Iman dah masuk 18 Months. Pagi tadi ada check up kat klinik Ampang dan sepatutnya arini iman patut di beri injection BUT.. Iman masih lagi demam.. So, tangguh untuk next week pula.
Suhu Iman untuk pagi tadi 38.1c... Demam nak pandai orang kata... Pandai apa la tue ekk..?
Semalam time iman tgh melalak.. aku pun ushar la tengok apa dalam mulut dia.. Mak aik..!! mana tak budak nie tak demam teruk.. Tengok gusi dia.. Bengkak semuanya.. Kat dalam2 tue, gigi dah nampak nak tumbuh da.. Rupanya.. Kali nie, gihinya tumbuh sekali banyak. Yang aku dah nampak gigi yang dah keluar, 4btg bawah, 4btg atas.. gigi geraham dia nampak bengkak.. fuhh...!! itulah sebabnya 4ari demam daa.. Cian dak kecik nieee..
Malam tadi bawa iman gie Hospital Ampang.. Amatlah aku tak puas hati dengan doktor yang rawat iman tue.. Bayangkan.. kitorang tunggu 2jam nak jumpa doktor, tapi dapat jumpa tak sampai 5min..? then, check ala kadar jer.. boleh lak dia tanya kenpa tak pergi klinik kesihatan aje? eh.. doktor.. awak nie doktor ke misi haa..?? boleh tanya macam tue pulak? takkan tgh2 malam nak gie klinik kesihatan? lagipun aku dah habaq iman dah demam 3 HARI.. dan suhu dia malam tadi 38.8c Ok..
Sekarang nie kan sibuk pasal H1N1, DENGGI dan ROTA VIRUS nie.. Kata kalau demam melebihi 3hari, cepat2 bawa pergi hospital.. that's way la saya ke hospital.. Nak jer aku pelangkung doktor tue semalam.. Dan aku assume yang dia memang tak semak REKOD iman kat situ,, Sebelum nie, aku dtg, doktor yg rawat iman sangat faham dengan keadaan iman.. Siap Check perlu amik NUBELIZER ataupun tak.. Check pernafasan dan sebagainya. Ini check tekak dan check nafas hanya dengan 1 Kali sahaja. selalunya doktor akan check dada depan dan belakang. Betul tak..? aku GERAM betul dengan doktor semalam..
Dan..
malam tadi kat hospital ampang, ramai betul baby demam... terkezut gaks aku.. sebab Baby tak sihat sama ramai dengan orang dewasa.. memang sekarang musim budak demam agaknya.. Ialah dengan cuaca yang sangat panas sekarang nie... Arini asben aku amik EL lagi.. sebab demam iman still tinggi lagi.. kena pantau ubat dia...
Oklaaa.. aku nak TAKE NOTE sikit pasal KEMAJUAN iman setakat 18 Months nie :-
- Berat - 10.4kg
- Tinggi - 83cm
- Iman sekarang suka cakap.. macam2 dia cakap.. dia paling suka ikut kita cakap... antara yang dia pandai cakap ;
- eooww.. - kucing
- Atuk
- nenek
- Ayah
- Abu - Ibu
- Aman - Iman
- kan - Ikan
- Tatit - Sakit
- amik - ambil
- kakak (1st word yang iman pandai cakap dan panggil)
- Pas -Kipas (Word yang atuk dia ajar.. asal jumpa atuk akan kata Passs)
- nanak - Tak nak (sambil geleng kepala)
- nak.. uka - Nak sesuatu sambil suruh buka (nak makan appeton chewable)
- pi.. pi.. - dia suruh ke tepi
- tatih - kalau nak jalan dia kata tatih...
- babak - bye..bye...
- Atuk iman kata iman budak alim. leh jadi Tahfiz sebab iman suka mengaji.. hehehe.. kelakar jer.. kalau kita bg buku muqaddam dengan buku ABC, dia akan amik buku muqaddam dan campak buku ABC.. dan dia akan baca muqaddam tue sambil kata Amin.. Siap ada baca2 lagi.. dan junjung2 lagi..
- kalau kita nak sikat rambut dia, dia tak bagi.. dia nak sikat sendiri..
- iman nie kuat ngamuk gaks kalau kita ambil barang dari pegangan dia.. hehe.. xnak bagi tueee..
- iman kalau salam, akan siap kata AMIN....
- suka dengar lagu nasyid kanak2. kadang2 dengar macam dia ikut nyanyi gaks..
- pandai merajuk.. dia pandai guling2 kat lantai sambil jeling kat kita.. hahaha..!! nak minta di pujuk le tue.
- Suka jalan2.. hahaha... ikut kitorg la.. yang memang suka berjalan.. sumtimes dia runsing kalau duduk rumah jer..
Oklaa... takleh nak taip panjang2 lagi.. sebab nak sambung keje.. arini masuk lewat. 11pg tadi masuk...
pssstt.. : semalam lepas bising2 pasal doktor tue, asben aku kata ... dahlaa.. esok luahkan kat blog.. hehehe... aku sengih jerr..