Kawan-Kawan Saya

Friday, July 12, 2013

Diari Ramadhan 2 : Puasa Dan Check Up 5bulan

Ramadhan ke -2.

Pagi ramadhan ke 2 dibasahi hujan yang sangat sejuk.. kalau ikutkan hati nak jer tarik selimut dan sambung tido. tapi disebabkan pikir kena sahur dan kena kerja, gagahkan diri juga bangun untuk sahur. 

panaskan lauk dan nasi. hidangkan dan makan itu sahaja. almaklumlah sejak mengandung ni selera makan agak kurang sangat. sampai tahap tak tau nak makan apa.. selalunya time mengandung lah aku orang paling berselra nak makan bermacam2 sampai asben kata kalau boleh semua restoran nak pergi.

makan nasi pun tak habis. nasib kurma lalu juga untuk di telan.

Harini aku half day sebab nak ke Klinik Kesihatan Pekan Salak, Sepang ada check up ibu mengandung. Alhamdulillah dah masuk 20 week. sekejapan masa berlalu. Lepas ke KK sempat singgah ke Tesco beli barang dapur sikit.

songkok raya dah beli! beli kat tesco jer Rm8 satu.. 2-2 dah tak sabar nak raya. hehe

balik tesco singgah pasar ramadhan jer untuk beli menu berbuka. tak sempat dah nak masak bagai. itupun dah sampai pasar pun xtau nak makan apa. kalau x, pantang ajak makan luar laju jer pilih tempat nak makan. skang, aku sendiri ajak beli makan kat umah jer. makan ala kadar. hanya beli nasi kukus, rojak singapore and popia jer.


hari ke-2 masih ramai lagi ke param.

Inilah rojak singapore. amik tak banyak mana pun tapi harga RM15 tuuuu..!

tingin nak popia. ada 2 rupa popia aku belik.. kih!

 result appointment semalam..

everything semua ok. air kencing ok, Hb ok, degupan jantung pun ok. cuma ada satu jer tak ok!
ukuran tinggi rahim kurang ok. katanya baby kecik sedikit. hanya 18cm. sepatutnya 20cm ke atas. takpe, selagi dengar jantung kira ok.

mengandung kali nie berbeza sikit dari segi bab makan jer. bukannya takleh makan. boleh makan cuma kurang selera makan iaitu sampai tahap tak tau nak makan apa. mungkin sebab tu baby kecik kot. aduhai anak! ibu tak diet tau.. tapi, memang ibu x lalu nak makan sangat. bila makan ok jer.. selera tu tak seperti selera selalunya. walaupun tak de selera, berat tetap naik. Naik 2KG tau!
 
 
 
 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...