Kawan-Kawan Saya

Monday, March 30, 2009

::: Alhamdulillah Dah Slamat Semuanyaaa.. :::


Alhamdulillah aku dah selamat pun menjalani proses Dilatation and Curettage (D&C) pada malam kamis lepas...

Ceritanya begini...

Selepas ari Rabu aku ke klinik untuk membuat pemeriksaan tentang kandungan aku.., doktor pun telah memberi surat reference untuk dibawa ke hospital supaya aku dapat menjalankan proses D&C kerana doktor telah mengesahkan aku KEGUGURAN....

Jadi, pada ari kamis lepas, aku dan asben pun ke HUKM untuk membuat proses ini.. Aku sampai di HUKM selepas makan tengahari dalam pukul 2ptg. Sebelum itu, aku sempat lagi makan di Velodroom untuk makan ayam kampung.. Semasa di bahagian Gynea itu, aku tunggu giliran untuk dibuat pemeriksaan sebelum dihantar ke wad. Lama juga aku tunggu.. lebih kurang 1jam lebih sebab mereka utama kan keadaan orang nak bersalin dahulu..

Setibanya giliran aku..., doktor terus membuat pemeriksaan ke atas aku.. saat dan ketika inilah paling merunsingkan aku dan menakutkan aku.. sebab orang kata ketika ini sakit... aku tarik nafas panjang2 dan bertanya pada doktor... "sakit tak doktor".. doktor jawab " tak sakit tapi tak sedap laa.. ".. sabo ajer la.. Semasa doktor memasukkan batang scan dari tut tue.. aku dah menarik nafas panjang2.. doktor kata jangan angkat punggung tau.. aku pun tak angkat la... Alhamdulillah... aku langsung tak rasa sakit pun...

Selepas di scan, doktor kata aku di tahab wad la sebab memang kena buat proses D&C.. dia tgk janin aku memang tak berkembang sebab baru 5week... Kalo nak tunggu boleh, tapi nnt awak sakit. Baik buat D&C tak sakit pun sebab bius.. Katanya laaa... Dia suruh aku puasa.. Tak boleh makan.. Last makan aku pada pukul 1ptg td la.. So, doktor suruh teruskan supaya jangan makan lagi...

Semasa aku di wad.., aku diperiksa oleh doktor2 yang lain.. Aku sangat kagum dengan services di HUKM nie.. Memang MARVELOUS la.... setiap masa dia akan pantau pesakit even aku hanya mengalami keguguran apatah lagi org yg nak bersalin tue.. sentiasa dijenguk dan di tanya.. dalam pukul 8mlm, doktor memasukkan ubat ke dalam tut.. untuk membuka serviks sebelum di hantar ke bilik operate.. sekali lagi aku bertanya pada doktor.., sakit tak nak masukkan ubat nie.. doktor tue jawab tak sakit.. tapi ramai kata tak selesa... HA...!! memang tak sakit pun masa ubat itu dimasukkan kedalam tut... Alhamdulillah sekali lagi aku bersyukur... (doktor yang buat nie memang muda mcm baya2 aku jer tp memang nampak pakar la)..

saat2 yang ditunggu2 dah tiba.. sungguh mendebarkan aku semasa staff nurse datang untuk salin baju sebelum di bawa ke OT... Dalam pukul 10.30mlm aku di tolak ke bilik OT... masa tue.. Ya Allah berdegup2 jantung aku dibuatnya apatah lagi selepas sign surat untuk di bawa ke bilik OT.. Sampai sahaja di bilik OT, seorang doktor lelaki telah menunggu aku.. Ha..?? doktor laki lagi... takperla.. janji semua selamat.. Dr. pius namanya.. Sampai sahaja dibilik OT.., aku dipasangkan oksigen dan doktor memberi aku bius.. dan selepas itu........ Aku pun PENGSAN... Tak sedar langsung... apa yang dorang buat aku pun tak tau...

