Kawan-Kawan Saya

Saturday, February 13, 2010

Gong Xi Fa Cai


Khas Untuk Semua Kaum Cina di Malaysia.
  • Selamat Berhari Raya Cina.
Dan Kepada Semua yang Bercuti, 
  • Selamat Bercuti
  • Selamat Pulang Ke kampung
  • Berhati-hati di Jalan Raya.

Friday, February 12, 2010

Rebung + Perut Masak Lemak Cili Api..


Semalam balik kerja pergi Pasar Malam Taman Seroja. Pada mulanya agak kemalasan nak masak sebab keadaan aku yang tak berapa sihat nie.. Demam iman dah transfer kat aku... huhuhu..!! Cadangnya nak beli bungkus jer apa yang patut. 

Tetapi...

Bila mata terpandang pada rebung, tiba-tiba rasa nak makan rebung + perut.. waaahhh..!! lama tak makan.. tengok rebung sambil tue intai orang jual daging.. ada tak perut.. nampak adalah perut.. So, aku belilah rebung.. pastue ke stall org jual daging dan beli perut pula. Balik rumah terus ke dapur memulakan operasi.. Sampai tak tengok Na O Mei.. Lantakla.. janji leh makan cepat... Tak sabar dah niee..

Dan ini hasilnyaaa..

Rebung + Perut Masak Lemak Cili Api

Cara aku masak senang dan simple.... Sapa nak ikut boleh la ikut.. Kali nie aku letaklah resepi ekk.. hehehe... blog aku akan bertukar kepada blog masakan yea..?

bahan-bahan :

Cili api
Kunyit
(di tumbuk atau di blender)

Serai
asam keping
santan
rebung


perut - di rebus dahulu

cara-caranya :
  1. cili api + kunyit di blender atau di tumbuk.
  2. Masukkan bahan tadi ke periuk + air sedikit + santan + serai + rebung + perut + asam keping. (masukkan sekali semua)
  3. kacau sehingga masak..
Mudah dan senang cara masakan aku.. Tak perlu bawang merah dan bawang putih.. Sebab org kata lagi sedap kalau tak pakai bawang.. cuba la yeaaa..
nie antara menu sampingan.

ikan Gelama goreng

terung + telur goreng.. dan tuangkan kicap di atasnya.. sedap.. yang nie pun leh try..

Cencaluk Melaka yg Mantopp..!! hehehe



100 .........

100 
Apa yang 100 ekk..? bukan pasal berpantang 100 hari ekk..? yang nie takder kena mengena ngn aku pun... huhuhu..!!~ Nak tau apa yang 100..??

Yang ini lahhh..

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Yeaaaah...!! my FOLLOWER dan mencecah 100 orang..
Terima Kasih buat semua yang sudi untuk membaca blog aku yang tak seberapa ini. 

Sebab aku berblogging :
  • untuk meluahkan isi hati yang terbuku
  • untuk berkongsi apa yang perlu di kongsi
  • saja untuk BERCERITA kisah suka duka dan keseronokan ku
  • Untuk bercerita mengenai kisah anakku..
  • Blog ini menjdai seperti diari harianku
  • untuk mencari kawan2 yang seumpama denganku
  • sekadar mengisi masa luangku
  • di samping aku suka mencari sesuatu yang tidak pernah kutemui dengan menyinggah blog kawan2 yang lain...
Mohon maaf jika sepanjang aku MENULIS di dalam blog aku ini ada yang terasa hati, ada yang tersinggung, ada yang tak puas hati, ada yang BENCI dan sebagainya. Aku memohon maaf... alamak..!! macam HARI RAYA la pulak nak minta maaf nie..hehehe..

