Kawan-Kawan Saya

Thursday, July 11, 2013

Diari Ramadhan 1 : Selamat Berpuasa Dan Salam Ramadhan



 Salam Ramadhan ...

Harini masuk hari ke-2 kita berpuasa. But, aku nak update ramadhan aku hari2 kononnya lahkan? hopefully blog ni sentiasa update.. mampukah? kita tengokkan nanti yea..

So, arini aku update untuk Ramdhan 1.

Permulaan yang agak kurang baik sebab terlajak.. But, nasib sempat juga untuk bersahur. sedar2 dah pukul 5.20pagi. sebelum tu aku dah bangun tapi sedar pukul 3.40pg. awal sangat. tarik selimut sambung tido  balik. last2 terlajak. nasib sempat...

bila dah terlajak tu, no hidang2 la.. sauk terus nasi dan lauk dalam pinggan dan terus makan jer memasing. air panas pun tak done nak buat. kita minum air kosong. Disebabkan malam tu aku dah siap2 masak, so pagi tu sempatlah makan nasi berlaukkan ikan tenggiri masak sambal. Alhamdulillah.. kenyang dan larat sampai petang. Kurma juga tak dilupakan.
 

ini jelah menu sahur pagi ramadhan pertama


Tengahari menemankan member opis ke presint 8, sempatlah juga aku pikir nak masak untuk berbuka. dalam pikiran tingin nak makan nenas. terbayang2 lah nenas masak lemak ikan masin. dalam pikiran pun dok pikir.. sempat ke tidak aku nak masak balik nanti. dengan nak amik budak lagi dengan nak hadap jalan jem lagi.. hopefully sempatlah.. Nasib petang semalam ayah iman amik dia awal. so, petang tu terus pecut balik rumah terus.



bahan2 yang sempat di beli. sampingan kuah rojak mak bee dan kopok ikan. kuah rojak tu leh makan dengan jambu batu yang beli semalam. kopok tu boleh goreng dan makan kudap2 waktu malam.

sampai umah tukar baju and solat. pastu lelaju ke dapur masak. tang tung tang tung siaplah nenas masak lemak ikan masin + Ikan selar goreng + telur masin + ulam timun. DOne 6.40petang! 
 
pastu ajak asben ke pasar ramadhan bandar baru salak tinggi kat kosmopleks pulak. sempat lagi tau!  sampai sana.. Masyallah punya ramai umat.. almaklumlah first day posa, semua teruja nak ke param kan. termasuklah aku.. aku suka pergi first day sebab makan mestilah baru dan fresh..  sempat beli kuih tepung pelita (feveret) dan pau jer.. mostly, makanan kat param habis semalam! cepat benar abis.. nak beli air pun abis.. tinggal air tak berapa best. tak mo la...


Main course : Nenas masak lemak cili api ikan masin


.
 pau gebu..tepung pelita tak sempat nak snap sebab dah hancur sampai umah.. mau taknya kalau dah si izzul yang bawa.. hikkksss!
 
 
 
 

4 comments:

nome said...

lauk kegemaran akak tu jue kalau bersahur...akak suka giler makan sambal kering2 dgn nasi panas2...berselera sgt kalau time sahur...

@lfidah @dim said...

sangat berselera melihat lauk jue itu..

atanayuiman @ Jue said...

kak nome >> kan... jue pun paling suka sambal lah.. kalau tak lalu mana lauk pun, tetap sambal juga lah yang boleh... lagi pedas lagi sedap!.

atanayuiman @ Jue said...

kak fida >> simple jer kak. pasni tak tau la dapat masak ke tak. harap wekeend jer la pas nie nak masak sedap sikit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...