Tiba2... kedengaran orang menangil nama aku... Pn Juliyana.. Pn Juliyana.... Mereka semua kejutkan aku untuk sedarkan aku dari pengsan... Mata aku pun terkebil2.. Baru aku sedar dari pengsan... rupanya aku dah selamat menjalani proses D&C itu... dan aku dibawa satu tempat untuk rehat dahulu sebelum di bawa ke wad semula...

Selepas aku betul2 sedar.., aku ditolak semula ke wad.. semasa sampai diwad, aku lihat jam pukul 1150 mlm.. uiksss.. sekejap ajer menjalani proses ini yea... dan doktor bekalkan ubat tahan sakit.. jika sakit, aku perlu makan ubat itu.. dan alhamdulillah.. aku tak merasai kesakitan selepas menjalani D&C....

Apa2 pun aku teramat bersyukur kerana semuanya berjalan dengan baik dan lancar... Sebelum buat D&C nie, aku teramat la risau kerana ramai yang cakap sakit sebab dia nak korek2 kat rahim kita dan menggunakan alat yang tajam.. Memang betul mereka buat begitu tapi, aku dibius dan aku tidak merasai segala kesakitan itu..... Begitu juga selepas menjalaninya... Cuma ada rasa sengal2 ajer.... Alhamdulillah sepanjang aku buat D&C dan selepas nyer aku tak merasai apa2 kesakitan.. hopefully, rahim aku cepat baik.. Amin...

Pada pagi Jumaat, doktor datang check seperti biasa dan memaklumkan aku boleh pulang kerumah... Jadi, doktor sarankan supaya aku tidak boleh mengandung dalm 3-6 bulan ini.. Kena merancang dan doktor bertanyakan aku kaedah apa yang aku nak gunakan. doktor pun menerangkan setiap kaedah yg ada.. dan aku memilih untuk makan PIL PERANCANG dahulu.. (bagus la doktor kat sini siap bg penenrangan untu kaedah2 merancang nie)..

Jadi, selepas ini aku memang kena betul2 merancang sebelum mendapatkan anak ke-2.. takper la.. aku tak kisah.. Janji aku selamat dan sihat walafiat.... Aku ucapkan terima kasih pada semua yang bagi support kat aku... Aku terima seadanya apa yang telah terjadi pada aku.. Jadi, selepas ini aku sentiasa beringat2 selalu... Aku diberi MC selama 2week untuk berpantang.. Orang kata berpantang selepas keguguran pun sama dengan berpantang lepas bersalin.. Malah kena lebih berhati2 sebab kita luka didalam rahim.... Selamat Berpantang pada aku... ;-) apa2 pun.. Thanx to all... Muahh...!!!~~~

Aku & asben semasa mula2 sampai di klinik Gynea sedang menunggu untuk buat pemeriksaan oleh doktor

di hujung sana lah bilik pemeriksaan sebelum kita dihantar wad atau disuruh pulang...

Seperti biasala kalo dah masuk spital mesti kena cucuk begini.. Yang buat ini adalah Doktor India laki.. Muda lagi..

Muka aku teramat la sembab.. Ini gambar selepas menjalankan proses D&C...

Aku suka akan peringatan ini.. Bagus la kalo setiap hospital promote untuk penyusuan ibu nie... Setiap katil ada benda ini...

Tag nama aku semasa di HUKM...

Makanan untuk tengahari.. Ayam mask kerutub dan sayur sawi + kubis.. sedap lauknyer.. abis makan.. except kubis aku tak makan.. takut nak makan sayur sejuk...

Ubat-ubatan yang perlu aku makan... Yang 4kotak tue adalah ubat tahan sakit... Alhamdulillah takat nie takder sakit2... Makan bila perlu.. Yang lain semuanya ubat vitamin dan Folic Acid...

Inilah dia pil perancang yang diberikan oleh doktor.. Mercilon namanya... So, setiap ari kena makan.. tak boleh miss...


15 comments:

oYa said...

huhuhu..teringat plak time oya DNC dulu camtu gak..tp jue pantang gugur tak sama ngan pantang banak..pantang gugur takleh benda2 panas mcm lada hitam....satu lg takleh nak ngurut sgt kalau nak cepat lekat plak... sumer yg berlaku ada hikmah kan.....

