Kawan-Kawan Saya

Monday, February 14, 2011

cramp...


cramp... kekejangan otot yang sedang ku alami sekarang nie.
Malam tadi sungguh ketara rasanya.. aduhaaaiii.!!
tak tahan sakit bila kekejangan otot berlaku.
itulah akibatnya bila terlalu aktif di siang hari...

seriusly, malam tadi takleh tido sebab astik kekejangan ajerrkk..!
sebelum tido suami ada urutkan dulu kaki2 nie...
Rasa lega la sikit.. But, sekali sekali kekejangan tue datang balik..
terlupa pulak malam tadi nak tungku kaki.. mungkin sebab dah ngantuk sgt dan malas nak panaskan tungku.


di bahagian betis la kekejangan akan berlaku. Sedap bila dapat di urut area situ..


PUNCA
  • Peredaran darah yang kurang baik. 
  • Kekurangan kalsium. 
  • Terlalu banyak fosforus. 
  • Perkara tersebut boleh menyebabkan kejang betis @ kaki.

LANGKAH PENCEGAHAN
  • Memperbaiki peredaran darah dengan cara bersenam dan mengutamakan makanan yang kaya dengan vitamin B, roti, beras ceruh, hati. 
  • Kadangkala kalsium yang berlebihan boleh membantu, tetapi jika terlalu banyak minum susu MUNGKIN akan menyerap banyak fosforus. Sederhanakanlah dalam pengambilan pemakanan tersebut. 
  • Anda juga mungkin kekurangan garam ( terutamanya dalam cuaca yang sangat panas ) jadi makanlah sesuatu yang masin pada setiap petang.

PENAWAR
  • Tegangkan otot yang kejang pada betis atau kaki anda dengan menarik kaki perlahan-lahan ke arah lutut. Selalunya kekejangan berlaku kerana anda bangun dengan meluruskan kaki dan ibu jari ( terus bangun, tanpa mengalih badan mengiring ). Biasanya menolak jauh tapak kaki anda ketika meluruskan kaki. Urut otot-otot tersebut dengan santai.

1 comment:

azhariahzuber said...

cuba luruskan kaki lepas cramp tu...insyaAllah ok

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...