Kawan-Kawan Saya

Friday, April 29, 2011

Motip GAMBAR ini..?


Tak nak citer panjang.
Apa motip letak gambar ini ?
U all teka lah sendiri dulu ekk..
.
.
.
.
.
.
.
.


Happy Weekend U all...!

Thursday, April 28, 2011

Target Is Target!


Yeaahh! Pas bersalin mestilah pasang target kan..??
Actually, bukan mudah nak capai target sebenarnya,.
But, kena usaha juga untuk diri sendiri dan juga untuk suami..
iyer tak..?
Selain kebaikan untuk kesihatan diri sendir juga.

Apa yang di targetnya?
U all tengoklah nie..
mesti leh agak apanya kan..??
.
.
.
.
.


 Alhamdulillah.. ini yang telah di capai sepanjang berpantang ni.

Tapi...

Cabaran akan bermula after abis pantang.. Jaga2 cik minah! masa tue lah berat badan leh naik secara mendadak.. kan...???

Disebabkan masih lagi BF anak, so target itu kena jalan slow2.. sebab..........
bf nie asalkan lapar jer kan?
i try to control makan but i tak mengamalkan diet yang ketat. Kena follow the rules sahaja.

Cara aku untuk mencapai target ini :
  1. Sentiasa memakai korset
  2. Sapu losyen mustajab
  3. Kurangkan makan nasi (jgn bertambah)
  4. Jangan makan malam (makan sebelum pukul 7)
  5. Minum air 8gelas sehari
  6. Banyakkan bergerak atau membuat aktiviti

Sebenarnya target belum cukup untuk capai kategori  "NORMAL"
But, sekurang2 dapat balik asal sebelum pregnant dah cukup baik bagi aku.. :-)

Gud luck for me!

Wednesday, April 27, 2011

Bukti mereka anak saya....


Sungguh miracle kejadian Tuhan kan?
Sungguh tak sangka sungguh tak duga. Senang nak mengenal anak2 aku nnt.
sama ada iman atau izzul, mereka mempunyai tanda lahir yang sama dan di tempat yang sama.
Tak sangka kan..??

Cuba u all tengok nie

Tanda lahir iman


 tanda lahir izzul

sama kan..? 

Itu bermakna, mereka adalah :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

anak-anak saya...

Tuesday, April 26, 2011

Izzul 1months - Botak!


Dalam sedar tak sedar, 24 April lepas, genap umur anak aku 1bulan. Sekejap jer masa berlalu kan.. Tinggal 2bulan jer lagi nak masuk keje.. arrrgghh! rasa mcm nak duduk umah jer best kan..?? hehehe.. syok juga duk umah nie, main ngn anak jerr.. janji gaji masyukkk..!

Semalam bawa izzul check up. Injection 1months Hepatitis B Vaksin untuk kali ke-2.
details  check up semalam:

Berat - 4.7kg
Panjang - 57cm
BMI - 14.47kg
dada - 38cm
kepala - 36cm

next appmnt : 24 Mei 2011

Masuk 1bulan, izzul telah di botakkan.. baru nak botak. Aritu ingat nak botakkan hari ke-7, tapi tak berkesempatan pulak. Alang2 kita tunggu sebulan jerla.. 

nak nengok saya botak..?? hehehe tomeeeiiii takk??

 errmm.. sy nie ikut muka siapa yeaa..?

Muka sy dah makin menegang nie..! sy makan collagen tau.. hahaha..!!!

abis licin di botakkan.. xnampak beza pun ngn sy dulu.. sebab rambut sy mmg sikit dan nipis jerr.. kaaannn..??

Tapi, saya makin panjang tauu..!

update 1month:
  • feveretnya main lonjak2 tau.. pandai lembikkan kaki time lonjak. time tak  lonjak, dia yg tekan kakinya suruh lonjak kan.. ambooiii!
  • dah pandai mendengar org cakap.. pendengar setia gitu.. 
  • belum pandai gelak, tapi dah boleh senyum2 org ckp.. kdg2 dengar bunyi dia menyahut...
  • neneknya kata "dia dah pandai buang bantal" apa maksudnyaa..? siapa tahu?

Monday, April 25, 2011

Bye bye my hair!

Bye bye my hair!, originally uploaded by pinky_gal25.

Semalam24 April 2011, genaplah Muhammad Izzul Zafry 1bulan. Alhamdulillah membesar dengan jayanya. Dan, semalam juga bawa izzul gie cukur rambutnya. Tempohari ingat nak buat hari ke-7 tapi tak berkesempatan. So, kita tunggu dia 1bulan terus jer la kan...??

