Assalamualaikum wbt...
Minta maaf pada semua sebab aku tak sempat nak update pos seperti yang aku janjikan.. Sebab semalam aku keletihan untuk menghadap PC yang sekarang nie intenet memang tengah slow....
Okla... Bad News or Gud news....??? Seperti post2 aku yang sebelum ini menandakan aku tgh runsing dan tak berapa happy kan..?? Aku tak nak cerita dulu sebab aku belum dapat kepastian yang pasti. Sekarang nie, blog aku lah menjadi tempat aku meluahkan isi hati aku dan juga kesukaan dan keseronokan aku. Actually, semua tahu yang aku sekarang preggy untuk 2nd time kan? so, pada peringkat permulaan perkembangan janin dalam perut aku kurang baik. Sepatutnya ketika itu aku 8week tp doktor scan baru 5week. Jadi, atas nasihat doktor kita tunggu dan lihat perkembangan nyer lagi pada next check up. So, next check up perkembangan nya still begitu.. dan doktor nasihatkan untuk membuat D&C. atau datang balik 2week jika masih lagi tidak ada keluar apa2 tanda..... Aku minta untuk tunggu dulu dan aku akan dtg balik.
SEKARANG.... apa yang telah terjadi...????? Sepanjang masa aku bercuti memang still takder keluar paper tanda pun. Cuma masa sebelum nak bertolak, aku ada muntah sekali. Bila aku muntah ajer, aku ingat pesanan doktor yang tanda2 nak gugur yang aku akan muntah. So, aku pada mulanya riso tapi disebabkan nak bercuti hilang semula kerisauan aku tue. Semalam, masa aku kat rumah kakak aku, tiba2 aku rasa kurang selesa seperti tanda2 nak period. Jadi, aku pun ke tandas.. YESSS!! Memang sudah keluar tanda seperti mula2 kita nak period tue... So, I'M BLEEDING NOW..!! Memandangkan sudah keluar tanda begini, kami CANCEL kan percutian seterusnya. Sepatutnya kami nak ke BUKIT LARUT pulak... Memandangkan tidak jadi, kami pulang terus ke Ampang.
Selepas pulang ke rumah , aku tidak terus ke klinik tetapi aku hanya berehat dirumah sahaja.. Aku takut sebenarnya nak ke KLINIK sebab aku takut yang aku akan menerima perkataan KEGUGURAN daripada doktor even aku sendiri sudah tahu hakikatnya. Memang aku teramat lah sedih sejak mendapat berita pada 1st check up dulu. Pada mulanya aku tidak berapa percaya mengenai perkara ini dan doktor suggestkan untuk cuci tapi aku minta untuk tunggu dulu. Aku nak confirmkan yang betul2 memang aku akan alami KEGUGURAN ataupun tidak.
Semalam aku telah pun ke Klinik untuk buat pengesahan. Aku ceritakan dengan doktor apa yang telah berlaku. Ini antara perbualan aku dan doktor:
Aku : Doktor, saya nak buat scan lah doktor sebab sebelum nie saya scan di Klinik Kg Pandan, doktor kata Janin saya tak mengembang dan tidak jumpa degupan jantung lagi.
Dr. : Tak mengembang? sepatutnya baper minggu dah..? Last period Bila..?
Aku : Kalo ikutkan last period saya, saya dah masuk 12week tetapi masa scan yang 1st sepatutnya 8week tetapi Dr. cakap baru 5week. LMP saya 22/12/08
Dr. : betul nie... sepatutnya dah 12week.
Aku : dan doktor sekarang saya bleeding. Semalam baru stat bleeding seperti mula2 period.
Dr. : OOooo Ok. keluar darah tue ada ketul2 tak dan diiringi dengan sakit perut teramat sangat..? ada alami alahan ape2?
