatan....

so, kepada kawan2... jika ada berita baik lagi nnt aku informkan dekat sini yer.... :-)


Tuesday, February 03, 2009

::: 6 Week :::


Pregnancy Calendar - Week6

Week 6

The brain continues to develop quickly. The hands and fingers are now becoming more visible, although the lower limbs still resemble flippers! The neck begins to straighten and the tail has receded.

Mum, if she hasn’t already begun to feel nausea is more likely to start to have the symptoms of morning sickness this week, as only 20% of pregnant women don’t feel any morning sickness. Diet is the key.

Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

Minggu 6
Ukuran embrio rata-rata 2-4 mm yang diukur dari puncak kepala hingga bokong. Tuba saraf sepanjang punggung bayi telah menutup. Meski Anda belum bisa mendengar, jantung bayi mulai berdetak pada minggu ini. Sistem pencernaan dan pernafasan mulai dibentuk, pucuk-pucuk kecil yang akan berkembang menjadi lengan kaki pun mulai tampak.



::: Feveret Bubu :::

Bubu... apa itu bubu...?? aku pun tak tahu apa maksud bubu sebenarnya... BUBU adalah panggilan ayah iman kepada iman.. ayahnya suka memanggil iman dengan nama Bubu... sejak dalam pantang lagi iman dipanggilnya bubu.. huhuhuhu... aku pun dah terikut sekali da.. tau dia orang panggil dia... kalau panggil iman pun tersengih2 dia...

cerita pasal kegemaran iman.. Iman paling suka time mandi... Hahahaha... setiap pagi bila jam menunjukkan pukul 9 pagi mst dia akan mula mengomel2 kalo tak mandi lagi... lagi lambat mandikan dia, lagi la kuat suaranya... mcm tau2 ajer time untuk mandi.... kalo petang pulaks.., jam lebih jer pukul 5ptg, bisingla mulutnya...ngomel ajer... ngenng waa woo uu oo ngung.. mcm2 bunyila mulutnya bila lambat mandikan dia... sabo jer la aku... hahaha.. bila aku dekat kat dia dan buka ajer seluar dan diaper dia.., terus senyap.. kakinya menendang2 suka nak mandi.. siap tersengih2 pulaks tue... tugas aku hanya siapkan dia untuk mandi dan pakaikan pakaian selepas mandi.. next tugas, asben aku untuk mandikan iman...

Nak tau tak.., sejak aku dalam pantang lagi asben aku jer yang mandikan iman.. hehehehe.. aku cuma mandikan iman if dia takder ajer... dan setiap pagi hari2 dia yang mandikan dan jagakan iman.. tengahari sebelum ke sekolah baru dihantar ker rumah pengasuh....

Jom intai iman mandi...






kalo masuk ajer dalam tab nie..., kakinyer berkocak2 main air.. suka sangat main air...

selepas mandi, aku pulak amik turn untuk menyiapkan iman...

selepas mandi, iman nengok kartun pulak.... hehehe...


Monday, February 02, 2009

::: Kami Ke SepanG Pula :::

Semalam Ahad, kami gerak balik dari kg... so, sebelum sampai KL, kami singgah dahulu ke Sepang... ada apa di Sepang yea..?? Kami melawat rumah yang kami beli di sana... Bandar Baru Salak Tinggi... Nampaknya rumahnya da siap 100%.. cuma tunggu CF dan pemasangan api dan air sahaja lagi... Bak kata developer, insyallah sebelum bulan 6 kami da boleh menduduki rumah ini... hopefully gitu la yea...

Jom jalan2 tgk rumah itu...


Inilah lorong rumah kami tue... depan rumah kami takder rumah lain.. ada tanah kosong.. itu yang kami suka.. luas pemandangan didepan nya.. tak caya..?? jap lagi korang tgk ekkk...


Yang inilah rumah kami.. jenis Semi-D setingkat.. keluasan 35 x 75 Type B.. ada lagi satu tue Type A... tp, aku tak minat designyer...


Tiang letrik sudah dipasang da.....

Yang tue rumah TNB... betul2 depan lorong nak masuk rumah aku... senang la kasi petanda sesapa nak dtg umah nnt... so, taklama lagi letrik akan masuk la...


Yang nie sistem kumbahan Syabas pun sudah dipacak..


Tp, yang nie belum lagi....


Okla.... jom layana pemandangan dari hadapan rumah kami...... Actually, rumah kami nak dikatakan atas bukit tak la... cuma dia terletak tinggi sikit dari jalan raya kat bawah tue... kalo petang2.., berangin ajer tempat nie...


Yang nie pemandangan dari hadapan rumah... Nampak di bawah tue rumah2 dan taman2 yang lain...

yang di atas bukit tue adalah tangki air.... korang tengok betul2 kat sebelah tangki air tue adalah sekolah.. SK KLIA....

Ha... yang nie laks sekolah Men salak.. betul2 dekat depan umah kami...


Okla... nak balik rumah da nie...

itulah lorong rumah kami....

Dan nie sekolahnya...

ha.... Inilah rumah jenis Type A tue... yang tak bestnya umah nie..., dia takder pintu kat depan.. cuma ada sliding door kat tepi rumah ajer... Yang rumah kami tue.., Pintu ada, sliding door kat tepi pun ada gaks....

Yang nie pula, Rumah Semi-D 2tingkat... aku tak tau harganya baper.. baru buat..


Iman Pulakssss....

Iman... iman... inilah iman... kalo naik kereta ajer mst tido... nyenyak sungguh dia.. gerak dari melaka sampai ke sepang tak bangun2... kalo duk umah.. tak tido dia waktu siang.. kalo tido pun 1/2 jam ajer....



::: Kami Balik KampunG :::


Minggu nie kami balik kampung mak aku... hahaha.. kalo tak everyweek mst ada jer menda nak wat kan..?? paling kurang pun duk umah mengemas umah dan membasuh baju... hahaha...tau tak kek mano kg mak aku...?? takper.. sat lagi aku bgtau kak mana kg mak aku nie... sebab aper balik kg yer..? ikutkan kat kg mak aku nie takder saper da pun... nenek dan atuk aku dah takder.. korang tau tak, aku tak pernah jumpe ke 2-2 atuk aku... nenek pulak, nenek belah mak aku jer aku dapat bermesra2.. cian aku kan.... sebab tue kalo lik kg mcm takder pape ajer... kosong jer rasa... lagi2 kg mak aku nie takder saper yang duk.. cuma sekali sekala kitorang balik la... kalo raya, barulah ramai sikit dengan sanak saudara.....

aku balik kamgpung sebab jiran sebelah kg mak aku tue wat kenduri kawin... so, umah kami menjadi tempat bertanggah... itu sebab kena lik kampung....

Jom ikut aku balik kampung...


kalo tengok tangga nie mesti korang tau kat mana kg mak aku kan...? MELAKA ler....


tgk la Mr. Shahrul yang tgh duk sengih2... nama bahagian umah nie ialah serambi...

aku & iman duduk di tangga....

Inilah jiran sebelah yang buat kenduri kawen tue... Nak tau tak? khemah Arabian kat kg murah gilosss... RM200 aje untuk satu khemah... Kalo kat KL RM500

Inilah pengantinya... kecik2 ajer orangnya.... sama cantek sama padan.. (Pengantin laki tue sebaya ngn aku)

Comelnya 2 orang budak silat nie...





TADAAAA...!!!~~~

tengokla... apa hadiah yang iman dapat bila lik kg... hahaha.. ada 7 das tembakan dari nyamuk kg.. cian iman.. mukanya jadi tak comel daaaa....




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...