Bawa ke kedai sajer. Sebab dengan atuk nie, dia buatkan untuk baby FREE saja.. Atuk yang baik hati ini, siap selawatkan sekali untuk izzul. Terima Kasih atuk.. :-)

Skang saya dah botak.. Nak tengok saya botak..? tunggu sy balik klinik nnt ekk..? Hari ni ada check up. Kena cucuk laa.... Kita sambung nanti yeaa.. :-)

Friday, April 22, 2011

Jawapannya >>> Bukit Tinggi


dulu dah pernah sampai SINI after 3bulan bersalin..






 
iman berusia dalam 3bulan masa niee..


suka dengan suasananya yang tenang. Sesuai untuk merehat2kan mindaa... :-)
cari pic kat dlm hardisk xjumpa. Nasiblah ada simpan dlm frenster lagi..
rasanya gambar2 nie semua dalam lappy lama yang dah rosak tue.
xsempat nak amik.. 



Thursday, April 21, 2011

Cuba Teka...??


Teringin nak pi bercuti ke sini lagi lah..
cuba teka... dimanakah itu..?

lihat video ini..


Agak2nya ke mana ekkk..??
hehehe..
teka.. tekaa..


Tak ku sangka Tak ku duga...


Memang tak ku sangka dan tak ku duga. Malam tadi baru jer nak buat sesi pumping.
Tapi di kacau oleh budak sorang nie.. 
Sabau jer laa.. Ingat kan dia nak buat apa..
tengoklah apa yang dibuatnya niee :

Diselaknya baju dia dan diletakkan di situ... Aku duk perhatikan jerr..
masa nie tengah duk sms.. apo lagi.. terus aku snap kan aktivitinya nieee..

pandai pulak di letakkannya kat situ. Katanya "nak susu"
hehehe.. aku x ajar pun..
dia yang dok perhatikan ibu dia agaknya...

Wednesday, April 20, 2011

Menu Berpantang Hari Ini


Dah 28hari berpantang rupanya aku ni.. ada lagi dlm lebih kurang 2week lagi nie. Tak sabarnya. walaupun masih dlm pantang, tapi rasa mcm dah abis pantang jer.. suka2 aku jer kan..?? 

Azam konon xnak makan NASI.. Sebab berat badan masih mencacak tinggi lagi nieh. Tapi, mana boleh la kann..? lagi2 awak nie BF baby.. Sian baby xdapat makanan berzat pulak nnt.. lagi2 BF nie mudah benar rasa lapar.. aslkan lapar saja aku nie.. Okla.. aku makan nasi tapi kurangkan jumlah nya.. ok takk..?? 

Untuk menu hari ini aku masak ini :

Ikan Goreng Asam

Sawi goreng

So, asben aku pun turut serta makan lauk nie.. ekekeke.. xperlu masak mcm2 dah.. Except kalo aku rasa arini xnak makan nasi, baru aku masak pedas2 untuk diaa...


p/s : ingat yeaa.. Post entry lepas mengatakan yg darah O kena kurangkan nasi.. hehehe..

Apa kaitan DIET dan jenis DARAH..?


Ada kaitan ke diet dengan jenis darah..? tetiba jer ada terbaca satu artikel pasal nie. Sedang aku "google" jenis makanan dalam pantang, sekali terbaca pulak artikel nie. Leh klik kat :

Betul ker artikel nie? kalo betul leh try. So, aku nie darah apa yeaa..? korang darah apa ek?

 aku darah O+ve. Sapo satu group ngn aku..? senang nnt leh tukar2 darah. sebab darah O leh terima darah O jer kan.. tapi boleh derma ke semua jenis darah.. Betapa baiknya orang yang berdarah O nie.. waaceh! perasan jer aku nie..

dapat kad nie masa ada sesi check darah kat opis untuk di masukkan dalam HRMIS. So, simpan jer dalam purse senang nak refer nnt...

Jom kita tengok jenis pemakanan untuk orang yang berdarah O nie :

Diet Untuk Golongan Darah 'O'

Dr. Peter J.D'Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D'Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
  • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
  • Mudah mengadaptasi berbagai makanan
  • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
  • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
  • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba


So, lepas nie kena kurangkan makan nasi la supaya tak tembam! boleh ker aku niee..? Insyallah.. kena amik ikan lebih la jawabnya.. hehe..