  Apa-apa pun aku seronok dengan PERKONGSIAN aku di dalam duni blogging ini. Takde sifat nak riak dan sebagainya.. Hanya sebagai penceritaan untuk di kongsi bersama.. Dan aku ucapkan jutaan terima kasih kepada pembaca setia blog aku, silent reader aku dan juga sesiapa yang singgah ke blog aku ini..
Terima Kasih Daun Keladi
Semoga Kita Berjumpa lagi..
~ ADIOS ~

Thursday, February 11, 2010

18 Monthsssss.....


Iman dah masuk 18 Months. Pagi tadi ada check up kat klinik Ampang dan sepatutnya arini iman patut di beri injection BUT.. Iman masih lagi demam.. So, tangguh untuk next week pula.
 Suhu Iman untuk pagi tadi 38.1c... Demam nak pandai orang kata... Pandai apa la tue ekk..?

Semalam time iman tgh melalak.. aku pun ushar la tengok apa dalam mulut dia.. Mak aik..!! mana tak budak nie tak demam teruk.. Tengok gusi dia.. Bengkak semuanya.. Kat dalam2 tue, gigi dah nampak nak tumbuh da.. Rupanya.. Kali nie, gihinya tumbuh sekali banyak. Yang aku dah nampak gigi yang dah keluar, 4btg bawah, 4btg atas.. gigi geraham dia nampak bengkak.. fuhh...!! itulah sebabnya 4ari demam daa.. Cian dak kecik nieee..

Malam tadi bawa iman gie Hospital Ampang.. Amatlah aku tak puas hati dengan doktor yang rawat iman tue.. Bayangkan.. kitorang tunggu 2jam nak jumpa doktor, tapi dapat jumpa tak sampai 5min..? then, check ala kadar jer.. boleh lak dia tanya kenpa tak pergi klinik kesihatan aje? eh.. doktor.. awak nie doktor ke misi haa..?? boleh tanya macam tue pulak? takkan tgh2 malam nak gie klinik kesihatan? lagipun aku dah habaq iman dah demam 3 HARI.. dan suhu dia malam tadi 38.8c Ok..

Sekarang nie kan sibuk pasal H1N1, DENGGI dan ROTA VIRUS nie.. Kata kalau demam melebihi 3hari, cepat2 bawa pergi hospital.. that's way la saya ke hospital.. Nak jer aku pelangkung doktor tue semalam.. Dan aku assume yang dia memang tak semak REKOD iman kat situ,, Sebelum nie, aku dtg, doktor yg rawat iman sangat faham dengan keadaan iman.. Siap Check perlu amik NUBELIZER ataupun tak.. Check pernafasan dan sebagainya. Ini check tekak dan check nafas hanya dengan 1 Kali sahaja. selalunya doktor akan check dada depan dan belakang. Betul tak..? aku GERAM betul dengan doktor semalam..

Dan..

malam tadi kat hospital ampang, ramai betul baby demam... terkezut gaks aku.. sebab Baby tak sihat sama ramai dengan orang dewasa.. memang sekarang musim budak demam agaknya.. Ialah dengan cuaca yang sangat panas sekarang nie... Arini asben aku amik EL lagi.. sebab demam iman still tinggi lagi.. kena pantau ubat dia...


