Kawan-Kawan Saya

Friday, August 14, 2009

::: Andai Anda............... Selsema Biasa. ::::

Virus H1N1



Sekarang nie, ramai yang duk bercerita pasal jangkitan H1N1. Di sini aku nak kongsi serba sedikit pasal penyakit H!N! nie...

Apa itu Influenza A H1N1?

Viral Novel Influenza type A H1N1. Ianya berasal dari Virus Avian Flu (Selsema Burung H5N1) yang telah menjangkiti Babi @ Khinzir dan telah bergabung dengan Swine Flu (yang sepatutnya hanya menjangkiti ternakan Babi sahaja) dan telah evaluasi (Mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yang lebih tinggi didalam rantaian makanan @ manusia dan semasa didalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.

Jangka Hayat Virus

  • Ianya sejenis Virus yang 'air born',
  • bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja.
  • Jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host (badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yg baik, akan 'bersih' dr virus tersebut.

Virologi Virus H1N1

Incubation Period c ===> yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari
ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkiti pesakit pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat-lewatnya hari ke - 4H1N1 sebenarnya adalah Selsema Biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yg normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

Cara Serangan

~~ batuk, bersin dan percakapan.
~~ serang Pernafasan di bhgn 'trakea' .
~~ jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kepada golongan yangg berisiko tinggi.

Siapa yang berisiko:

1. Orang yang ada masalah 'obesiti' @ gemuk.
2. Perempuan yang mengandung.

3. Orang yang ada asthmatic (Bronkiol Asthma)
4. Orang-orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani 'operation yg besar', kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan-golongan yang rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)

*kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan-golongan di atas.


Simptom-Simptom

HARI 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya
HARI 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal (demam tidak turun walaupun telah makan ubat)

HARI 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas

HARI 4 - sakit dada yg teruk jumpa doktor dengan segera
hari 5 - and above lung collapse @ koma


Langkah-langkah kawalan

1. Golongan-golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan (kawasan yg padat dgn orang ramai)

2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran .
3. Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat' .
4. Jika kurang sihat, elakan diri dari beraktiviti (sosial dan berkumpulan)

5. Jika kurang sihat dan ada ILI ( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang-kurangnya 3 ply mask).

6. Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.

7. Jika ada tanda2 simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8. Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.

9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa-apa ubat influenza, ika sihat dan jika mengambilnya akan mengakibatkan resistan (kebal) kepada
vaksin @ ubat-ubat untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaranbadan yang telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.

10. Vaksin hanya akan 'wujud' seawall-awalnynya pada oktober 09 dan hanya untuk 'frontliner' sahaja dan untuk awam selewat-lewatnya pada 2010.


11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di dua makmal sahaja di Malaysia . Mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1
batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul dan tak perlu ambil suntikan seasonalinfluenza kerana ia tidak berkaitan.

12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi
outbrake ini. Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin…


Sumber Rujukan:

Taklimat Influenza A H1N1 oleh Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit dari Kementerian Kesihatan Malaysia di Pan Pasific KLIA pada 01 Ogos 2009


** Untuk rekod semalam sahaja 7 Kematian telah dicatatkan...**

PhotobucketPhotobucket

15 comments:

mama auni firdina said...

thx for the info jue..

hmmm,tgh risau coz auni batuk ni..hmm,hrp2 xde pe..=(

alyyani said...

jue, alya ni mmg kategori berisiko tinggi la ni. adoi, kadang rasa nape la pregnant time ni. ish2, tak baik fikir camtu kan? sebab org pregnant ni akan bernafas 2 kali lebih cepat bebanding dgn org biasa so lebih senang nak sedut virus kalau ade. mintak dijauhkan...amin...

fazilzura said...

aduyaii .. risau bangat seh..

adik akak now kene dengi plak ..
dh sama naik dgn h1n1 skang ni .. nyamuk melambak2 ..

NurShahFamily said...

thanks jue for the info... bagus sgt cz benda ni mmg kene ambil tahu.

~chekuna~ said...

semoga dijauhi terkena virus influenza ni..

suhida said...

jue..bagus ar info ni.walaupun tau penyakit ni berbahaya..tp na cari info pasal benda ni asyik lupa je.

Tinie a.k.a Ibu Fatin said...

sama2 la kita menjaga diri dan berdoa agar kita dan ahli keluarga di jauhi dgn penyakit ini..


seram siutt

miemiey said...

cukup takut dgn wabak ni..bila laa wabak ni akn terhapus..semlm da dgr kematian pun daa tak tahu nk pkir apa lgi..rasa2 nk p duk dlm hutan..tapi tu laa nnti dimkn singa plak..huhu...terbaru dgn memkn buah epal dapat mengelak kita drpda h1n1..seeloknya sebiji sehari..

Jue a.k.a Ibu Iman Zafran said...

mama auni >> itula.. skang nie batuk, selsema kena amik berat kan..? kalo dulu kira OK lagi.. tapi, sekarang nie, kena cepat2 dapat rawatan..

alyyani >> isk.. jgn la cakap macam tue.. hopefully jauhkan laa.. yg penting, ibu mengandung nie kena sentiasa pakai MASK tau. memang antara yg berisiko tinggi..

kak zura >> itulah.. mcm2 penyakit ada... lagi2 demam nie daah mcm musim daaa..

nurshah >> sama2.. sebab jangkitan H1n! nie dah kira tahap yg kritikal jugak kan... takut sangat..

chekuuna >> hopefully kita semua dilindungi...

suhida >> aah.. dulu tak alert sgt pasal BAHAYA H1N1 nie.. skang nie, bila dah tau... rasa takut sgt...

tinie >> tyl2.. lagi2 kita yg ada anak kecik nie.. budak2 pun imun dia tak kuat lagi.. mudah juga dijangkiti..

mimiey >> tul la mimiey... jue pun ada gaks terdengar dengan memakan epal ijau boleh mearwat.. kena beli la epal hijau lepas nie..

Ibu Mifzal Arsyad said...

jue..akak ni..demam dr hr selasa lg..nga batuk..nga selsema..nga sakit dada..sbb akak ada lelah..wisau gak ni..sbb demam tuh..pas makan ubat..surut jab..dah hilang kesan ubat..naik balik suhunya..

hope x de apa2 la...huhu

jaijina said...

risaulah pasal h1n1 ni..kenapalah virus ni wujud time rina ngandung, takotlah..rase macam dah tak bebas nak kemane2..moge2 virus ni cepat2lah terhapus dari muka bumi nih..

Jue a.k.a Ibu Iman Zafran said...

ibu mifzal >> bahaya gaks tue kak sebab akak ada asma.. tapi jgn la terlalu runsing.. be relax.. just jaga kesihatan diri jer.. wat masa skang jgn kemana2 la... takut gaks.. even org sihat pun leh berjangkit..

jaijina >> relax rinaa.. yg penting pakai mask nnt.. dan jgn selalu kuar ke mana untuk kita elakkan.. memang tul.. sgt menakutkan kita kan..

mummy teha said...

takotla kan...aishhh

Jue a.k.a Ibu Iman Zafran said...

mummy teha >> itu laaa... skang kat mana2 ada kan..? ko kat sana camner?

catherinnezehal said...

giler r..skrg ni dah ramai giler mati sbb virus ni..bila r virus ni dpt dihapuskan terus..huh..lg2 kite ni ade ank kecik..risau dibuatnye

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...