Kawan-Kawan Saya

Saturday, January 17, 2009

::: Sebab aKu tak Nak jadi kaya :::

Semua orang kalo boleh nak jadi orang kaya... Kaya harta, kaya ilmu, kaya duit dan yang paling best kaya anak... hehehehe.. (yang nie ok la...) Kaya yang dimaksudkan aku adalah kaya dari segi wang ringgit dan harta... aku nak duit yang banyak tapi aku tak nak jadi orang kaya... aku nak jadi masyarakat biasa yang tiada darjat yang tinggi... aku tak nak dikatakan orang kaya, orang VIP, orang VVIP, orang kenamaan dan yang paling penting aku taknak jadi orang yang gile glamour.... hehehe.. tp, atas disebabkan glemer yang tidak disengajakan itu tidak mengapalah... aku terima seadanya.... Tp, dulu itulah antara angan-angan aku... Aku nak ada umah besar/mewah, aku nak ada kereta mewah, aku ada banyak harta, aku nak jadi golongan VIP, VVIP dan sebagainya... Tetapi sekarang, tidak lagi... angan-angan tinggal angan-angan sahaja...

Walaupun aku baru hidup 24thn lebih.., tp, aku ambil iktibar atas kejadian2 yang telah terjadi di depan mataku sendiri... walaupun masa zaman kegilaan keremajaan ku dulu..., inilah antara matlamat2 aku bile besar nnt...

Antara angan-angan aku:


1) Aku nak Rumah Besar (Banglow yang melampau2 besar nyer / terlalu mewah)


~~ Setelah terjadinya kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa tempoh hari..., dari situ lah nampaknya langit tu tinggi ke rendah.... jika korang ikuti kisah2nya pasti korang tau aper yang terjadi pada mangsa2 kejadian... berbagai ragam yang tersebar di dada akhbar ketika itu... ada yang tak boleh terima atas kejadian tersebut, ada yang nak menyaman pihak yang berkaitan, ada yang nak minta "claim" dengan kerajaan dan ada yang minta itu la minta ini la... dan ada pulak yang marah2 atas beberapa alasan yang tidak munasabah...

Aku cuba bayangkan yang aku berada di tempat mereka.... YA ALLAH... dengan sekelip mata sahaja RUMAH BESAR / MEWAH aku ditelan bumi.. Dimanakah aku hendak berteduh selepas itu...?? dan boleh kah aku memiliki semula rumah itu... OH!! mungkin tidak lagi kerana dalam simpanan tidak sebanyak itu.... mungkin selepas itu aku akan menetap di rumah flat sahaja... boleh ker aku serasi dengan rumah flat sebegitu..??? boleh ker aku tempoh hari2 mendatang yang aku tidak lagi memiliki umah sebesar itu lagi??? adakah kawan2 serumpun dengan aku dulu menerima aku semula diatas kemiskinan aku??? adakah aku boleh menerima untuk mandi didalam bilik air yang kecik sahaja?? WALLAHUALAM apa yang terjadi aku pun tidak pasti...

**** nak dijadikan cerita, dulu ayah aku hampir nak beli rumah kat bukit Utama (bukan umah banglo).. tak jauh dari tempat kejadian... nasibla kitorang anak beranak tak setuju langsung... takut nyer...****


sekarang ===> aku hanya impikan untuk memiliki rumah yang besar tapi tidak terlalu mewah dan sesuai untuk seisi keluargaku kelak... Amin....




2) Aku nak jaDi JUTAWAN


~~wahh!! aku adalah seorang JUTAWAN... bukan jutawan fakir... tapi jutawan yang mempunyai wang berjuta-juta yang tidak terkira.... sekarang impian aku hanya ingin memiliki duit yang banyak tapi tidak sampai berjuta2 tapi duitnya sentiasa ada.... Mempunyai rezeki yang berpanjangan...

Bila kita jadi jutawan, kita didekati berbagai jenis org.. Orang-orang yang mendekati kita nie ada misi masing2... Jadi, dari sini kita kena pandai main peranan sebelum orang memperkatakan atau memperalatkan kita.. ada yang ingin meminjam wang (meminjam sampai menjadikan kita sebagai penjamin) , ada yang ingin menipu, ada yang nak mencuri harta, ada yang nak membodek dan ada juga yang mengajak kita melakukan kejahatan dunia... jadi, aku takut semua golongan2 ini....

**** Dalam kes nie, pernah terjadi dalam family aku dulu sampai melibatkan silaturahim keluarga terputus... ini yang menakutkan aku..... ****


sekarang ===> aku ingin memiliki wang yang banyak tp bukan berjuta-juta lemon.. TETAPI aku mendoakan supaya aku sentiasa dimurahkan rezeki.... Amin...




3) Aku nak Jadi Orang kenamaan / VIP


~~ Seronoknya menjadi orang kenamaan... Semuanya besar2 belaka.. rumah besar, keta besar, wang besar, tittle besar DLL. Selain itu, akan dipandang tinggi oleh orang lain..., dapat layanan yang istimewa, dapat makan ditempat yang mahal, dapat tempat yang mewah dan yang paling best mesti dapat lebih dari orang lain... Semuanya mesti diutamakan untuk golongan orang kenamaan, VIP dan VVIP... Kawan2 ayah aku ramai dari golongan itu ada yang Dato' , Tan Sri, Pengarah2 Pejabat n so on... Sejenak aku berada ditempat mereka, tak dapat aku membiasakan diri untuk berada sebaris dengan mereka.. Baiklah aku menjadi orang biasa...

Dan atas kesedaran aku.... aku takut untuk menjadi golongan ini... sebab aku tak nak aku diperkatakan orang lain atas apa-apa kesalahan.... bila ada kesalahan ckt, orang akan kata orang itu adalah golongan orang kenamaan or VIP... disebabkan itu, aku akan dikenali sebagai "bad person" selain itu, aku taknak ada perbezaan darjat bila aku bertemu dengan orang biasa.. aku takut aku tidak dapat menyesuaikan diri...

**** Aku bukan golongan orang VIP tp aku pernah "menjadi orang (VIP)" dalam beberapa majlis, Ya Allah betapa formalnya keadaan itu... aku tidak suka akan keadaan sebegitu rupa.. aku mau jadi orang kebiasaan sahaja.... ****

sekarang ===> aku nak jadi orang biasa sahaja yang memiliki KELUARGA BAHAGIA dan KESIHATAN YANG BAIK... Amin...





Apa yang dapat aku simpulkan dari ketiga-tiga ex-angan2 aku nie..., aku tak nak ada RUMAH MEWAH, aku tak nak jadi JUTAWAN dan aku taknak jadi ORANG KENAMAAN / VIP kerana aku takut aku lupa diri.., aku takut boros...,aku takut aku bongkak, aku takut aku riak..., aku takut aku kedekut.., aku takut aku lupa orang yang memerlukan, aku takut aku akan beberlanja untuk barangan yang mewah sahaja dan aku paling takut aku lupa menunaikan PERKARA YANG WAJIB....


As a Conclusion... :

** Aku Bersyukur Atas Segala Pemberianmu
YA ALLAH... **


2 comments:

Ryn said...

Biasalaa kan angan2...tp angan2 pn satu motivation utk kita lebih cemerlang kan...hehehehe...

Jue @ atanayuiman said...

ryn.... tul tue... setuju setuju...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...