Oklaaa.. aku nak TAKE NOTE sikit pasal KEMAJUAN iman setakat 18 Months nie :-
  •  Berat - 10.4kg 
  • Tinggi - 83cm
  • Iman sekarang suka cakap.. macam2 dia cakap.. dia paling suka ikut kita cakap... antara yang dia pandai cakap ;
  1. eooww.. - kucing
  2. Atuk
  3. nenek
  4. Ayah
  5. Abu - Ibu
  6. Aman - Iman
  7. kan - Ikan
  8. Tatit - Sakit
  9. amik - ambil
  10. kakak (1st word yang iman pandai cakap dan panggil)
  11. Pas -Kipas (Word yang atuk dia ajar.. asal jumpa atuk akan kata Passs)
  12. nanak - Tak nak (sambil geleng kepala)
  13. nak.. uka - Nak sesuatu sambil suruh buka (nak makan appeton chewable)
  14. pi.. pi.. - dia suruh ke tepi
  15. tatih - kalau nak jalan dia kata tatih...
  16. babak - bye..bye...
  • Atuk iman kata iman budak alim. leh jadi Tahfiz sebab iman suka mengaji.. hehehe.. kelakar jer.. kalau kita bg buku muqaddam dengan buku ABC, dia akan amik buku muqaddam dan campak buku ABC.. dan dia akan baca muqaddam tue sambil kata Amin.. Siap ada baca2 lagi.. dan junjung2 lagi.. 
  • kalau kita nak sikat rambut dia, dia tak bagi.. dia nak sikat sendiri..
  • iman nie kuat ngamuk gaks kalau kita ambil barang dari pegangan dia.. hehe.. xnak bagi tueee..
  • iman kalau salam, akan siap kata AMIN....
  • suka dengar lagu nasyid kanak2. kadang2 dengar macam dia ikut nyanyi gaks.. 
  • pandai merajuk.. dia pandai guling2 kat lantai sambil jeling kat kita.. hahaha..!! nak minta di pujuk le tue.
  • Suka jalan2.. hahaha... ikut kitorg la.. yang memang suka berjalan.. sumtimes dia runsing kalau duduk rumah jer..
Oklaa... takleh nak taip panjang2 lagi.. sebab nak sambung keje.. arini masuk lewat. 11pg tadi masuk...

pssstt.. : semalam lepas bising2 pasal doktor tue, asben aku kata ... dahlaa.. esok luahkan kat blog.. hehehe... aku sengih jerr..

Wednesday, February 10, 2010

Dah pasang daaaa.....


Semalam dah mula proses nak pasang memasang dah.. Tempat pertama yang di deko adalah dalam bilik air. memasang penyangkut tuala dan cermin. Sebelum nie, sangkut tuala kat celah jamban jer.. hehehe.. memang tak elok.. kihkihkih.. skang dah boleh sangkut kat tempat yang sepatutnya...

Barang-barang ini beli di sebuah keai di Subang Jaya. kitchenware & Bathroom Appliances. Barang2 kat situ murah2 ajer... ingtkan nak beli kat IKEA tapi, kedai nie lagi murah rupanyaaa..

penyamgkut tuala.

Cermin yang boleh di isi dalamnya.


jeengggg.. apa yang ada di dalamnyaaa.. itulah dia..
kalau tak, bertaburan atas sinki.. kan kemas sikit bila semua boleh di sumbat dalam tuee..


p/s : masih ada lagi yang belum di gantung... nnt sambung ENTRY yang lain.. 

p/s 2 : To kak ayu : Sorri ekk.. belum upload pic kabinet lagi.. Insyallah Jue try paling lewat next week... Sori...

Aishah's Wedding..

Ahad lepas aku menghadiri member sekolah menengah ku kawin. Member satu kelas.. Pembukaan untuk tahun nie, inilah wedding member yang aku hadir. Tahun ni ramai member sekolah nak kawin.. huhuhu..!! macam merancang jer la dorang nie...

Tapi, sebelum tue, aku nak tepek dulu gambar member kembar tak seiras tak seibu dan tak sebapa.. Mereka lahir pada hari dan tahun yang sama iaitu 7/2/84.. So, masa hari tue juga member aku siti ada sediakan kek untuk celebrate 2 org budak weng niee.. hehehe.. jgn mara yea min & zeka..

Birthday galsss...

Hepi besday to u...

yang si iman nie laks.. dengan pompuan taknak.. dengan si hydir nie elok jer dia.. siap makan suap menyuap lagi..

inilah pengantinnyaaa..

itu diaaaaaa...

last sekali sebelum balik..
geng ini jerla yang sempat den jumpaaa...

** to aisyah & hubby :
Selamat Pengantin Baru dan Semoga Berbahagia...


** masa kejadian, badan iman dah rasa dedar2.. dan batuk... Esoknya terus demam...


Tuesday, February 09, 2010

Sarapan Pagi tadi....