Tuesday, April 19, 2011

Memborong susu Dutch Lady


hari Ahad lepas Giant buat promosi susu Dutch Lady murah. Memandang stok susu iman pun nak abis, jadi berkesempatan semalam grab susu ni tuk Iman. Giant kalo buat promosi, memang murah2 laa. Termasuk la diapers dan sebagainya. Kalo tak promosi, harganya paling mahal...

On the way balik sepang semalam, singgah giant nilai. Asben masuk ke dalam untuk membeli susu jerr.. takleh lama2.. nnt kang lain pulak di belinya.. brg2 kat giant mahal.. hehehe...

ni iklan kat akhbar Metro Ahad. Dalam promosi murah, siap ada FREE air kotak lagi.. lagi la best sebab mmg feveret iman.

beli 5paket, dapat 5kotak susu coklat..

beli 3pek blister dapat FREE bekas satu.. tggl 2 pek blister jer.. sebab 1 pek iman dah abiskan dlm giant tu juga.. sabau jer laa..
Kesemuanya Dutch Lady... Boleh la pas nie jadi duta produk pulak.. ekekeke..!

mamamamamamamamamama..!!
iklan dutch lady yang baru..

Monday, April 18, 2011

Heboh orang citer pasal BANK RAKYAT..!!!


Happy Monday 1stly! Selamat bekerja yea...
U all dah dengar kecoh2 pasal bank rakyat skang nie...?
Or ada perasan ker Bank Rakyat sekarang diserbu orang ramai..?
Apa kesss agaknyaa..??

U all baca nie :


dan ini :

selebihnya u all leh klik kat FB bank rakyat nie :

Cepat! Cepat! berlarilah u all ke Bank Rakyat untuk memiliki saham Bank rakyat yang di nanti2kan oleh orang ramai. Terbuka untuk semua warga malaysia.. Tiada tarikh tutup tapi bergantung kepada kuota peruntukan.

Pelaburan hanya RM500 sahaja. Tambahan RM5 untuk ahli dan RM25 untuk bukan ahli. Antara pelaburan yang terbaik boleh dibuat. Dividen sehingga 15% tau... dengar2 next year nak naik 20%..

Antara syarat-syarat untuk apply saham Bank Rakyat yang telah dibuka awal bulan April adalah ANTARANYA:
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Bumiputera beragama Islam dan bukan Islam
  • Bukan Bumiputera beragama Islam
  • Tidak muflis
Untuk maklumat lanjut, hubungi tele-Rakyat di talian 1-300-88-12265 or facebook @Bank Rakyat.

 Dan ini NOTIS dari Bank Rakyat. Ingat yea.. pelanggan perlu hadir sendiri ke mana2 cawangan bank rakyat untuk memohon.
Dalam pantang, sempat lagi aku berlari ke Bank Rakyat nie. Demi untuk masa depan, aku harungi jua... waacceeeh!.. Ada citer kelakar pasal aku ke bank aritu... ni nak citer sikit.. hehehe..
cuba u all bayangkan yea..

"dengan terkedek2 aku dengan akak aku ke bank bawa 3hero ultraman, 2hero dan heroin kecik. Aku rasa dah jadi mcm komando terjerit sana sini nak kawal budak2 tuee.. hahaha..! Almaklumlah xder penjaga.. dah kami yang penjaganya.. jadi angkut juga laaa.. last2 surrender, balik umah semula sementara nak tunggu 30 org lagi tgh menunggu giliran. nasiblah ayah aku dah settle (buat kat HQ). So, atuk2nya lah jaga cucu2 kat umah... dlm pikiran aku janganlah ada org tangkap video letak dlm youtube.. hahahaha..!"

Sunday, April 17, 2011

Weekend kami.. Kami hanya berada di amp

Weekend kami..

Kami hanya berada di ampang. Merehat2kn diri. Lena sungguh tengok 2 baby ni tdo. Rasa mcm nak joint skali je...

Happy weekend!

Thursday, April 14, 2011

Berpantang Cara Aku....

Cara berpantang masyarakat Melayu:



  • Urutan bertujuan melancarkan peredaran darah dan biasa dimulakan tiga hari selepas kelahiran. Ia tidak boleh dielakkan kerana akan menyebabkan tubuh berasa sengal.

    Cara aku : Aku dah pun berurut satu minggu selepas bersalin. ringan sikit badan bila dah di urut. Insyallah abis pantang nng nak berurut lagi. Sedap badan bila dapat urut ni...







