erm.. skang nie semua org duk mencari Insurans untuk diri sendir dan anak2.. Rupanya Insurans nie byk kelebihannya kan...? Lagi2 insurans untuk anak2 kita.. Boleh saving untuk dia belajar nnt disamping ada medical card.. Nnt dah umur 18thn dah ada da duit untuk continue study.. Tak mcm zaman kita dulu2.. org yg ada insurans nie dikategorikan org kaya. Tapi sekarang nie dah menjadi sebagai satu perkara wajib yang perlu diambil selepas anak lahir.. Lagi cepat kita ambil, lagi banyak faedah nya.. sekarang nie.., yang paling femes adalah 'PRUDENTIAL BSN TAKAFUL". Mcm aku sendiri pun amik kan untuk iman dan aku sendiri... Sebelum nie aku sendiri pun kurang mahir pasal benda alah nie.. Okla aku nak kongsi serba sedikit pasal skim prudential nie.. Apakah kelebihannya.
9 PERKARA MENARIK MENGENAI PRUDENTIAL BSN TAKAFUL
1. Kemudahan Kad Perubatan @ Medical Card (MMC)
Had Tahunan yang tinggi. Kad Perubatan @ Medical Card Prudential Bsn Takaful membantu menjelaskan kos perubatan hospital (termasuk kos perubatan/pembedahan penyakit kritikal atau penyakit-penyakit lain) dari minimum **RM 150,000 hingga **RM 450,000 sehingga umur 70 tahun di samping anda akan diberi elaun harian tinggal di wad minimum **RM50 hingga **RM 400 sehari termasuk kadar bilik minimum **RM1OO hingga **RM 400 sehari.
2. Perlindungan Kemalangan Peribadi @ Personal Accident (PA) Serta Hilang Upaya Kekal.
Anda akan dilindungi jika berlaku kecederaan samada ringan, sederhana atau berat akibat dari kemalangan dan tuntutan boleh dibuat tanpa perlu anda duduk di wad.
3. Perlindungan Terhadap 36 Penyakit Kritikal
Prudential BSN Takaful akan membayar pampasan tunai sehingga **RM50,000 jika anda disahkan menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal.
4. Manfaat Kematian (Manfaat Asas)
Prudential BSN Takaful akan membayar manfaat atas kematian biasa @ disebabkan kemalangan berserta Khairat Kematian dan nilai simpanan akhir caruman anda di mana tarikh kematian berlaku. Manfaat ini dapat membantu keluarga anda dan yang tersayang untuk meneruskan hidup jika sesuatu berlaku ke atas anda.
5. Pelaburan (Jaminan Pelaburan Syariah)
Caruman anda akan dilaburkan di dalam dana yang mendapat kelulusan Panel Syariah Bank Negara Malaysia. Untuk itu anda tidak perlu bimbang di mana wang anda dilaburkan dan diurus oleh pengurus dana kami yang terbaik.
6. Kemudahan Pengeluaran Tunai (Tiada Tempoh Matang)
Tiada tempoh matang. Anda boleh mengeluarkan simpanan anda pada bila-bila masa setelah nilai simpanan anda berjumlah RM4000 dan anda akan terus menikmati perlindungan dari Prudential BSN Takaful.
7. Penepian Pembayaran Caruman.
Anda tidak perlu lagi membayar caruman bulanan jika mengalami hilang upaya kekal di mana pihak Prudential Bsn Takaful akan mengenepikan pembayaran caruman bulanan dan anda akan terus menikmati perlindungan dari PruBSN Takaful.
8. Kebebasan Memilih Hospital Dan Doktor.
Di Prudential BSN Takaful, kami memberi kebebasan kepada anda bagi memilih hospital-hospital dan doktor-doktor yang anda suka kerana kami mahu anda mendapat rawatan dan penjagaan yang sebaiknya.
9. Jaminan Simpanan Anda Tidak Terjejas.
Semua tuntutan atau pembayaran yang dibuat oleh Prudential BSN Takaful tidak akan menjejaskan simpanan anda.
3 comments:
jue..tanah je luas...rumah sekakngkang kera je..uhuhuh..
nanti dtg perlis mai la umah akak
besar la tue kak.. Syok nye ada umah dan tanah sendiri...
tak sabarnyer nak duk umah sendiri......
a'ah..kita pong amik insuran neh..
Post a Comment