Aku : Darah yang kuar tidak berketul2 dan tak sakit perut pun.. Alahan pun tak langsung mcm saya mengandungkan dia (aku tunjuk ke arah Iman zafran yg dipangku ayahnya)
Dr. : ok. Jika mcm tue maknanya belum lagi mengalami keguguran. ini di panggil Threatened Abortion. Maksudnya ianya boleh alami keguguran dan juga mungkin tidak. Tidak perlu riso kerana pernah ada kes begini. Ada yang dok bleeding sampai beranak. Dan ada juga yang pada peringkat permulaan janin tak kembang tp menjadi.
Aku : Jadi mcmane doktor? apa yang perlu saya buat?
Dr. : saya takkan refer dulu pada hospital sebab hospital pun nnt akan suruh tunggu keluar darah yang banyak dulu. Saya akan bagi awak cuti rehat 2 hari. awak rehat di rumah. Ok. kita scan dulu...
aku pun bersiap sedia untuk wat scanning... semasa tengah scan..,
Dr. : erm... nampak tak? (doktor tanya pada pembantunya dan aku) Tak nampak paper kan?
Aku : Tak nampak apa doktor?
Dr. : saya tak nampak fetus nie... Sebelum ni scan mcmaner? nampak ker tak Fetusnya?
Aku : Nampak dr. sebab dr. tue siap ukura besarnya lagi.
Dr. : Masa scan aritu besarnya berapa. Bila scan?
Aku : Saya scan last week masa tue 6weeks.
Dr. : ok, apa yang ada adalah karungnya. Fetusnya tak nampak mungkin menyorok agaknya. Perkembangannya ok.. sekarang 7week 4days dah.
Doktor still cari2 tak jumpa juga... then, doktor suruh bangun.. sambung perbincangan balik.. :
Aku : so, macamane doktor? pernah ker terjadi kes mcmnie..?
Dr. : Awk tak perlu riso sangat sebab pernah terjadi kes mcmnie. Ada yang menjadi Normal. So, awak dtg balik awal bulan April. Kita tengok mcmane. Dan saya akan buat surat Reference ke hospital nnt. Jadi, awak rehat sahaja dirumah yea...
Aku : ok doktor. Terima kasih Doktor..
Dr. : Sama-sama.
Aku dan asben n iman pun keluar bilik...
MC yang diberikan doktor...
Apakah PUNCAnya jadi begini...???? memang banyak sebabkan puncanya nie..??? mungkin sebab pemakanan, angkat benda berat, rahim tak kuat, berurut, tak makan ubat dan sebagainya. Aku pulak? sebab aper...?? tetapi aku rasa atas satu sebab ini sahaja la yang menyebabkan aku alami perkara ini..... Aku tahu puncanya.... Puncanya adalah sebab BERURUT. Sebab apa aku pasti akan perkara nie..?? Sebab aku pergi berurut untuk SENGKAK a.k.a menaikkan rahim serta urutan selepas bersalin (berurut di kg asben). Semasa tukang urut tgh urut aku, tiba2 dia tanya kenapa perut dah keras nie..? awak mengandung ker? so, aku dengan pastinya jawab la TAK. Sebab sebelum aku blk kg asben, aku dah buat UPT test dan terang2an NEGATIVE. Dan dia meneruskannya. Aku tengok mukanya pun mcm ragu2 juga. Aku ketika itu memang tak menduga langsung yang aku akan pregnant. Memang tue peod aku dah lewat 1week seperti bulan2 yang lepas. So, memang aku ingat normal sebab memang dah NEGATIVE. Macamane boleh jadi bila balik Urut menjadi POSITIVE. Ini bermaknan janin itu baru nak menjadi tetapi aku dah pie berururt. So, aku rasa menyesal sangat sebab pie berurut...
So, itulah alkisahnya.... Paper pun aku Redha akan KetentuanNya. Semoga aku boleh terima perkara ini dengan tenang ... Apa2 yang akan berlaku aku tetap terima SeadaNya... Ya ALLAH aku terima akan ketentuanmu YA ALLAH.... Semoga diri ini akan sentiasa bersama disisi mu... Amin...
No comments:
Post a Comment