  • Bertungku – bertujuan mengeluarkan darah kotor terutama saki baki darah beku, membuang angin dan menyembuhkan luka peranakan selain mengecutkan urat yang kembang. Ia selalu dilakukan pagi dan petang.

    Cara aku : Aku akan bertungku pada waktu pagi dan petang selepas mandi. Setakat nie kerap lagi buat but kadang terskip juga. hehehe.. tak berkesempatan kadang2 nak buat semuanya kan..? aku hanya memakai tungku moden jer.. Tungku tradisional non ada.. Lagi pun tungku moden nie lagi senang dan mudah.







  • Bertangas – bertujuan membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan sistem peranakan, membetulkan kedudukan salut peranakan dan mengecutkan rahim.

    Cara aku : upppss..! Aku tak pernah pun buat benda alah nie.. Camne ek..? u all berpantang ada amalkan bertangas nie ker?







  • Berbengkung – perlu dilakukan sepanjang tempoh berpantang. Elakkan perut buncit selain berfungsi mengembalikan kedudukan peranakan. Ia juga dikatakan sebagai alat membantu ‘mendapatkan’ kembali tubuh langsing kerana ia menghalang daripada makan banyak.

    Cara aku : Setakat nie aku masih berbengkung lagi,. Siang dan malam. Cuma bab malam tue kadang2 terskip juga. Sebab pembantu dah tido dulu... ekekeke... Pagi aku akan gunakan set tapel dari Amway untuk di letakkan atas perut sebelum berbengkung. Untuk malam, aku akan gunakan kapur + air limau sebagai tapel. Memakai bengkung nie lah satu penyiksaan.. sebab susah nak bergerak! Bila perut nie nak mengempis... Lemak dah tepu lah!







  • Mandi rempah ratus – bertujuan membuang angin dalam badan selain menghaluskan kulit. Ia juga dikatakan mampu mengekalkan kesegaran dan naik seri wajah.

    Cara aku : Aku menggunakan set mandian dari amway jer.. mudah dan senang.. Cuma perlu rebus @ rendam dengan air panas sahaja. Lepas tue boleh digunakan. Untuk pembersihan vagina pun ada juga. Perlu rendam sahaja. Aku selesa dengan set nie sebab baunya tak lah busuk... Badan pun segar juga.... Selain tu, gunalah sabun scrub supaya badan licin dan mulus.







  • Memakai param dan pilis – bertujuan mengelakkan pening dan menyebabkan mata rabun.

    Cara aku : Yang ini aku ada buat juga cuma tak kerap. jika aku rasa sejuk2 baru aku pakai. Sebab tak larat nak membersihkannya laaa.. dengan berbengkung lagi, dengan nak jaga anak lagi, anak nak nyusu lagi.. ssh sikit laa.. Iskk.. banyak betul alasan aku nie.. ekekeke..! Dalam set amway, param dan pilis pun ada.. cuma campurkan denga air panas dan boleh sapukan pada badan.







  • Minum jamu – bertujuan memanaskan badan, mempercepatkan rahim mengecut selain merapatkan kembali bahagian sulit.

    Cara aku : Aku tak makan jamu sebab takut tak sesuai dengan anak.. Anak nyusu badan kan.. Maybe after pantang leh amik. Dalam pantang aku cuma minum teh herba dan makan ubat dari amway serta air akar periuk sahaja.







  • Menu Berpantang –  Elakkan pemakanan yang gatal, berangin dan sejuk seperti nangka, ubi ,telur, pucuk ubi, ikan sardin dan sebagainya. Banyakkan makan sayuran seperti sawi, sawi putih, lobak untuk menambahkan susu badan. Untuk kelihatan lebih langsing, amalkan makana nasi dicampur dengan ikan bilis, halia dan lada hitam yang ditumbuk di campur dengan limau nipis sepanjang tempoh berpantang.

    Cara aku : Awl 2minggu pertama, aku hanya makan ikan haruan sahaja samada rebus, bakar or sup. Selepas itu, barulah start makan makanan yang lain seperti mihun, bubur, goreng2, kicap. Tak sanggup aku nak makan yang di sebut kat atas tue.. huhuhu..! Beautiful is pain? uppss! tak rela i....






  • pic : google

    Aliff Ba Taa...


