Kawan-Kawan Saya

Wednesday, February 04, 2009

Soother and pacifiers (Puting)




Di dalam pasaran di luar sana tak kira kedai barangan bayi ataupun pasaraya pasti aksesori bayi iaitu puting ada dijual. Puting terdapat dalam pelbagai jenama, bahan buatan, bentuk, kesesuaian umur dan saiznya juga.

Kenapa mesti risau dengan puting bayi kita?

Disebabkan puting biasanya digunakan untuk menenteramkan atau untuk tujuan memujuk bayi kita yang tidak selesa atau meragam yang mana bayi gemar menyonyot / menghisap.

Terutamanya ketika siayah atau ibu mahu menukar lampin, memakaikan baju selepas mandi, mendodoikan bayi untuk tidur dan sebagainya lagi. Menghisap itu pun lumrah bagi seorang yang bergelar bayi atau baby tidak kira bayi perempuan mahupun lelaki.

Puting yang diperbuat dari bahan selain getah lebih berisiko kepada bayi.
Cari puting diperbuat dari getah yang mana warna puting berwarna seakan perang.
Jenama puting yang baik seperti NUK buatan Jerman dan beberapa lagi.
JIka puting diperbuat daripada selain getah biasanya berwarna jernih dan bahan buatannya agak berisiko meracuni bayi secara tidak sedar.

Sebagai ibubapa yang sentiasa peka dan bijak pastikan bayi kita membesar dengan baik dan aktif secara normal.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...