Kawan-Kawan Saya

Wednesday, July 31, 2013

Diari Ramadhan 20 & 21 : Puasa Dan Mengandung

Assalamualaikum wbt.

Masuk Ramadhan ke 20 da. lagi 10 hari jer tamat dah ramadhan masuk syawal pulak. Kali ni berpuasa aku mengandung dalam 20week. Untuk pertama kalinya aku kena dehidrasi, sakit ulu hati, cirit birit dan muntah. Pengalama mengandung time puasa sebelum nie ok. xder masalah. cuma kali ni lain sikit. dari awal mengandung, ok jer semuanya xder paper problem cuma kurang selera makan. cuma start puasa ada rasa lain sikit la. Maybe sebab kali ni banyak angin masuk dalam badan. Jadi, badan rasa lemau ajer.

Sejak 2minggu lepas, aku ada kena cirit tapi bukan cirit birit. Maksudnya setiap kali aku buang air besar mesti akan berak cair. Muntah pula bila malam2 pas berbuka. kadang2 tengah malam. Orang kata sebab angin ataupun sakit kat ulu hati. angin kuar dari ulu hati. itu yang kena lagi2 jika salah makan. atau termakan benda2 berangin. mudah kena macam tu. Tetapi, Isnin kemuncaknya aku kena. dari jam 9pagi sampai tengahari lebih 10x aku ulang alik ke bilik air. kejap muntah kejap cirit. sampai perut rasa sakit sangat.

Aku whatsapp asben aku surh amik aku. aku nak drive memang tak larat la. asben aku sampai terus ke Hospital Putrajaya bahagian wad kecemasan. check2. BP low terus dapat kad kuning dan masuk air. memang lemau dah masa tu.  Alhamdulillah lepas masuk air, aku dah ok. result darah pun ok. aku ingatkan keracunan makanan tapi doktor kata bukan. Masalah angin dalam badan dan sakit ulu hati.sebab keputusan darah Ok. xder  masalah.Keluar wad terus amik budak2 dan balik rumah. Puasa aritu sudah semestinya batal sebab muntah dengan banyaknya. malam tu mmg tak lalu makan dah. cuma dpat minum air panas dan makan buah jer. lepas tu terus aku tidur.

kenangan masuk wad kecemasan separuh hari

bekalan ubat yang aku dapat. Paracatemol, ubat muntah, air garam dah ubat megacid untuk ulu hati.

Ramadhan ke 21. Aku MC semalam. sebab nak rehat kat rumah jer. lagipun petang tu aku nak ke KK salak nak amik surat reference doktor untuk booking kat HUKM. Inshallah kalau xder aral melintang, akan ke HUKM untuk bersalin. Pagi tu aku sempat ke Klinik Ros berdekatan rumah untuk check baby. Almaklumlah semalamnya tu kena dehidrasi takut ada pape kat baby pulak kan. Alang2 check keadaan baby, minta doc check kan jantina anak sekali.

Alhamdulillah baby semua ok. berat ok, jantung ok, pergerakan Ok. Cuma keadaan baby masih songsang lagi. Doc kata thats why aku kena sakit ulu hati teruk mcm tu sekali sebab kepala baby betul2 tak area ulu hati aku. dia menolak2 kat situ. kena jaga2 makan lepas nie. jangan mudah2 amik makanan yang berangin. bila baby dah berpusing sikit baru akan rasa lega sikit.

Jantina baby? jeeennnnnngg! masih surprise lagi. scan punya scan, tekan punya tekan.. tetap tak berapa jelas. Cuma doc agak macam LELAKI sebab nampak mcm skorotum. sebab bahagian tu nampak tebal sikit. But, pistol tak nampak lagi. Kalau nampak pistol, confirm lelaki. kena dtg balik la kalau nak check lagi. huhuhu.. xper, nanti cukup 28-30minggu aku buat 4d scan jer la. Kalau lelaki lagi? huhuhu bersiap sedia la aku dengan geng2 ultaraman. dengan 2org ultraman kat rumah skang ni pun dah mcm tongkang pecah.. apatah lagi tambah sorang lagi.. tak dapat ku bayangkan! huhuhu.. but, aku suka baby BOY.. cuma dapat GIRL sorang pun cukup lah.. sebagai penyeri.

semalam aku x posa sebab badan masih lesu sebab 2hari aku x makan nasi. semalamn cuba masak bubur kot2 leh telan kan... xtaula. selera makan nasi xder. asben aku pun sama. dia pun xnak makan nasi. naper la agaknya ekk..??

dalam banyak2 ubat, ubat ni jer yang aku telan subuh tadi. alhamdulillah harini ok dah dan cuba untuk berpuasa. setakat nie, 2hari aku tinggal puasa. ubat nie safe untuk ibu mengandung. 

2 comments:

MOMMYLIN said...

preggy ker? baru tahu... tahniah n t.care...

Anonymous said...

saba yew jue.. eh eh mana tau yg ni gegurl plak kan ..

ulu ati tu kalau nk ok awk tepek talur gune bwng merah , sapu je kt tmpt sakit nnt akan rs sejuk ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...