    Aliff baa taa Versi Iman Zafran..
    Pintu tingkap semua keluarr.. hehehe..
    Kadang2 bunyi betul dia nyanyi..
    Kadang2 ini yang di sebutnya....


    sorilah... senget kepala u all tengok..
    i tak reti nak rotate video niee...
    layan kan jer la ekk...



    Wednesday, April 13, 2011

    Cara nak melentikkan bulu mata anak


    Ingin bulu mata anak lentik mcm ostrich..?? ada rahsianya di sini.. hehe..
    Petua nie aku dapat dari kawan aku sendiri yang mempunyai bulu mata lentik. Memang cantek sampai aku tertarik.. 

    caranya :
    Hanya sapukan susu ibu di mata anak setiap kali selepas menyusu.

    Senang dan mudah kan? Original punya tau.. Kalah eja punya bulu mata.. hehehe...
    Aku dah try buat dah.. cuma tak kerap lah buat memandangkan anak aku BOY kan..? kang nampak macam auw! pulak.. kalo baby girl, memang kerap aku buat..

     Ni aku dah try buat kat iman. Nampaklah juga bulu matanya yg pjg dan agak lentik sikit.
    kalo ikut keturunan, mmg kami bulu mata pendek2 jerr...


    Ni bulu mata izzul dlm masa 2week.. dah tumbuh dengan jayanya..

    So, lepas nie u all try lah nak tau menjadi ker takkk... sapu jer susu ibu kat mata dia...
    Mujarab gitu... :-)

    Tuesday, April 12, 2011

    Menu Berpantang Hari Ini : Mihun Sup



    Salam Tengahari buat semua..

    Arini dah masuk 20hari berpantang.. jadi, makan pun dah boleh start campur sikit2. 2week hanya makan ikan haruan sahaja. So, arini aku nak makan mihun sup buatan sendiri! Hanya berlandaskan fisball, sawi dan carrot sahaja.. Okla kan.. lagi2 dapat makan panas2.. berpeluh badan baru sedap!

    u all makan tengahri mesti sedap2 kan.. almaklumlah bukan org dalam berpantang.. makan apa pun boleh sajork! Ahad aritu tgk JJCM telan air liur di buatnya.. masa pantang nie lah tengok semua makanan sedap2.. masa tak pantang takder la pulak kan..?? pelik2... Sabo jer laa.. ada 2week  jer lagi nak abis pantang.. Tak sabar nak BEBAS!...

    Monday, April 11, 2011

    Mom’s Care Baby Carnival Sale Kembali...!!



    Aku pernah ke sale ini 2 tahun lepas. leh refer kat SINI dan SINI.
    tahun lepas tak gie sebab takde baby.. hehe..
    Bestnya! dekat jer ngn umah mak aku nie.
    belakang umah jerr... 
    Alamakkkk! tapi aku dalam pantang la skang nie. Leh tak nak lari kejap ke sana...??
    syyhhh..! Jangan bagitau org aku ni dalam pantang yeaa..
    hehehehe...

    tapikan, 23 dan 24hb ni Pureen Clearance Stock pulak..
    Banyaknya sale.. Tapi sebelum gaji.. So, paham2 jer la ekk..?
    Kena Control sikit yeaa...

    about this sale :

    7-17 April 2011

    Mom’s Care Baby Carnival Sale

    with more variety of Branded Newborn,
    Infant, Toddler wears
    Shoes, accessories, toys
    and more


    Location
    Main Concourse Area
    Ampang Point
    Jalan Ampang
    Kuala Lumpur

    check kat sini : 

    Thursday, April 07, 2011

    Akhirnya! Malam td, buat pertama kalin

    Akhirnya!

    Malam td, buat pertama kalinya aku dpt memboloskn diri juga utk bgn buat sesi pumping. Disebabkn izzul bgn hanya pukul 3am, so aku kena pump juga memandangkn dah bengkak...

    Izzul mlm td bgn pukul 3am tdo pukul 5am. Tak selesa perut agaknya. Maybe aku mkn taufufa mlm td. Hehe pasni xnak mkn dah la. Tkt dia kembung pulak...

    Wednesday, April 06, 2011

    Alisha Humaira & Izzul Zafry

    sepupu sepapat lahir Tahun 2011. beza sebulan shj.
    Akak aku abis pantang, aku sambung pantang pulak.
    2-2 baby nie berada di Ampang sekarang!



    Fresh dari camera 705
    Izzul ketika ini sedang di lena buai mimpi..
    walaupun rumah nie riuh rendah dengan ultraman2 yang ada...

    Happy day!

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...