Pagi tadi teramatlah malas nak memasak bagi... dan asben ku kata buat mushroom soup jerlaaa.. erm... Oraitsss...!!~
so, sarapan yang amat simple.. Mushroom soup (feveret iman) bersama dengan Garlic bread...
tadaaaaaa..!!!

:
:
:
:
:
:
ini sahaja sarapan pagi tadi..
Iman memang suka dengan mushroom soup ini...


Membeli benda yang WAJIb adaa.....

Semalam selepas bawa iman ke klinik, kitorang singgah JUSCO Maluri sekejap. Hehehe.. pagi2 dah terjah shopping Mall.. Singgah sekejap aja untuk beli benda yang memang kitorang WAJIB beli.. Almaklumla.. masuk rumah baru nie, mesti kena ada benda alah nie. Kalau tak, susah gaks.. Nak Pinjam ngn orang jer.. sebab acapkali juga nak pakai...

Hanya ke Jusco untuk membeli itu sahaja. Takde singgah mana2 pun.. sebab iman pun tak sihat kan.. nak tau apa benda yang kitorang beli..??
Inilah diaaaa..
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Hammer / drill Black & Decker.

Ini kes sebab nak pasang alat2 yang beli tempohari tue la..
nak kemas2, sekali.. pikir.. EH, nak pasang camne nie? Drill takde laa..
Puas tanya kawan2 semua takde.. huhuhuhu..!! Nampak gayanya memang kena beli la jawabnya.. lagipun asben kata memang perlu sebab nanti kena memang slalu nak gunakan..  

Pastu malam semalam.. kitorang ke Tesco pulak untuk membeli barang dapur serta stok susu iman dan diapersnya. Iman tak ikut sebab dah tidur serta dia tak sihat. Tinggal kat rumah jer.. Semalam dalam memilih beli susu iman, tiba-tiba asben aku kata dah lama tak belikan iman susu Mamil Gold. Erm.. maybe sebab tue iman demam kot.. Asyik beli Dumex Dupro jerrr... iyerke sebab tue..? ntah laaa..

Yang kitorang tau Mamil Gold ada imunnifortis. Dulu memang kitorang bagi iman minum Mamex Gold, Mamil Gold.. Di samping tue campur dengan Dumex Dupro. alhamdulillah jarang demam. Last sekali dia demam teruk masa raya tahun lepas. So, asben decide untuk ambil semula Mamil Gold nie. Kebetulan semalam harga susu nie murah.. so, ambil lah satu...

Mamil Gold kembali...

Baru2 nie try bagi iman Friso Gold.. Susu free masa pergi Nuffnang Friso day Out dulu.. Nampak gayanya macam tak serasi sebab jarang Berak... So, stop sampai situ jerrr...


p/s : arini EL lagi sebab demam iman tak pulih sepenuhnya.. Malam tadi sempat cucuk ubat bontot pukul 4pagi...

Monday, February 08, 2010

To Suhida >>> Cara nak buat "strikethrough" pada tulisan

Pada post yang lepas, Suhida ada tanya aku macamane nak buat garisan tengah pada tulisan tue. hehehe.. Meh aku bagitau macammana aku buat.. Namanya "strikethrough". Contohnya macam nie : ada aku kesah?

Firstly, kita kena tukar setting dulu. Sebelum nie, blogspot memang pakai setting biasa jer.. But sekarang nie, kita boleh tukar pada setting yang baru.. Jom kita try setting yang baru sebab lagi mudah dan senang. Selain boleh buat strikethrough, kita boleh juga besarkan gambar sebesar X-Large. Puas hati dapat tengok gambar besar2 nie...

