Sisipan dari ENTRY yang lepas.
Nak berceritakan mengenai URI LEKAT nie.. Sebelum tue, kepada yang tak tau apa itu uri lekat, ini maksudnya :
"Uri lekat atau 'retained placenta' berlaku apabila selepas proses untuk mengeluarkan placenta(uri) secara 'control cord traction' (CCT) gagal dilakukan, dan samada tali pusat terputus semasa proses CCT atau placenta terkoyak dan sebahagian tertinggal di dalam rahim. Salah satu sebab keadaan uri lekat berlaku antaranya kerana rahim gagal mengecut dan kekurangan kalsium dalam badan. Selalunya jika kita pernah mengalami uri lekat, doktor akan merekodkan ianya sebagai 'bad obstetrical hystory'dengan ink merah.Maknanya kemungkinan untuk kejadian ini untukberulang itu ada. Dalam kes uri lekat, doktor terpaksa mengeluarkan uri dengan menggunakan tangan samada dibawah kesedaran pesakit ataupun tidak. Sesetengah hospital mereka akan berikan pesakit bius sebelum melakukan prosedur tersebut."
Masa melahirkan Izzul, selepas baby keluar, proses untuk mengeluarkan uri pulak. Masa iman dulu senang jer uri keluar. xder masalah. Tapi kali ini, nak mengeluarkan uri mengambil masa lebih kurang 20minit juga la.. di tolak di tarik di pusing seperti gear masa cuba untuk mengeluarkan uri tue. Di tekan2 perut2 aku..Aduhaai! senaknya rasa..... Misi yang handle kata, "maaf kak.. uri lekat lah. lambat sikit kuar.. itu yang akak rasa sakit..." Patutlah aku rasa senak jer perut masa di tekan2 nya... "akak pernah d&c kan..? itu yang kena uri lekat nie. xper, kita cuba lagi yeaa..." Baru ku tahu sebabkan d&c juga boleh terkena uri lekat nie... dorang tekan2 perut aku lagi, sambil tolak masuk tali pusat tue supaya uri leh kuar..
Alhamdulillah, akhirnya uri tu keluar juga... Cuak aku kalo tak leh kuar.. Apalah akan jadi kalo tak leh kuar tadi. kena operate or di korek2.. Takut.... After uri keluar, dorangf ukur tali pusat. Mak aik! panjangnya tali pusat anak aku nie.. Katanya 7jengkal... hehehe.. patutlah masa mengandung pusat terkeluar.. Nasib tak terbelit2 dlam perut.. Bahaya juga kalo tali pusat panjang nie kannn...
Selepas selesai semua termasuk jahit epi, asben masuk menemani untuk rehat. Asben tanya kenapa lama sangat? citer la pasal uri lekat tue.. Muka terus cuak! katanya camner..? ok.. uri dah kuar.. lega diaaa.. Rupa2nya, masa dia kat luar tadi, ada patient lain pun kena uri lekat juga. Last2 kena operate juga sebab uri tak leh kuar... terkejut aku..nasiblah uri anak aku keluar... Syukur Alhamdulillah...
Ekslusif sebagai kenangan.. Sesiapa tgh makan, sila berhenti makan yeaa...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Uri yang telah dibersihkan sebelum di tanam.
Kesan dari uri lekat nie, after tue aku kena rengat pulak. Sakitnya perut mcm nak bersalin lagi.. Tapi, masih boleh bertahan. Misi kata "akak akan rasa rengat sikit yea.. sebab rahim nak mengecut"...Pengalaman bersalin kali nie mudah tapi ada sedikit rasa kesakitan selepas itu akibat pernah d&c dulu... Itulah kesannya kalo pernah buat d&c... betul orang kata, setiap kelahiran lain pengalamannya...