Kawan-Kawan Saya

Thursday, April 14, 2011

Berpantang Cara Aku....

Cara berpantang masyarakat Melayu:



  • Urutan bertujuan melancarkan peredaran darah dan biasa dimulakan tiga hari selepas kelahiran. Ia tidak boleh dielakkan kerana akan menyebabkan tubuh berasa sengal.

    Cara aku : Aku dah pun berurut satu minggu selepas bersalin. ringan sikit badan bila dah di urut. Insyallah abis pantang nng nak berurut lagi. Sedap badan bila dapat urut ni...







  • Bertungku – bertujuan mengeluarkan darah kotor terutama saki baki darah beku, membuang angin dan menyembuhkan luka peranakan selain mengecutkan urat yang kembang. Ia selalu dilakukan pagi dan petang.

    Cara aku : Aku akan bertungku pada waktu pagi dan petang selepas mandi. Setakat nie kerap lagi buat but kadang terskip juga. hehehe.. tak berkesempatan kadang2 nak buat semuanya kan..? aku hanya memakai tungku moden jer.. Tungku tradisional non ada.. Lagi pun tungku moden nie lagi senang dan mudah.







  • Bertangas – bertujuan membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan sistem peranakan, membetulkan kedudukan salut peranakan dan mengecutkan rahim.

    Cara aku : upppss..! Aku tak pernah pun buat benda alah nie.. Camne ek..? u all berpantang ada amalkan bertangas nie ker?







  • Berbengkung – perlu dilakukan sepanjang tempoh berpantang. Elakkan perut buncit selain berfungsi mengembalikan kedudukan peranakan. Ia juga dikatakan sebagai alat membantu ‘mendapatkan’ kembali tubuh langsing kerana ia menghalang daripada makan banyak.

    Cara aku : Setakat nie aku masih berbengkung lagi,. Siang dan malam. Cuma bab malam tue kadang2 terskip juga. Sebab pembantu dah tido dulu... ekekeke... Pagi aku akan gunakan set tapel dari Amway untuk di letakkan atas perut sebelum berbengkung. Untuk malam, aku akan gunakan kapur + air limau sebagai tapel. Memakai bengkung nie lah satu penyiksaan.. sebab susah nak bergerak! Bila perut nie nak mengempis... Lemak dah tepu lah!







  • Mandi rempah ratus – bertujuan membuang angin dalam badan selain menghaluskan kulit. Ia juga dikatakan mampu mengekalkan kesegaran dan naik seri wajah.

    Cara aku : Aku menggunakan set mandian dari amway jer.. mudah dan senang.. Cuma perlu rebus @ rendam dengan air panas sahaja. Lepas tue boleh digunakan. Untuk pembersihan vagina pun ada juga. Perlu rendam sahaja. Aku selesa dengan set nie sebab baunya tak lah busuk... Badan pun segar juga.... Selain tu, gunalah sabun scrub supaya badan licin dan mulus.







  • Memakai param dan pilis – bertujuan mengelakkan pening dan menyebabkan mata rabun.

    Cara aku : Yang ini aku ada buat juga cuma tak kerap. jika aku rasa sejuk2 baru aku pakai. Sebab tak larat nak membersihkannya laaa.. dengan berbengkung lagi, dengan nak jaga anak lagi, anak nak nyusu lagi.. ssh sikit laa.. Iskk.. banyak betul alasan aku nie.. ekekeke..! Dalam set amway, param dan pilis pun ada.. cuma campurkan denga air panas dan boleh sapukan pada badan.







  • Minum jamu – bertujuan memanaskan badan, mempercepatkan rahim mengecut selain merapatkan kembali bahagian sulit.

    Cara aku : Aku tak makan jamu sebab takut tak sesuai dengan anak.. Anak nyusu badan kan.. Maybe after pantang leh amik. Dalam pantang aku cuma minum teh herba dan makan ubat dari amway serta air akar periuk sahaja.







  • Menu Berpantang –  Elakkan pemakanan yang gatal, berangin dan sejuk seperti nangka, ubi ,telur, pucuk ubi, ikan sardin dan sebagainya. Banyakkan makan sayuran seperti sawi, sawi putih, lobak untuk menambahkan susu badan. Untuk kelihatan lebih langsing, amalkan makana nasi dicampur dengan ikan bilis, halia dan lada hitam yang ditumbuk di campur dengan limau nipis sepanjang tempoh berpantang.

