Kawan-Kawan Saya

Wednesday, April 20, 2011

Apa kaitan DIET dan jenis DARAH..?


Ada kaitan ke diet dengan jenis darah..? tetiba jer ada terbaca satu artikel pasal nie. Sedang aku "google" jenis makanan dalam pantang, sekali terbaca pulak artikel nie. Leh klik kat :

Betul ker artikel nie? kalo betul leh try. So, aku nie darah apa yeaa..? korang darah apa ek?

 aku darah O+ve. Sapo satu group ngn aku..? senang nnt leh tukar2 darah. sebab darah O leh terima darah O jer kan.. tapi boleh derma ke semua jenis darah.. Betapa baiknya orang yang berdarah O nie.. waaceh! perasan jer aku nie..

dapat kad nie masa ada sesi check darah kat opis untuk di masukkan dalam HRMIS. So, simpan jer dalam purse senang nak refer nnt...

Jom kita tengok jenis pemakanan untuk orang yang berdarah O nie :

Diet Untuk Golongan Darah 'O'

Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D'Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
  • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
  • Mudah mengadaptasi berbagai makanan
  • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
  • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
  • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba


So, lepas nie kena kurangkan makan nasi la supaya tak tembam! boleh ker aku niee..? Insyallah.. kena amik ikan lebih la jawabnya.. hehe..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...