1stly :

1. Buka dashboard
2. klik pada "SETTING"


2ndly :

 

3. Akan keluar page "BASIC" dan Scroll ke bawah.


3rdly :

4. tgk pada Global setting dan select post editor
5. Pilih "updated editor" yang 1st sekali
6. dan kemudian klik "SAVE"


Lastly :

7. kemudian, buka "NEW POST" dan korang akan nampak setting dia dah lain.
8. tgk icon yang ke 7. Ada lambang "Strikethrough". 
9. Klik pada icon tersebut untuk buat tulisan macam tue.
10. senang dan mudah kan? selepas ini, korang akan guna setting ini untuk buat entry..


Saturday, February 06, 2010

BackGround Baru..


Malam tadi aku keseorangan.. huhuhu sangat boring bila Iman takde.. So, aku sangat BUSAN malam tadi.. Iman dan ayahnya tak balik Sepang. Stay kat Ampang je sebab arini ayahnya ada sekolah.. So, pagi2 tadi aku gerak dari sepang ke Ampang.. Sekarang aku bersiaran di Rumah Bonda terchenta...

So, semalam saja aku busan dan godek2.. tukar la kaler background aku.. 
Takde keje namanya.. Xtau nak wat apa.. padahal kat dalam bakul ada berlambak baju lum lipat lagi.

So, amacam dengan background aku nie..? adakah menarik? adakah menyerabutkan..??

 
untuk Personal Blog aku
Pink kaler.. My feveret kaler


My Blogshop 
Black and white..


Templates tak tukar pun.. Hanya tukar background ajerr..


Friday, February 05, 2010

CuPPies...


Hari ini kat Opis aku ada buat jamuan makan-makan. Saja2 buat makan2 di samping menyambut Hari jadi staff yang lahir untuk bulan Jan, Feb dan Mac. Opis aku nie berapa kerat ajer... Tak sampai pun 20 org.. So, itu yang buat sekali gus jer tueee.. hehe.. Opis kecik jer..

So, saja nak tayang Cupcake yang aku tempah dengan CHEF Feveret aku..


ini Cuppiesnya..:




Cuppies yang cantek tertarik ko memang deBOMmmmm...!!~
hehehe..
Walaupun ada sedikit di landa GARUDA yang salah aku sendiri..
But..
tetap nampak cantek dan comel...
Bukan itu sahaja..
Rasanya pun memang SEDAp dan Lazat yeaaaa...


Thursday, February 04, 2010

Gadget 2010


Gadget pertama yang harus di penuhi untuk tahu ini.. Apa dia ekk..?? isk.. kalau takder memang susah gaks.. Sekarang nie, gadget ini takde lagi.. jadi, dah jadi macam rutin aku mengumpulnya seminggu sekali dan bawa balik rumah mak.. Memang rutin setiap minggu begini.. APakah patut buat begini..?? hehehe..
Nanti kalau org nampak, akan kata aku PEMALAS.. memang aku MALAS.. 
hahahaha...

Inilah gagdet yang perlu ada untuk tahun 2010 ini :


* gambar sebagai hiasan



Masih berkira-kira budget sebab nak amik yang 10kg paling minimun... Senang untuk basuh toto, comforter dan selimut..... Survey perkara utama bagi kami sekeluarga,.. hehehe

Setiap hujung minggu, aku akan balik rumah mak dengan baju sebegini :
 hehehe..  parah.. nak basuh sekali gusss.. lipat sekali gussss....


Brand mana yang paling berbaloi ek..??
  • TOSHIBA - org kata kalau rosak, spare part mudah di cari.
  • LG - designnya memang cantek2 belaka
  • PANASONIC - Design yang baru MOSTLY ada INVERTER|.

** Klik pada BRAND.. aku dah direct pada Link untuk mudah tengok..


p/s : mesti ramai pelik. napa mesin basuh.. bukan peti ais kan..? sebab peti ais sekarang pakai adik ipar punya dulu.. hehehe..