    Cara aku : Awl 2minggu pertama, aku hanya makan ikan haruan sahaja samada rebus, bakar or sup. Selepas itu, barulah start makan makanan yang lain seperti mihun, bubur, goreng2, kicap. Tak sanggup aku nak makan yang di sebut kat atas tue.. huhuhu..! Beautiful is pain? uppss! tak rela i....






  • pic : google

    11 comments:

    fazilzura said...

    TAHNIAH jue..
    kalau bley berpantang tu 100 hari tau heheh baru mantopsssssssssssss...

    besh nye berpantang, akak suke... lg2 kalau ado asst tukang pakaikan bengkung, time akil x pakai bengkung psl czer.. huhuhu

    besh kan dpt urut 1 bdn .. emm tangas tu x penah akak wat, tp kalau g spa tu ado le wat steeming

    Jue a.k.a Ibu Iman Zafran said...

    k.zura >> tqq.. berpantang nie, awal2 best la.. lama2 busan gaks.. xsabar nak abiskan yg 44hari nie..
    yang 100 hari tue tang lain xper.. leh tahan lagi.. yg 44 hari nie yg kena tak sabar nak abiskan.. hehe..
    best gaks after pantang gi spa.. memanjakan diri di spa kan..??

    nome said...

    good info...leh apply for next pantang...insyAllah

    Jue a.k.a Ibu Iman Zafran said...

    k.nome >. insyallah.. pas ni turn k.nome pulak yea.a.. :-)

    Shorbaini said...

    ko pantang saper jaga eh? aku dulu pantang siap2 gaduh2 ngan mil hahahaha
    aku kan degil takmo dengar cakap. suka ati jer aku nak makan apa, takmo makan jamu. takmo bengkung takmo urut. hihihi

    zailamohamad said...

    rajin Jue buat semua tu, Zaila banyak yang skip..buat mana yg perlu sahaja..maklumlah pantang sendiri takde sapa nak tegur tapi kalau kat kg pon rasanya sama juga sebab zaila ni memang xsuka sangat pakai2 pilis segala ni, bengkung pon kadang2 je sebab susah nak duduk bangun, hahahaa *jangan tiru zaila tau*

    suhida said...

    kali ni nak pantang betul2 gak...wlupun czer.

    Nurshahfamily said...

    mmg best berpantang kan jue hehehe...

    tapi nur tak minum air akar periuk huhu takut pahit...

    nur ade buat yg bertangas tu...
    mak nur akan bakar arang... pas arang dh jd bara mak nur letak kemenyan, kulit bawang putih n bawang merah..

    mmg lain rasanyer pas dipanggang pas mandi hahahaha..

    Jue a.k.a Ibu Iman Zafran said...

    shorbini >> pantang umah mak.. dan kdg2 balik umah sendiri, pantang sendiri jer.. pantang umah mak pun sendiri gaks. sebab mak keje..

    zaila >> sekali sekala ada gaks skip.. sebab kita pun ada benda nak handle kan.. jue boleh buat semua nie sebab di bantu suami jue.. nasiblah dia cikgu.. so, pagi dia ada. dia lah bantu semua tue.. kalo tak, ssh juga kan.. mak pun keje juga.

    k.sue >> yang penting 2week awal k.su pantang elok2.. sebab masa tue lah badan kita memerlukan perhatian lebih.. Insyallah boleh tueee.. Tapi, buidak2 nnt sapa jaga?

    nur >> okla berpantang nie.. tapi lama2 jemu juga.. hehe.. xsabar nak abiss... oo nur ada buat bertangas nie ekk..? jue tak pernah buat. xtau apa rasanya... mcm tue rupanya.. mst sedap lagi badan lepas tu kan..

    silverlady said...

    samelah...xtau pun bertangas tu amenda...hehe...selamat berpantang!

    Fieza said...

    Fiza rasa bertangas tue macam wapkan tut2 kita kot. Lebih kurang bersauna la kot

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...