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ tinieƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙ said...

alhamdulillah ko dah selamat..betul ker tak sakit??macam x pcaya jer..hehe..apapun selamat berpantang yer..jaga diri

nasz said...

alhamdulillah, semua dah selamat.. jaga kesihatan ye jue. sepanjang berpantang ni, rehat secukupnya...

Jue @ atanayuiman said...

Oya >> tul tue kak Oya.. xleh makan yang panas2 and pedas.. nnt perut pun rasa pedih.. kena makan yang biasa2 ajer.. xleh panas sgt.. dan xbole sejuk sangat...

Tinie >> aah.. tul tak sakiy.. aku ingat dulu sakit bangat wat D&C nie.. alhamdulillah ok semuanya...

Nasz >> thank u kak... itu lah.. kena dok berpantang makan la nie.. dan lagi 1 matlamat.. NAK KURUSKAN BADAN!!!..

fazilzura said...

amboi jue..sempat lg posing tu yek.. hehheeh

ok jaga kesihatan key.. kene pantang tau.. walau pun gugur ..even kene lg lama dr org bersalin.

Jue @ atanayuiman said...

kak zura >> hehehe.... sempat lagi kak sebab lama sangat tunggu sampai busan daaa..

insyallah org kata kalo nak cepat lekat, kena berpantang betul2...

AieZa said...

dh selamat semuanya.. pantang elok2 ye..

Mrs. Simplicity said...

emm.. baru la dgr org buat proses D&C ni tak sakit. yg alya dok dgr, asyik cite ngeri jek. tu yg takut je kalo keguguran. takut nak D&C mengatasi sedih bile kehilangan baby. huhu...

Jue @ atanayuiman said...

aieza >> selamat daaa... insyallah memang kena berpantang elok2 nie.. esp pantang makan..

alyyani >> aah alya.. jue ingat dulu sakit sangat.. alhamdulillah tak sakit...

Mr. Mrs Zaidi Diaries said...

Herm.. sebelum ni Jue tak wat pe pe perancang keluarga ke?

A.I said...

Syukurrrr sume dah slamat. Kau jaga kesihatan elok2 ye..take care..

elly @ suely said...

alhamdulillah dah slmt sumenye... nk tya 1 soklan... sakit x d&c tu? hehehehe

oYa said...

DNC tak skt..coz kita dibius penuh..tak sdr pun..mcm pejam mata kejap celik tu dah siap... cuma mula2 biasalah nak tencin rasa ngilu sikit..mcm banak gak...

jue kena masukkan ubat ek..mcm kak oya dulu tak payah coz jalan dah terbuka....tp ada org masukkan ubat tu skt..mcm banak paksa tu..tp alhamdulillah jue tak skt ek

Wafaa said...

Salam. 1st komen kat sini.

Alhamdulillah takde pape. Pasal pil perancang tu, saya pon ambik jugak. NORIDAY. Yang tu tak jejaskan breastmilk. Ambik yang tu sebab anak exclusively bfeed. Alhamdulillah setakat ni ok.

Mai Helmy said...

نقدم لكم عملئنا الكرام افضل شركه تنظيف شركة تنظيف بابها شركة الشرق الاوسط لاعمال التنظيف ان عملية التنظيف تتطلب الجهد الكثير شركة تنظيف منازل بابها مع شركة الشرق الاوسط توفر لكل كل وسائل الراحه شركة تنظيف بخميس مشيط وايضا اسعار في منتهى الراحه كما ايضا تستخدم افضل انواع الالات والمعدات والعمالة المدربة فى اعمال التنظيف شركة تنظيف منازل بخميس مشيط مع شركة الشرق الاوسط نعم لبيت ومكتب وفيلا وشقه وغيرها نظيف تمام من الاوساخ شركة الشرق افضل شركة على الاطلاق فى اعمال التنظيف شركة تنظيف بنجران بجميع انواعه لا تقلق مع شركة الشرق الاوسط شركة نقل عقش ببيشة دائما فى راحة ان شاء الله خدمه 24 ساعه شركة تنظيف بحائل دون توقف

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...