Wednesday, February 03, 2010

Pulau Redang @ Pulau Perhentian


Kepalaku sedang serabut sekarang ini. Macam-macam bermain di kepala ini. Macam2 masalah yang ada. memang pening kepala bila ada masalah.. DI samping TENSION dengaan kerja hari2.. cuba bayangkan u all yang duduk di tempat Customer Service..?? Hari2 kena menghadap orang yang bermasalah, orang yang suka marah. Itulah rutinku setiap hari. Hari2 kena BANCUH dengan orang. Even, memang bukan salah kita...

Sumtimes aku rasa busan tapi sumtimes rasa sonok. Seronok sebab ada kawan2 yang bersama kita menghadapi PERKARA yang sama.. Kadang2 org tak paham keje kita TAPI... tau nak marah ajer... Lagi2 keje gomen nie.. Selalu kena maki dengan public.. Sumtimes aku tensen weeiiiii....!!! Setiap hari aku kerja mesti ada perasaan takut.. Takut jika ada org buat komplen  di PAPER........ Bahaya weeeiiii...!!~ Kadang2 rasa malas nak keje.. Nak buka business sendiri.. bestnyaa...

aarrrgghhh..!! apa yang aku bebelkan nie ha..?? hehehe.. takder la.. sumtimes rasa tensen keje, aku rasa nak bercuti jerrr.. Sebab tue aku suka bercuti... hehehe.. at least dapat meRIANGkan diri bersama keluarga.. pengubat duka dan lara.. waceehhh..!!!~

Sekarang nie teringin nak ke pulau la.. nak merehatkan Minda.. Insyallah...
Antar Pulau Redang atau pulau Perhentian.. kedua-dua macam BEST jerkan..

 
 Pulau Redang


Pulau Perhetian

Inginkan KETENANGAN seperti tenangnya air laut ini..
Sambil berRIANG ria bersama anak dan keluarga.. Wah..!! sungguh seronok kan..?? 


p/s : sapa tgk Akhbar The Star (Isnin) hehehe.. Agak Glemer aku di situ weehh..!! sila jenguk2 kalo nak tau apa kess.. Terpampang Besar tueeee.. hehe




Tuesday, February 02, 2010

Menuju ke Melaka mencari sesuatu.....

Semalam (Isnin), WP cutikan..??
so, semalam aku ke Melaka. teman mak aku ada urusan semalam.
Sambil ke melaka, ada benda aku mau cari di sana,
Dan.
Aku dapat juga benda yang aku duk cari2 tue..
sempat singgah ke alor gajah untuk mencari barangan Kraftangan..
Nak tau apa yang ku cari..???

Intro  dulu..

menyinggah di kedai barangan kraftangan

Macam-macam ada jual..

tudung saji..Ini yang kucari..?
tak laaa... lain kali boleh beli

Mencari kerusi untuk iman..?? Pun bukan..


Okla.. Ini yang ku cari..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tempat letak bawang2..
hehehe... dah lama aku cari..
akhirnya dapat juga..
leh deko sikit dapur kecilku itu...

Alhamdulillah..... Akhirnya........

Alhamdulillah....
Akihrnya..
....................................
.............................
....................
.............
.......
....
.


IMAN DAH BOLEH BERJALAN...
Seronoknya rasaa...
Setelah 1tahun 5bulan lebih iman baru boleh berjalan dengan jayanya..
Baru dapat kaki.
seronok tgk dia berjalan..
lambat sungguh anakku dapat kaki..
Its OK.. janji iman sihat walafiat..
Kan..? kan..?

Ingat Ahad lepas nak bawa jalan2 ke putrajaya..
tapi hujan pulaks. Bawa jalan2 dalam Mall ajer..
Sakan betul dia berjalan.. Ke sana kemari ikut kakinya..
jalan tak nak berpegang pulak tue..

Uppsss...!! takder gambar nak dikongsi sebab sonok tgk dia jalan.. hehehe
Tapi, ada gambar pagi Ahad itu..
Assistant aku menolong kemas rumah..
Apa sudah jadi..???


Main sorang2


Kusyuk jer


main keretanya


Apa sudah jadi dengan rumahku..??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...