Kawan-Kawan Saya

Sunday, March 13, 2011

Tanda-tanda Hampir Bersalin


pic : Google

Tinggal 4hari jer nak masuk due aku. So, hari nie hanya sempat ke kenduri kawin dan hospital melawat ayah... Skang ada di rumah hanya surfing. Saja surfing mengenai tanda-tanda hampir bersalin... 

Nak kongsikan bersama di sini :

Tanda-tanda Hampir Bersalin 
 
Apakah tanda-tanda hampir bersalin? 
Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.
 
  • Bayi turun ke bawah
  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  • sakit perut, memulas
  • kerap buang air besar
  • kerap terkentut
  • Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir
  • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.
  • Sakit belakang
  • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
  • Pecah air ketuban
  • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
  • Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis
  • Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.
  • Kontraksi yang tetap dan berterusan
  • Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda.

Bila Perlu ke Hospital?
  • Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila: 
  • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
  • keluar air ketuban.
  • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
  • keluar darah dari vagina.

2 comments:

alyyani said...

jue dah ada rasa nak dekat bersalin ke? hope semua selamat eh. tgk fb status siap termimpi2 lg tu. mana tau betul tak sakit. :D take care :)

LoveZahra@Fazahra said...

salam jue..
mintak izin nak share this info in my blog utk reference..so useful..my turn soon..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...