Kawan-Kawan Saya

Thursday, January 01, 2009

:: AL_FATIHAH :::

Tiga sekeluarga terbunuh

Oleh Zatul Iffah Zolkiply
bhnews@bharian.com.my


KEADAAN kereta yang remuk selepas kereta merempuh sebuah treler di KM17 Jalan Damai Laut-Taiping dekat Seri Manjung, awal pagi semalam.

Kereta dipandu pelajar Kukum rempuh lori bawa gula

SERI Manjung: Tiga sekeluarga maut manakala seorang cedera parah selepas kereta yang mereka naiki merempuh sebuah treler di Kilometer 17, Jalan Damai Laut-Taiping dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, kedua-dua penumpang belakang kereta Proton Wira berwarna merah iaitu Mohd Yusuf Samad, 52, dan isterinya, Rusni Ariff, 51, meninggal dunia di tempat kejadian.

Anak lelaki mereka yang juga pemandu kereta berkenaan, Mohd Izzuddin Khair Mohd Yusuf, 20, meninggal dunia dalam dalam perjalanan ke Hospital Seri Manjung (HSM), di sini.


Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superintenden Shaharudin Abdullah, berkata ketika kejadian semua mangsa dalam perjalanan dari Shah Alam u ke Perlis.


Beliau berkata, ketika sampai di tempat kejadian di Damai Laut, dekat sini kereta yang dipandu Mohd Izzuddin bertembung dengan sebuah treler bermuatan gula yang datang dari arah bertentangan.

Katanya, selain itu, seorang lagi mangsa iaitu adik kepada Mohd Izzuddin yang duduk di bahagian hadapan sebelah pemandu, Muhammad Hafizul Khair Mohd Yusuf, 18, cedera parah dan masih lagi dirawat di HSM.


*** Alyarham En Mohd Yusof Bin Samad dan Alyarhamah Pn Rusni Bt Ariff adalah kakitangan ditempat aku keje.. En Yusof adalah CC aku dulu masa aku dibawah bahagian dia... Semoga mereka dicucuri rahmat... Amin....

1 comment:

Ibu Mifzal said...

al fatihah..semoga roh mereka dicucuri rahmat..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...